Thursday, December 31, 2009

My Destiny

Alhamdulillah.... 1st posting sebagai suami. Aku telah selamat menjadi suami orang weh. Teruja dan terasa satu tanggungjawab besar yang sedang dan perlu aku galas sehingga akhir hayat aku. Insyallah. Sangat-sangat terima kasih kepada kawan-kawan yang mai kenduri di Bagan Serai last week. Axim.. gambaq yang hang ambik tuh memang cun...

So... what's next? Semoga aku dapat menjalankan kehidupan dengan lebih bahagia lepas nih. Insyallah. Gambaq mana ?................... Nantilah aku haplod. Tapi ada segelintir yang telah dihaplod oleh encik axim kat FB. Sapa-sapa yang nak tengok cari aku di FB ye... pesticyde@yahoo.com

Lusa (2 Jan 2010) kenduri di sebelah rumah aku pulak. Sekarang nih memang penat weh. Ke hulu ke hiliaq angkut tong, susun pinggan,lap cermin, pi beli barang-barang kat kedai. Memang la aku pengantin kan tapi takkan nak hayun t***q kat rumah kan tanpa membuat sebarang pekerjaan.

Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2010. Semoga hidup anda menjadi lebih bahagia berbanding 2009. Hidup mesti terus beb.... Chiow

Thursday, December 24, 2009

Cacamarba

Sekarang ni aku posting pun jenis letak 2-3 keping gambaq aja. Haish....
Oh ternampak sepasang kasut ni kat dalam FO apa ke nama ntah kat Jalan Dago itu hari. FROGS? i tot crocs


.......
.......
.......
.......


Weekend yang lepas once again pi Nilai 3. Aku rasa sapa-sapa yang nak kawen mesti akan mai sini kan nak survey/beli barang-barang. Ni yang aku rasa la.... kalao hangpa nak kawen tapi tak mai sini tu hangpa punya sukalah. Noticed kedai nih.... punya la nak promote suruh orang pi shopping kat kedai dia....

Friday, December 18, 2009

Jemput Ye

Dengan rasa rendah hati... saya menjemput semua rakan-rakan ke majlis perkahwinan saya yeh. Nun jauh di utara sana. Kot-kot la yang ada tersesat sampai ke Perlis pada tarikh tu jemput la.


....
....
....

*nerves !

Wednesday, December 16, 2009

CAPEK

ya... last week aku ke Jakarta & Bandung. Jalan-jalan shopping perabis duit. Dan aku memang tak larat nak buat entry pasal trip kali nih. Anyway aku akan menjadi suami orang kepada gadis yang tercomel di dunia pada pandangan mata aku lah 27 Disember nih. Nanti lah aku upload kad kawen kat sinih.
...
...
...
...
...

Letih gak eh nak kawen nih!?

Sunday, December 06, 2009

MASTRO

Tergelak aku apabila ternampak remote nih kat kedai mamak dekat umah aku.

Thursday, December 03, 2009

Oh

Amboih Kak Pah..dah bukak kedai nasik kandaq la nih.

.........

Me & Datuk Sharifah Aini


*Kedai nasik kandaq tu takdak kena mengena langsung dengan Kak Pah. Terjumpak masa pi Penang arituh. Sekian