Friday, July 29, 2011

Penang - Sg Petani Randomly

Sempat tidoq semalam kat rumah kemudian esok gerak ke Sungai Petani Kedah atas urusan rasmi jugak. Kali ni aku drive ja. Mula ingat nak ambik flight tapi nak turun Penang atau Alor Setar kedua-dua jauh. Nanti nak travel susah pulak. Kawasan urusan rasmi ni sedikit ke dalam.
Gerak lepas Zohor terus saja ke utara. Panas. Letih. Mengantuk. Semua ada. 


Lebih kurang jam 4.30 petang sampai lah. Lencong sebentar ke Pulau Pinang. Lapaq. Apa lagi cari la nasik kandaq.



Kali ni saja mai makan kat Line Clear. Lama tak mai makan sini.



Tempat makan pun dia upgrade sikit lah. Ada kipas besaq, bumbung pun dah cantik. Hiasan dinding ditutupi dengan banner besaq. Dah takdak lagi gambaq-gambaq selebriti yang pernah mai makan kat sini.



Kalau makan nasik kandaq ni lauk default aku. Ayam goreng, bendi, teloq rebus. Haritu mamak tu letak timun kat aku. Motip?



Alhamdulillah kenyang. Rasanya? Hmmmm Nasi Kandaq Beratoq masih bertakhta di hati aku. Rasa nasi ni agak berketul-ketul dan ayam dia tak berapa nak lembut. Kuah ok la. Kalau boleh memang nak Nasi Kandaq Beratoq lah tapi nak tunggu malam lama sangat. Aku letih dan tak larat sangat.



Masa duk layan line clear sempat BBM abam sorang ni. Nak jumpa dia sat nak bagi barang sket. Dia pun macam bizi gila lately tapi masih sempat curi-curi masa keluaq jumpa aku kat TESCO yang hanyalah sepelaung dari opis dia. Dekat gila. Beliau sekarang muncul dengan imej bermisai. Taste ke? Kalau taste pi la blog dia.



Jumpa dia lebih kurang 15 minit aku teruskan perjalanan aku ke Sungai Petani. Alhamdulillah lebih kurang jam 7.30 aku sampai. Duk pusing cari hotel niat nak tidoq kat Swiss Inn sekali terpandang hotel ni. Casa Lagenda nama diberi. Aku kona saja try tanya harga bilik biasa 2 katil single RM48. WHAT?? Ya RM48 aja. Dengan free wifi, fridge, water heater, ekon semua ada. Fuhh. Aku buat keputusan baik duduk sini aja. Save gila-gila. Tapi aku ambik bilik yang besaq sikit la RM68. Wifi dia kalau hangpa bukak YouTube memang takdak buffer lah. Smooth ja. Superb! Lagipun area sini best. Walking distance ja ke Village Mall. Kedai makan toksah cakap lah. Kiri kanan ada. Kalau nak tau direction dia apakata hangpa google saja atau cari depa kat Facebook.



Biliknya.



TV dan freezernya.



Toiletnya.



Malam tu lepas mandi apa semua saja jalan-jalan kat Village Mall ni. Ok la ada cinema, karaoke, starbucks dan sebagainya. Tapi sedikit boringlah. Malam tu tak makan pun. Aku beli roti potato balik bilik cicah neskapey panas. Tak rasa nak makan walaupun pelbagai aneka kedai makan bersepah kat kawasan sini.

Keesokan harinya pagi--pagi lagi aku dah keluaq nak mencari kawasan urusan rasmi aku ni. Taklah jauh pun lebih kurang 20 minit saja. Tapi berpusing-pusing jugak jalan dia. Area pekan lama Sg. Petani. Singgah maka kat warung depan ni. Macam best. Lama gila tak makan warung macam ni.



Ramai pekerja construction/kilang/kontraktor duk singgah makan sini.



Pagi tu aku melantak nasik lemak ayam 2 bungkuih, teh ais sama cucoq badak. Jumlah harga makanan RM2.60 saja. Hah? Gila murah dowww.

Selesai urusan rasmi kat sini lebih kurang jam 12 tgh hari aku gerak balik. Niat di hati saja nak menerai nasik kandaq kat lain-lain tempat yang aku belum pernah try. So aku google lah sebentar tengok tempat-tempat cadangan nasik kandaq sedap dalam Forum Cari. So bila dah pilih aku set GPS dan off we go.


Masa kat tol Jambatan Pulau Pinang ada depa duk edarkan sampel Colgate Plax Ice ni. Terima kasih.



Masuklah aku ke Pulau Pinang sekali lagi keseorangan. Jerebu agak tebal masa ni.


Selamat datang ke Georgetown. Bandar Warisan UNESCO.

Nanti aku sambung lagik.

Thursday, July 28, 2011

Le Grandeur Palm Resort Hotel Johor

Fuh nama hotel bukan main. Semasa urusan rasmi di Senai minggu lepas aku menginap di Le Grandeur Palm Resort Hotel . Sangat tidak jauh dari airport Senai. Lebih kurang 6km . Naik teksi kena RM11.


Touch down lebih kurang jam 6.30 petang. Lepas sampai ja menapak ke McD depan airport ni. 1km jugak lah. Lapaq lain macam lah. Baham GCB set besaq, pie epal, nugget. Nafsu macam ****m.




Welcome to Le Grandeur. Terletak dalam kawasan golf course. Masa aku sampai tu ramai grup golfer nih. Ada tournament apa ntah. Hmmm. Kat sini memang hotel ni saja lah. Mula -mula kami sampai teksi tu hantaq pi kat La Grandeur Resort. Masa cek in receptionist tu cakap ni La Grandeur Hotel. So dia call shuttle van suruh ambik kami kat lobi. Depan tu ja. Dekat sangat aih. Tapi kalau nak keluar malam nak cari kedai makan ka apa-apa ka agak jauh sikit. So far memang privacy dan sunyi.  


Dah dekat sangat dengan airport so jadual arrival/departure flights pun ditayangkan kat lobi dekat sini.


 Buku untuk disewa.


Lobi hotel.


Tak sempat nak merasa kolam renang sini. 


Kat entrance tadi ada jugak permainan paintball disediakan bagi yang berminat.

Nak menuju ke bilik. Jauh jugak menapak lepas keluaq daripada lif. See, even mural kat dinding pun dihiasi dengan aksi-aksi golfer.


Dah sampai bilik. Setiap entrance kat bilik diletakkan pasu hiasan. 


Dalam bilik macam biasa la. Takda apa yang luar biasa pun. Cuma dia tak da karpet la. Lepas mandi tu tapak kaki sejuk la sebab flooring dia pakke kan. Oh lupa, rate bilik ni RM 202 nett. Booking through agoda.

Jadi lepas satu malam menginap disini keesokan harinya terus saja dengan urusan rasmi di Senai. Lepa selesai ke airport semula dan tunggu lah aku flight ke KUL hampir 3 jam lamanya.



Sesambil duk tunggu flight nak guna lah wifi kat sini. Cemherem. Hampeh.Takleh connect pun. Konek betul.
4.25 pm pun tiba dan meninggalkan ruang udara Johor. Sampai KLIA makencik duk tunggu dengan budak kecik ni. 






Hey boy ! Senyum la sikit.


Sampai rumah sempat tidoq semalam esok nya gerak pi Sungai Petani, Kedah. Later i story.



*Gambar diambil gabungan DSLR dan BB9780.

.....

Wednesday, July 27, 2011

Malam di Danga Bay

Minggu lepas ada urusan rasmi di selatan tanah air. Lebih tepat lagi di Senai. Menginap di Le Grandeur Hotel di Senai. Malam tu  bebudak semua ajak pi jalan-jalan minum-minum. Letih sebenarnya. Tapi nak legakan stress sebab baru lepas tengok game Malaysia vs. Singapurrr aku join lah. Tunggu drebar ambik kami pi JB. Lebih kurang 30 minit perjalanan. Depa bawak pi Danga Bay. Saja jalan-jalan.


Jalan-jalan lebih kurang semua berpakat nak makan-makan. Hummm aku nak ajak depa pi Singgah Selalu sebenaqnya tapi dah ramai-ramai macam ni leceh la mesti banyak bunyik. Ok lah aku ikut majoriti.

Makanlah kami di Bawangmerah Bistro. Ramah lain macam tokey dia. Ok good. Kita tengok makanan dia good ke tak.


Buku menunya. Mahal-mahal semua harga sini.


Ku makan nasi goreng kampung. RM 6 kalo tak salah.





Lain-lain makanan yang diorder. Ikan bakar siakap hmmmm sedikit hampeh rasanya. Agak lembik dan tidak segar serta sambal yang sangat berminyak.  Takpalah rezeki makan je lah.

Kami bertiga makan malam tu kena RM74.80 kalo tak silap. Ok lepas ni takmau pi dah. Kalo aku sorang atau dgn famili aku nak aja aku pi Stulang makan nasik goreng dalam daun pisang yang macam MaksuHakim duk makan tuh.




Lepas makan ngantuk amat-amat. Berjalan pulang menuju ke tempat parking. Eh bukan naik basikal ni. Naik van opis. Tata.

Saturday, July 23, 2011

Terima Kasih PM

Entry ni bagi aku takda kena mengena dengan politik jauh sekali aku nak bodek. Siapalah aku untuk membodek di ruangan ini. Kahkahkah ayat cem herem. Ok berbalik kepada tajuk kat atas.
Tadi 23 Julai 2011 (Sabtu) PM 1 Malaysia kita DSNTR mai ke kampung aku. Bangga jugak. Sayangnya aku tak balik sana. Dan ini pengumuman dia.

"KANGAR 23 Julai - Kerajaan memperuntukkan RM350,000 untuk membaik pulih pasar sehari, atau lebih dikenali sebagai Nat Balai Baru Beseri yang dibina sejak 1964, kata Datuk Seri Najib Tun Razak."  Utusan Malaysia

Ya. Nat Balai Baru. Nat dalam bahasa utara yang membawa maksud pasar pagi. Aku masa kecik-kecik selalu mai nat kat sini dengan mak aku. Tadika aku dulu lebih kurang 500 meter dari nat sini. Sekolah mak aku pun sebelah nat. (Ya, mak aku seorang guru atau lebih tepat lagi Ustazah). Makanan feveret aku kat nat ialah mee kuning kuah kacang dan apom balik. Sirius legend. Kalau balik kampung bapak aku atau mak aku mai nat mesti beli mee kuning untuk aku. Nanti kalo sempat aku balik kampung snap gambaq mee kuning.

Alhamdulillah kerajaan bagi duit untuk naik taraf nat sini dapat la jugak peniaga-peniaga sini berasa lebih selesa. Begitu juga dengan pengunjung. Harapan aku depa buat parking space yang elok serta tandas yang cantik dan terjaga. Tidak dilupakan juga surau. Harap.

Terima kasih PM.

Friday, July 15, 2011

Poskad dari Tok Ayah

Dulu-dulu kalau naik MAS untuk pesawat long distance akan dapat poskad. Taktaulah sekarang ni kalau masih depa prektis benda macam ni lagi. Maklumlah dah lama tak naik MAS. Masa balik kampung baru-baru ni dalam duk kemas-kemas bilik tu terjumpak semula poskad yang arwah Tok Ayah pos kat aku dalam perjalanan dia ke Makkah tahun bila ntah tak ingat pulak aku. 



Arwah Tok Ayah memang selalu ingat kat aku walaupun komunikasi kami agak kurang. Kalau dia pi ke mana-mana mesti dia tak lupa nak bagi apa-apa kat aku. Even dia pi pasar atau pasar malam mesti dia akan beli karipap ke atau apa-apa kuih la. 

Ingat lagi masa mula-mula dapat kerja kat Kelumpo. Sebelum kereta nak gerak dia sempat mai kat tingkap bagi blazer dia kat aku. Suruh aku pakai kat opis kalau-kalau rasa sejuk. Tapi aku tak pakai pun sebab blazer tu old skool sangat la. Heheheh.

How time flies.

Wednesday, July 13, 2011

Gulam Mee KD

Hai kawan-kawan. Kita bertemu kembali dalam ruangan alam maya ini. Terima kasih kerana sekali lagi telah memilih untuk membuka laman blog saya. Kali ini saya nak ceritakan pengalaman saya pergi makan di tempat kegemaran saya yakni di Gulam Mee Kota Damansara. Ia merupakan satu restoran yang sangat popular di sekitar Kota Damansara mahupun di kawasan Petaling Jaya ini. Dah banyak kali saya mai makan kat sini. Memang mee goreng dia mengikat saya la. Sumpah sedap. Pernah try tak mee goreng mamak yang pure? Pendapat aku mengatakan mee goreng mamak perlulah digoreng kering-kering, garing,ada cucur,tauhu,tauge dan beberapa lagi campuran. Lepas tu bila dihidang atas pinggan ia akan disiram dengan kuah pasemboq. Pehhhh ! Itu definisi mee goreng mamak asli bagi aku. Kalau kat Perlis ada la 2 tempat yang memenuhi selera aku. Kat Aloq Setaq satu tempat nama dia Mee Abu.

Ayuh berbalik semula kepada Gulam Mee di Kota Damansara. Masih ingat lagi pertama kali pi makan kat Gulam Mee. Dulu depa berniaga atas basikal roda tiga atau dipanggil kandaq. Ada la 3-4 biji meja kat depan pasar malam Kota Damansara. Tapi rasa dia sangat sedap. Pure mee goreng utara. Over? Ntah bagi aku depa punya mee goreng memang sedap lah.



Ini suasana Gulam Mee di Seksyen 7 Kota Damansara. Sentiasa dipenuhi oleh pelanggan. 



Hari tu saja teringin nak try Sotong Kangkung. Makencik yang order kami makan sama-sama. Hmmmmmmmmmm lazatssss !!



Makencik makan kueytiaw goreng. Sangat sedap kot.


Bagi aku inilah killer menu kat sini. Mee goreng dia. Bagi aku memang sedap lah. Taktawlah tekak orang lain macam mana. Memang terasa mee goreng pure mamak punya.

Dah nama pun Gulam Mee kan mestilah mee dia yang sedap. Selain daripada makanan kat atas ni depa turut sama menjual nasik lemak daun pisang, nasi ayam, laksa,bihun sup, aneka sup dan lain-lain.

Jadi kalo nak tau lebih lanjut layarilah laman sesawang mereka di SINI. Kalo daripada LDP belok kiri selepas One Utama menuju ke Kota Damansara. Dari situ IKEA akan berada di sebelah kanan anda. Rapat sebelah kanan dan turun masuk terowong dan terus sahaja ke arah Kota Damansara. Terus dan terus sehingga jumpa Mc Donalds sebelah kanan dan lepas tu ada traffic light. Terus dan belok kiri memasuki kawasan deretan rumah-rumah kedai kat situ. Dari situ anda dah boleh nampak Gulam Mee di sebelah kiri anda.

Selamat mencuba kerana apa yang sedap bagi kita tak mungkin sedap bagi orang lain.

Monday, July 11, 2011

Setiap yang berlaku ada hikmahnya

Aku percaya setiap perkara yang berlaku keatas diri kita ada hikmahnya yang tersendiri. Mungkin juga aku percaya pada karma. Namun semua ini adalah qada' dan qadar. 

Petang tadi seperti biasa lepas ketuk kad untuk pulang dengan senang hati turun ke tempat parking kereta. Bila saja hendak start enjin sesuatu perkara yang paling ditakuti telah terjadi. Enjin kereta tidak mahu memberi kerjasama sepenuhnya. Syak aku mungkin minyak kereta telah kering kontang. Masa drive pagi tadi terperasan ikon minyak telah berwarna merah. Tapi seperti biasa hasrat hendak mengisi tertangguh untuk ke petang harinya. Hmmmmm risiko aku dibayar dengan harga yang sangat mahal. Hipotesis aku kuat mengatakan mungkin minyak punya pasal. Dengan bantuan rakan kami ke Petronas isi lah RM2 ke dalam botol air mineral yang berkapasiti 1.5 liter. Balik semula ke tempat parking ku isi semula ternyata enjin sekali lagi tidak mahu bekerjasama. Kecewa. 

Menapak ke depan dan naik bas ke Putrajaya Sentral dengan hati yang pilu. Pertama kali naik bas kat Putrajaya setelah 4 tahun berkhidmat disini. Punya la jauh abang driver ni pusing nak ambik penumpang Sabaq saja lah.

Tiba di Putrajaya Sentral naik ERL ke KL Sentral dengan tambang RM9.50. Tiba di KL Sentral makencik menunggu.Phewwww what a not so long journey for me. Sampai rumah jam 8.35 malam.

Kereta aku? Esok punya hal lah. 
Terima kasih tak terhingga kepada anda yang sudi bersusah payah membantu saya. Hanya Allah swt yang mampu membalas. Saya sebagai insan kamil cuba membalas apa yang termampu sebagai ucapan terima kasih. 

Ngantuk. Zzzzzzzzz

Dia adalah nyawaku

Sunday, July 10, 2011

Silverpot Steamboat TTDI

Malam tadi pi dinner kat sini yakni Silverpot Steamboat di Tmn Tun Dr. Ismail. Lama dah duk nampak kedai ni tapi entah macam mana baru malam ni tergerak nak mai. Kami agak gemar makan steamboat dan sangat selalu ke Ketam Village kat groundfloor Ikano. Sekarang Ikano dah dikenali dgn nama IPC (Ikano Power Center).


Lokasi ialah sederet dengan Devis Corner. Kalau ke Taman Tun tanya orang locals mesti depa tau lah. Ia juga belakang Alliance Bank Tmn Tun. Masa smpai ni ada la 2 table occupied.
Restoran ni milik seorang Cina Muslim dan ia disahkan halal oleh JAKIM. Ia dibuka setiap hari dan waktu perniagaan bermula jam 12.00 tengahari sehingga 11 malam.


Antara dekorasi dalaman. Sedikit warna warni bak colors of rangoli. 


Surau pun disediakan. Tapi aku rasa pelik sangat duk hias-hias macam ni.


Kami order sup tomyam. Selain tomyam depa juga ada sup ayam dan clear sup. Pilih saja.


Order set utk 2 orang RM29.90. OK jugak banyak portion dia. Sebenarnya bagi yang tak makan steamboat ada juga nasi goreng,noodles dan sebagainya.


Datang bersama 2 jenis sambal. Yang kuning tu macam garlic dan merah tu sambal cili lah. Emmm rasa dia tak berapa kick sangatlah.


Main campak semua lah. Tunggu mendidih baru makan.


Hai saya pun ada.


Jadi secara keseluruhannya aku rasa tidaklah sedap mana pun. Kuah dia something wrong la. Macam tak cukup perasa sebab tawar ja. Memang tak boleh lawan Ketam Village la. Lain orang lain pendapat. Hmmm so memang kurang puas hati la makan kat sini. If u wanna give it a try why not. Byee.

Disclaimer: Ini adalah posting pertama menggunakan leptup baru. Wahhh aku masih ciwi lagi.