Wednesday, September 29, 2010

Dulu...

Dulu harganya macam ni lah.. Tapi nak buat macam mana, zaman tu bukan ada choice sangat. Ini rasanya sekitar tahun 2001 kot. Masa mula-mula menggunakan henfon.


Sekarang harganya??

Friday, September 24, 2010

Kuala Perlis.... lagi

Dari food court boleh nampak scenery. Ada beberapa structure yang kelihatan.


Merupakan floating mosque yang pertama di Perlis. Masih dalam pembinaan tapi nampak macam kecik sahaja.


Jikalau di sebelah sana ada masjid, di sebelah kiri pula menampakkan satu lagi tempat makan yang sedikit eksklusif. Dengar khabar ia perlu ditempah dulu bagi sebarang acara yang bersifat persendirian. Tempat ini dinamakan Ocean Glow. Agaknya siapalah yang memberikan tempat ini nama sedemikian rupa ye?

  
Dari tempat pemakanan tadi, terus saja bersiar-siar di sebelah selatan Kuala Perlis. Lama betul tak mari sini.



Di sini memang menjadi tempat kegemaran masyarakat setempat menghabiskan masa menuai hasil laut.


Di sini sebenarnya, ramai juga pasangan remaja datang untuk memadu asmara dengan harapan tidak ditangkap oleh pasukan pencegah maksiat. Mungkin di bulan baik ini tiada pasangan yang datang lagi.


Sebaliknya ramai sunggoh keluarga yang datang bersiar-siar di sini.


Berhampiran kawasan in juga terdapat sebuah loji memproses senjata nuklear yang pertama di Malaysia.


Bergurau saja. 


Ok ulang balik ayat di atas tadi, berhampiran kawasan in juga terdapat sebuah Kilang Janakuasa Elektrik yang bertajuk Perlis Power Plant.


Juga merupakan tempat memproses dan menghasilkan belacan. Ia banyak terdapat di sepanjang jalan di sekitar sini.


Aku rasa belacan di sini memang ori sebab dia tulis ori.

Ok la nanti akan disambung lagi kerana sekarang mahu ke masjid bersembahyang Jumaat.

Thursday, September 23, 2010

Kuala Perlis

Setiap kali balik kampung daku akan kesini. Semenjak dari bujang hinggalah sudah berumah tangga. Ya memang daku akan ke sini.


Kuala Perlis terkenal di serata tempat dengan keenakan laksa dan makanan lautnya. Daku berpendapat bahawa di sekitar Kuala Perlis semua laksa yang dijual adalah sangat lazat dan berkhasiat. Kualitinya juga amat bermutu.

Jika saudara dan saudari ke Kuala Perlis, pergilah ke medan ikan bakaq yang terletak berhadapan dengan Hotel Putra Brasmana. Di sini terdapat pelbagai jenis gerai-gerai yang rata-rata menjual produk yang sama. Namun begitu jikalau boleh pergilah ke kedai Mona Ikan Bakar kerana masakan laut oleh chefnya iaitu seorang pondan amat lazat dan rangup sekali. Err..maksud daku makanan laut. Bukan pondan itu yang lazat dan rangup.




Inilah hotel yang daku maksudkan ini.

Laksa Kuala Perlis sangat rangup dan hebat, bahkan setiap kali Aidilfitri ia menjadi juadah utama  di kediaman daku  bagi sanak saudara serta sahabat handai. Lagi enak jika dimakan bersama kicap a.k.a toyu. Ya orang Perlis memakan laksa bersama toyu. 
Do you?


Kegemaran utama daku sudah tentu Sotong Goreng Tepung yang tiada tolok bandingannya ini. Inilah bentuk yang asli. Bukan seperti yang banyak dijual di gerai-gerai di bandaraya ini.


Dan ia sangat sesuai sebagai juadah petang bersama-sama teh ais yang asli dan teh o ais asli. Kerana apa ia asli? Kerana rasa teh nya sangat sangat kuat dan bukan semata-mata air susu pekat berkaler koko seperti kebanyakan gerai-gerai di bandaraya ini.


Nanti daku sambung lagi pasal keindahan Kuala Perlis kerana sekarang ini masa sudah tidak mengizinkan untuk bertempek di halaman blogspot ini dengan lebih lama.

Tuesday, September 21, 2010

Jangan Main Mercun

Dah lama tak merasai suasana macam ni. Kali terakhir mungkin sekitar tahun 1991 hingga 1993 kot. Kendian dah suram. 

Malam sebelum raya baru-baru ini, aku merasainya kembali. Terima kasih kepada ahli keluarga di Aloq Pongsu, Bagan Serai.

Jom main mercun...


Mercun ini bunyinya gedas-gedas.


Tapi bila keluaq effect dia macam agak cantik.


Mereka pun happy sebab dapat main bunga api free.


Sangat gembira dapat bermain bunga api.

Kan best kalau tiap-tiap kali balik kampung suasana dia mana gini.

Pakat-pakat mahu menyalakan bunga api.


Bila dapat main bunga api masing-masing leka. Biasalah budak-budak.


Pelbagai jenis corak yang menarik dapat dihasilkan melalui percikan bunga api ini.


Mercun ni memang hebat. Bunyi nya memang boleh dengar sampai ke highway PLUS rasanya. Untuk pengetahuan semua, Aloq Pongsu, Bagan Serai bersebelahan dengan hinghway ja.


Mari kita test power mercun ini. Lepas saja dicucuh mari kita semua lari masuk rumah.


Di saat mercun ini hendak mula membakarkan dirinya. Aku rasa bunyi nya 5 kali ganda kuat daripada mercun bola. Memang weng + bengap kepala otak tatkala ia meletus.


Lepas mercun tersebut meletup, kanak-kanank riang ria meneruskan operasi mengabehkan bunga api 2 kotak yang disponsor oleh pakcik mereka yang paling hensem. Gampang sunggoh, kot la nak simpan kat aku 4-5 batang.


Tapi depa peduli apa? Yang depa tau nak main.main dan main bunga api sampai bernanah tangan.


Banyak betul hasil buangan bunga api bertaburan di depan rumah Wan depa. Aku menjadi sangat marah.

Kerana apa aku marah???
...
...
...
...
...
...
...
...


Ya la..hangpa sedap-sedap main perabih bunga api aku, tapi aku kena tercongok depan kawah rendang daging ni sampai kul 1 pagi. Cis.. Ini Tidak Adil !!!


Apa-pun Hari Raya adalah hari untuk kita semua. Tidak kiralah dimana anda menyambutnya dan dalam keadaan apa sekalipun, kita mesti happy. Aku sedikit tak marah pun sebenaqnya kat anak-anak buah aku yang hyper aktif itu, kerana suatu ketika dahulu aku pun sebegitu rupa. 

* Pertama kali beraya :   sebagai suami
                                      sebagai menantu
                                      bukan di kampung halaman sendiri
                                      sebagai pakcik kepada anak-anak buah yang saaannnggaaatt ramai

Wednesday, September 08, 2010

Yeayyy dah nak raya

Ya marilah kita semua pulang ke desa. Mari-mari. Bagi yang tak ada desa, tak kiralah dimana kalian beraya.
 
 
 
Terimalah ucapan yang tak seberapa daripada saya...

Selamat..selamat..selamat Hari Raya. Maaf kalau terasa dengan penulisan aku yang tak berapa pandai ni. 
 
Dah.. dah aku nak balik beraya nih. Tata

1 Hari Yang Damai

Dekat -dekat nak raya ni ketiadaan mood di kantor merupakan sindrom biasa setiap tahun pabila menjelang Lebaran. Begitu jua daku.

Jadi daripada membiarkan diri terus dibelenggu dan dikhuatiri akan merosakkan jiwa lebih baik melakukan sesuatu yang lebih berfaedah.


Ku mencari ketenangan dan kedamaian hidup.


Adalah lebih baik daripada menyakitkan hati orang.


..........


..........


..........


..........


Tekstur ini membuatkan aku terpikiaq.


Terpikiaq tentang macam-macam benda.


Hihihihi aku cuba untuk berpuisi tapi tak reti. Di atas motor jaguh bos aku semasa sedang mencari lokasi seterusnya untuk dia menurunkan ilmu kepadaku.


..........


..........


Ya betul, saya memang baru belajaq.


Masih lagi memerlukan tunjuk ajar tuan-tuan dan puan-puan yang arif.


....sebenaqnya aku pun tataw apa yang aku merepek nih !.... biasalah lagi 2 hari nak raya. agak weng sikit.

Best McD products ever

Ku berpendapat bahawa inilah produk McD yang terhebat. Selama ini ku merasakan Prosperity. Namun ku silap.



Memang benar kata rakan-rakan. Ku sukainya.



Alhamdulillah selesai bersahur bersama-sama produk ini? By the way, what's ur G? 
Mine is G-string. ;)

Tuesday, September 07, 2010

Di Saat Ini

Semua orang dah tak keruan, tak senang duduk.



Kantor menjadi sunyi, kawasan kejiranan menjadi sunyi.



Sabar itu separuh dari iman.