Showing posts with label Bandoeng 2011. Show all posts
Showing posts with label Bandoeng 2011. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Bandoeng part.3

Lama tak dikemaskini. Sibuk.Sibuk.Sibuk.

Beginilah rupa paras tempat penginapan. Selesa yang amat. Cukuplah kalau sekadar nak tidur dan refresh. Tak sampai 12 jam kami di sini terus saja check-out. Hotel Royal Merdeka Jalan Dago.



Sambil-sambil angkut barang dalam kenderaan sempat menjeling ke kawasan sekeliling hotel dan ini yang aku nampak.



Betul-betul bersebelahan. Hmmm.



Oh ya hampir terlupa. Ini sarapan yang disediakan. Lepas makan check-out laju-laju dan laju-laju lagi terus ke tempat ini. Sekali lagi.







Kali ni tempat ni betul-betul berhantu. Goshh. Semalam dalam bilik hotel duk belek balik barang yang dah beli kat Umar The Ubi Kentang Boy. Hmmm sirius tak cukup dow. Hari ini hari Isnin. Nahhh ambik kaw. Takdak pelanggan langsung di awal-awal pagi. Tempat ni kita yang punya. 



Duhh. Nampak topi memancing yang kaler biru ada corak kaler ijau tu? RM 5 berjenama GAP. Ok lain-lain barang nanti aku kasi haplod. Rasa aman dan tenang dunia jika hanya membeli untuk barang-barang kita dan anak kita saja. Takyah pening nak pikir pasal kiriman orang. Ya betul. Mungkin kedengaran agak tamak namun kunjungan 2 hari ni abah dedikasi khas untuk Umar The Robot Boy. Untuk yang lain-lain mungkin kunjungan di masa hadapan kelak. Banyak gila seluar aku beli untuk Umar.Hampir 2 juta rp. pagi ni kat sini. Dapat la hadiah misteri berupa beg kecik dan beg besaq untuk Umar.



Kemudian ke sini beli brownies.



Along Jln. Dago. Aku selalu terkonpius antara Dago dan Riau. Macam sama ja.

Pelbagai Factory Outlet.





Dalamnya ada jual es tuyul. Hmmm enak bangets.

Lain-lain tempat yang sempat dimasuk.



Singgah di Jln. Riau sebab nak ke FO Renaritti. Kat sini ada baju bandoeng yang lebih berkualiti berbanding yang dijual di jalanan.Taktahulah kalo ada tempat lain yang jual. Kalo ada sila beritahu sama saya.

Kecik saja kedai ni.



Masa ni dah tengahari. Perut lapar minta diisi. Simpang Raya masakan padang antara yang terkenal di sini. Aku mula jatuh cinta kat Ayam Pop (ayam kaler putih tu) sejak pertama kali makan masa kat Padang sekitar 3 tahun lepas. Fuh. Siap bertambah 2 potong ayam lagik.

Lepas makan sekitar jam 2 terus saja menuju ke Jakarta memandangkan kami balik melalui Bandara Soekarnoe Hatta.

Dalam avanza tidur saja. Letih. Sedar-sedar pun dah kat tol nak masuk kotaraya Jakarta. 


Tiba-tiba rasa semak dengan frame yang dibeli kat Jonas Photo sebab besaq sangat. Huh!

Sampai sini sekitar jam 6 ptg. Pi surau, refresh sikit apa yang patut. Duduk la termanggu-manggu di zon berlepas hampir 2 jam.



Nampak saja gate dah bukak terus saja masuk menanti kapal terbang tambang murah yang akan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur. Ooohh Kotarayaku (tiba-tiba lagu Altimet ft. Noh Hujan bermain di kotak fikiran)




Mendarat di LCCT sekitar jam 12 tengah malam. Terus pulang ke rumah kakak di Seremban. Umarrrrr !! We're back. 

Sekian saja laporan misi 2 hari di Bandoeng. Penat? Gila hang tak penat.


Friday, March 11, 2011

Bandoeng part.2

Selesai membeli dan membelah di FO Anakecil, masa ni around 4pm kot singgah makan di kedai yang sangat berhampiran. Memang request nak makan kedai dekat-dekat sini ja sebab nak jimat masa. Nak try makan kat tempat lain-lain, hmm lain trip lah nampak gayanya. Inshallah.



NASI BAKAR.... lebih kurang macam nasi sunda. Style kering-kering. Makan bersila.



Ni nama dia Nasi Bakar Ayam Komplit.Makanan kami bertiga hari itu sama ja sambil disulami dengan ayaq Fanta kaler merah.

Zas zus zas makan tak sampai 20 minit siap. Terus menuju ke Jalan Riau. Kadang-kadang aku pun konfius nama antara Riau dan Dago sebab lebih kurang sama ja keadaannya. FO kiri kanan.

Petang-petang macam ni memang meriah sebab kiri-kanan dah banyak gila gerai jualan. Previous visit here macam sunyi ja jalan ni.



FO lah. Ada yang boleh snap gambaq dalam FO ada yang tak boleh. Tapi nak snap pulun-pulun pun tak dak dah. Ralit (bahasa KL nya ialah leka) duk pilih baju, seluaq dan sebagainya.


Antara yang terpilih untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Di tepi jalan ja gerai ni.


Seterusnya berjalan-jalan ke semua FO yang terdapat di sepanjang Jalan Riau ini.



Jonas Photo ialah kedai gambaq yang menjual frame gambaq yang sangat cantik, unik dan kreatif pada harga yang sangat murah dan berbaloi. Terima Kasih pada Lily yang ada cerita pasal kedai ni. Masa kunjungan terdahulu aku dah beli beberapa frame yang berkaca tapi bila sampai KL saja abes pecah. So kali ni beli frame yang besaq gedabak tapi buat hand luggage saja. Selamat sampai dengan jayanya.



Habis saja kat sini terus ke Rumah Mode. Masa ni dah nak Maghrib dah.

Surau kat Rumah Mode ni memang dipecahkan antara cowok dan cewek dengan tembok rendah saja. Memang boleh nampak lah. Tapi tak kisahlah yang penting dapat menunaikan kewajipan kepada Nya.



Lebih kurang 2 jam kat Rumah Mode, keluaq makan depan tu ja kat Bumbu Desa. Ok la boleh terima la walaupun tak sedap mana pun. Kalau dah mai sekejap-sekejap ni takleh berkira sangat tentang makan. Yang penting objektif tercapai.



Fuh letih memang takyah cakap lah. Lepas tu menuju ke tempat penginapan seperti yang tertera di atas. Ok not bad.

Nanti aku sambung lagi.

Sunday, March 06, 2011

Bandoeng part.1

Minggu lepas 28 Feb 2011 sempat ke Bandung, Indonesia. Ya kota fesyen dan penuh dengan warna warni kehidupan masyarakat. Bandung merupakan tempat shopping 'default' bagi rakyat MALAYSIA. Ramai yang sudah ke Bandung pasti tahu betapa berbaloinya shopping di sini.



Pesawat QZ7592 membawa kami dari LCCT ke Bandara Hussein Sastranegara Bandung. Oh ya betul, kami berada disini selama lebih kurang 15 jam saja. Sampai lebih kurang jam 12 tgh hari waktu tempatan dan pulang esoknya. Letih memang takyah cakap la.Memang kami mai pun shopping ekspres tak hingat. Memang dah plan awal dah tempat yang nak dituju dan list out benda yang hendak dibeli. Sepatutnya tiket untuk balik 2 Mac 2011 tapi sebab tinggalkan Umar kat Seremban jadi tak sampai hati nak tinggal lama-lama. Masa beli tiket last year tak da anak lagi so takda feel parenthood lagi. 


Cuaca yang sangat baik sedia menyambut kedatangan kami ke sini.


Lepas urusan imigresen & kastam yang mengambil masa begitu panjang, keluar saja dari ruang tersebut Yayan sudah setia menunggu. Beliau sekali lagi menjadi supir kami memandangkan aku begitu selesa dengan beliau pada kunjungan terdahulu. Dia sempoi, tak skema sangat, sangat punctual dan mematuhi arahan serta sangat cekap tentang tempat-tempat yang kami arahkan beliau bawak kami. Menaiki Avanza terus saja menuju ke PASAR BARU. 


Straight ke lantai 2 untuk ke kedai ni. Nama angel kalo tak silap. Sangat banyak kain cotton makencik beli. Kalo tak salah 4 meter Rp. 120,000 kot. Lebih kurang RM40.



Kendian mencari baju-bajuan dan telekung.


Menuju ke kedai Sir Cinta untuk membeli baju kurung dam kebaya.Memang suka mai kedai ni ntah pasai apa pun tak taw.




Lebih kurang 2 jam kat sini terus saja kami ke FO Anakecil. Tempat ni mengkhusus kepada pakaiaan dan kelengkapan bayi dan kanak-kanak sahaja. 1st time aku sampai FO ni. Tak jauh pun dari Jln. Riau. Just around the corner ja. Ia terletak kat No. 32, Jln Cimandiri. Masa tanya Yayan dia pun ckp tak pernah mai tapi aku bagitau alamat lengkap sekejap saja dia cari. Dari Pasar Baru lebih kurang 20 minit sahaja.





Kalau boleh semua nak dibeli.



Mostly branded itemlah seperti ZARA, Polo, Osh Kosh, Circo, Esprit dan banyak lagi. Eh semua adalah! Betul memang macam nak beli semua. Dengan harga yang sangat berbaloi.

OK end of part 1. Nanti aku sambung lagi