Sunday, February 27, 2011

Melarikan Diri

Umar Shadiq.... u are always my good boy. forever and ever. There is no single second and minute that u are not in my heart.





















This is my travel bagpack. Served me since 2005. Just a short panic trip.  Only 2 days. Umar Shadiq...don't worry, just be prepared coz abah will take u for a jalan-jalan trip soon.

*updated from my blackberry at gate T7.

Thursday, February 24, 2011

OMG...

Do you have an OMG! moments? I bet you have at least one. Terpulang kepada interpretasi masing-masing tentang apakah OMG! hangpa. Yang terjadi baru-baru ni merupakan antara salah satu OMG! moment yang paling aku tak dapat lupakan.

Minggu lepas dijemput bagi ceramah kat satu kawasan komuniti ni.Sedang asyik aku duk pot-pet pot-pet tetiba seorang lelaki bertaraf Menteri penuh dalam Kabinet Kerajaan Malaysia selamba masuk duk dengaq aku duk pot-pet pot-pet. Fuuu unexpected. Masa ada aku buat lawak pun dia gelak. Aku tak diberitahu oleh penganjur Menteri ni nak mai.Tak sampai 15 minit ada sorang lelaki mai kat aku cakap "cik tlg pendekkan sikit sebab YB takleh lama kat sini". Ok sambung sikit aku stop. Kendian dia mai kat depan bagi ucapan sikit. 


Masa dah aku habis pot-pet pot-pet tu tak abis lagi perasaan tak percaya.








Beliau yang dimaksudkan ialah YB Dato Raja Nong Chik Bin Dato Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

That's one of my OMG! moment. So what's yours?

Tuesday, February 22, 2011

Wipe BB

Malam minggu haritu berkesempatan jumpa makcik Z dan kakaknya di Oltaun Wait Kofi Ampunk. Dah lama janji nak jumpa asyik cancel saja. Malam tu baru dapat jumpa. Ada hal penting sebenarnya. 


Hai makcik. Seronok bermanja dgn Umar? 



Semua perkakasan sudah dibawa. Sementara dia duk melakukan tugasnya, kami orderlah kudap-kudapan.



 Tuna sandwich



Hot white coffee dengan toast apa kebenda ntah.



Semakin membesar. Alhamdulillah.



Bihun tomyam sangat masin + oily. Erhhhh



Paratha dan kari.



Sambil makan-makan beliau yang sememangnya pakar dalam blekberi ni sibuk melakukan proses meng"wipe" fon aku. Sejak beli, asyik duk hang aja. Contohnya kadang-kadang nak update tweet pun hang dan lebih parah lagi masa nak guna browser laaaggiiilah selalu hang. Menurut beliau, ini terjadi disebabkan defect kat kilang lagi. Proses depa memasukkan os untuk jumlah fon yang terlalu banyak dalam satu-satu masa akan menyebabkan kebarangkalian 10-20 fon mendapat masalah ini sangat besar. Dan fon aku antara mangsanya. Dia kata benda ni memang normal terjadi dan tak perlu khuatir. Macam mana nak wipe tu aku tataw. Dia godek-godek pc aku duk transfer daripada fon tau-tau aja dah siap. Yang penting sekarang dah tak hang lagi. Gua syiok!



Ok dah setel. Jom balik! TQ Makcik Z.

Monday, February 21, 2011

He's my everything

Sunday, February 20, 2011

Panduan Seorang Bapa

Aku nak berkongsi pengalaman dan tips kepada semua yang membaca. Mungkin hangpa seorang bapa atau bakal menjadi bapa atau mungkin nak kawen tak lama lagi. Semua yang dipaparkan adalah pengalaman personal aku sendiri. Saat dimana kita dapat tau bini kita mengandung memanglah sangat indah dan emosi. Aku sangat teruja dan rasa tanggungjawab yang lebih terpikul di bahu.

Kita perlu melakukan banyak persediaan samada dari segi pembacaan, bertanya orang lain dan sumber -sumber lain.

Saat dimana kandungan mungkin masuk bulan ke-6 dan seterusnya, penting untuk memastikan pampers newborn, baju baby newborn,botol susu, minyak telon, kain batik, baju (luaq dan dalam) extra untuk bini ada di dalam kereta. Kalau boleh sediakan 2 set, satu dalam kereta dan satu buh siap-siap dalam beg kat rumah @ pejabat.

Seterusnya ini adalah benda-benda yang diprepare untuk anak aku.


Sekarang ni Umar pakai saiz M. Yang newborn punya tak sampai 2 minggu tukaq S, kemudian lebih krg 10 hari tukaq M. Betapa cepatnya tumbesaran bayi. Bagi aku pampers yang murah jenis yang aku bagi Umar pakai di Mydin Kota Seriemas, Sepang. Haritu kakak makencik pi kebetulan dia cakap murah suruh la beli terus. Tapi kat 99 speedmart pun murah la jgk. Lebih 2 kupang daripada Mydin Kota Seriemas. Ada kawan cakap kat NSK Selayang pun murah. Yang pasti kat Tesco ka Giant ka Carrefour ka memang mahal. Ini merujuk kepada brand yang seperti gambar tertera di atas. Brand lain taktaulah.


Seterusnya wet tissue digunakan untuk mengelap pungkoq/nonet baby selepas dia berak/kencing. 


Ni pulak minyak telon. Disapu kat perut dan tapak kaki baby bagi mengelakkan perut kembung. Dipakai sejak hari pertama lagi.



Ini merupakan mosquito repellent untuk baby. Kebarangkalian nyamuk menggigit bayi adalah sangat tinggi jika dibiarkan kat tempat terbuka walaupun sekejap.


Menyusul dalam gambar di atas ialah baby vicks. Bayi juga mudah selsema jadi prepare lah siap-siap selain ubat daripada doktor.

Di atas adalah krim untuk mengelakkan kulit baby melecet secara spesifiknya dia celahan kangkang dan kawasan sewaktu dengannya.


Pencuci khas untuk botol susu baby dan perkakasan yang sewaktu dengannya adalah penting juga. Barang depa sangat tak sesuai dicuci dengan pencuci yang sama dengan pencuci pinggan mangkuk.


Dan ini pula ialah sabun mandian bayi.


Pam susu manual kadang-kadang sangat memberi makna yang besar di saat pam susu elektronik menghadapi masalah. Dan aku telah mengalaminya sendiri. Beli pam susu elektrik mahal-mahal tapi kurang berkesan.



 Hmmm.....kena beli lain lah kot...


Set botol susu. Ada 3-4 set kot.


Penyedut hingus bayi.


Set mittens dan booties. Dalam bahasa mudahnya ialah sarung tangan dan sarung kaki bayi.

Grooming set.

 

Penyidai baju untuk bayi.

 

Beg pack Umar. Kalau keluaq pi jalan-jalan memang ni umpama beg doraemon lah. Macam-macam barang ada.


Cotton buds untuk bayi.


 Oh ini adalah sabun basuh untuk pakaian bayi.




Ini pulak babycourt. Tempat dia nak tidoq kat luaq. Tapi malam-malam dia tidoq sebelah mak dia lah kat atas katil.

Stroller memang sudah tersedia di dalam kereta. Inilah serba sedikit yang aku dapat kongsi bersama. Setiap orang berbeza dan ada cara untuk membesarkan anak masing-masing. Ada yang kata yang ni tak boleh tapi bila di pihak yang lain depa kata boleh pulak. Yang penting kena hormatlah pendirian dan pendapat orang .Tak perlu nak mengajar orang dengan cara yang kurang wajar tentang penjagaan anak. Peace.

Seolah-olah cara depa adalah cara yang paling betul untuk membesarkan anak. Aku mengikut cakap mak aku dan juga melalui rakan-rakan baik aku yang terlebih dahulu ada anak. Ditambah sedikit dengan pembaacaan tentang penjagaan bayi.Berkenaa dengan jenama-jenama barang di atas pula adalah apa yang dirasakan bagus. Setiap orang pun ada dia punya preference terhadap jenama tertentu bukan?


Thursday, February 17, 2011

Souled Out Hartamas .....again

Alhamdulillah. Malam tu rezeki lagi. Terima kasih tak terhingga kepada birthday girl si Wai sebab membayarkan harga makanan kami semua. Memilih Souled Out sekali lagi sebagai destinasi memandangkan besday girl tak penah mai makan sini lagi. Lagipun dia baru balik ke Malaysia dan katanya nak makan sedap-sedap. Beliau bekerja di Tanah Arab sebagai seorang jururawat. 




 

Amboih sampai terlentok kepala duduk dalam dakapan aunty Q.



Gadis kecil ini pun ada bersama dengan papa dan ibunya.


Inilah besday girl iaitu yang bertudung. Macam mana la aku leh lupa nak ambik gambaq hang elok-elok.


Penulis bersama saudara dari Kepulauan Mutiara. Kenapa aku nampak besaq dari dia? Shit.... Mesti silap masa edit ni.



 Ibu dan anak




 Starter ialah chicken wing



Antara ayaq yang sempat aku snap.
Tembikai dgn epal.



Makanan aku mlm tu ialah lamb chop. Tapi tak berapa nak sedap sangat sebab kambing masin.



Chicken grill si Ibu yang pesan. Ok sedap.



Salmon dengan nasik oleh Aximud. 



Carbonara speggie oleh Che Q.



 Kueytiaw Beef oleh Nurman dan Wai.


Itulah antara makanan yang sempat di snap. Makanan Lily dan Burn aku tak sempat nak snap.



Masa ni Umar dah start mengamuk. Mengantuk biasa la dia memang mcm tu. Mengamuk 5-10 minit pastu tidur la lepas bagi susu sikit. TQ aunty Wai bagi hadiah kasut kat Umar. Tu haa yang sedap dipegang oleh Wai tu.

Seperti biasa tradisi menyambut besday kat sini, besday boy/girl akan dipakaikan dengan helmet bertanduk dan dihidangkan dengan sepotong kek bersama lilin ehsan Souled Out dan staf depa akan bersama kita menyanyi lagu hepi Besday. Lebih kurang kat TGI jugk la. Cuma kat TGI lebih meriah sket kot staf depa. Kendian staf Souled Out ni snap gambaq dan terus diframekan kan dan diserahkan kepada besday boy/girl.

Apa-pun terima kaseh bebanyak Wai semoga hang akan dilimpahi rezeki dariNya. Walau apapun yang berlaku percayalah kepada ketentuan Illahi.

Thursday, February 10, 2011

NN & YY

Kesempatan sempena cuti CNY haritu sempat menghadiri majlis kenduri NN & YY. Ntah macam mana aku leh kenai NN pun aku tak ingat. Seingat-ingat aku la sekitar tahun 2008 kot masa tu duk komen-komen dalam blog AA dan blog NN. Bertambah lagi kenal semasa bertanyakan perihal itinerary ke HK sedikit masa lalu.

Sama-sama ngok dan sama-sama ngek.

Permulaan ke arah satu lagi fasa kehidupan yang lebih bahagia. Inshallah. "Eh Umar..apesal duk usha bini uncle NN tu. Berkenan ke?"



Gedik nak ambik gambaq dengan bini orang.


Akhirnya aku jumpak jugak si "nampak" ini. Sebab aku duk panggil nampak...hmmm takpalah. Hanya saya dgn dia yang tahu.



Hai saya dah besar!



Ok dah tu... !



Ramai teman-teman jauh yang hadir.



 Tetiba....


...terjumpa mamat ni. Saupix Achmad.

Beliaulah yang menjadi OP masa aku kawen di sebelah rumah Nita. Beliau sangat kreatif dan bila aku kata kreatif tu..ialah kreatif dia yang sangat kreatif. Lihatlah hasil gambar-gambar dia kat FB beliau. Demmm. Beliau bukan seorang yang jenis mengambil gambar pemandangan namun lebih kepada objek-objek biasa yang dimanipulasi menjadi sebuah karya hebat. Ok nanti hang belanja aku char kuey tiaw telor ayam dibasuh sebab puji hang tak sangga tang nih !



Selama ni duk merapu kat twitter saja pagi petang siang malam... takdak nak sentap sentap Ops..bila berjumpa tu lagi la merapu.

Yang menariknya sajian kenduri NN ni ialah selaain gulai kawah dan sambal belacan serta ulam-ulaman yang mantap turut disajikan ialah Char Kuey Tiaw yang sangat padu rasanya. Sampaikan kena beratoq panjang. Now u know... we not only have Nasik Kandaq Beratoq.. but oso got Char Kuey Tiaw beratoq. Di samping itu turut ada spring potato yang mana bentuknya berpusing-pusing mcm spring, kuih talam dan teh tarik. Mungkin menjadi trend kot skarang ni kenduri kawen bukan ada lauk dgn nasik saja malah ada makanan sampingan lain. Tapi gambaq tak snap pun. Sebab malas lah dah tentu nak konsentrate makan kan?



Apa-apa pun semoga hang dan isteri menjadi lebih bahagia dan saling melengkapi di antara satu sama lain. Inshallah ada rezeki tak kemana. Allah sentiasa melindungi umatnya yang sentiasa mengingatiNya. All the best kawan.