Showing posts with label Yogjakarta 2012. Show all posts
Showing posts with label Yogjakarta 2012. Show all posts

Monday, March 12, 2012

Yogjakarta episod last

Hari terakhir di Kota Yogjakarta. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur jam 2:05 petang lebih kurang macam tu lah. Selesai uruan daftar keluar dari hotel kami ke tempat jual batik-batik apa ni ntah. 













Next destination ialah ke Kraton Keagungan ntah apa lagi ntah nama dia. Kraton memabwa maksud istana. Kraton ni terletak dalam Kota Yogja jugak tak jauh dari hotel kami. Aku tengok ramai jugak pelancong singgah ke sini. Hurmmmm seperti biasa aku kurang sikit bab-bab melawat tempat bersejarah macam ni. 










Di dalam kawasan Kraton ni ada kolam yang dipercayai tempat bersiram raja-raja pada zaman dahulu. Ada beberapa kolam ada dalam kraton ni dan dibahagikan satu tempat untuk puteri raja dan satu bahagian lagi untuk putera.










Masa nak berjalan keluaq ternampak sekumpulan anak-anak sedang mengaji Al-Qur'an.




Kemudian habis kat Kraton atas tu kami dibawa pula ke satu lagi Kraton. Hummm berapa banyak Kraton daaaa. Lokasi pun lebih kurang di tengah Kota Yogja.



Selesai bayar duit tiket masuk kita akan diiringi oleh tour guide yang menceritakan kita tentang Kraton yang telah diubahsuai menjadi muzium ini. Dah masuk ke dalam ni kami dihiburkan dengan alunan muzik tradisional.











Kat atas siling dalam salah satu bangunan di Kraton ni dipercayai diperbuat dari emas. Kemudian banyak jugakla bangunan yang menempatkan pelbagai jenis barangan keturunan Sri Sultan Hamengku Buwono. Sebenarnya masa ni aku dah tak sabaq bila la nak abis. Tak sabar nak balik KL.

Selesai pusing-pusing dalam Kraton, kat luar kawasan ada macam pasar yang menjual pelbagai jenis cenderamata. Tak berminat nak beli. Selesai itu kami terus dibawa ke airport. Sempat jugak beli fridge magnet kat airport.


Alhamdulillah selesai sudah tour di sini. Kesimpulannya siapa-siapa yang minat batik silalah berkunjung ke Kota Yogjakarta.

Wednesday, March 07, 2012

Yogjakarta episod 4 : Candi Borobudur

Selesai makan-makan kami dibawa ke salah satu tarikan utama di Kota Yogjakarta iaitu Candi Borobudur. 




 Kawasan candi ni telah diubahsuai menjadi satu taman rekreasi yang sungguh luas dan cantik sekali. Ia umpama kita berada di Bukit Cerakah Shah Alam. Di kawasan sekitar banyak sekali penjual yang datang duk pujuk kita beli. Naik bosan duk tepis. Makin ramai duk mai. Solusi dia? buat dekkkk je.




Nak masuk kawasan candi diwajibkan memakai kain jarib. Sama macam kalau kita nak masuk pura kat Bali.





Mengikut kepercayaan, nama Borobudur bermaksud sebuah gunung yang berteras-teras (budhara), dan ada juga yang mengatakan ia membawa maksud biara di tempat yang tinggi.Candi ini merupakan yang terbesar sekali di abad ke -9 dan ia dibina jauh lebih awal sebelum terbinanya Angkor Wat di Kemboja. Menariknya ia merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia.





Candi ini dijumpai oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada abad ke 18. Pada 1973, dengan peruntukan daripada pihak UNESCO, candi ini telah dinaiktaraf dan "major restoration" dilaksanakan. Aku tengok gambaq masa awal-awal keadaan candi ni dulu memang teruk sangat. Tak sama seperti sekarang ni. Dengan berlumutnya, lumpur, ada sebahagian struktur yang pecah dan sebagainya.





Seterusnya untuk ke pintu masuk candi kami menaiki tram yang disediakan. Lepas bayaq duit tiket yang berharga Rp 5,000 (dapat free ayaq mineral) ni baru lah aku nampak ada jugak depa sewa basikal. Alahai. Takpalah.













Dalam kawasan candi ni ada juga hotel disediakan. Hotel ni untuk pelancong yang beli pakej sunset at candi.





Dari kejauhan sudah nampak struktur candi. Gah terbentang.













Tangga untuk naik ke puncak candi ni agak curam.  Luckily kami mai hari Isnin. Kalau hari minggu memang ramai sangat orang.









































Setiap tahun sekitar bulan Mei hingga Jun, penganut agama Buddha di Indonesia mahupun di sekitar Asia untuk menyambut perayaan Wesak. Di Indonesia Wesak merupakan cuti umum. Dilaporkan hampir 100,000 lebih penganut agama Buddha akan berkumpul di sini.









Setelah hampir 2 jam berada di sini aku akhirnya berjaya menguasai hikmat yang digelar ..............................



  

Kami turun semula dah menghala jalan balik ke kenderaan singgah di tempat menjual pelbagai cenderamata ni.




Takdak apa yang menarik perhatian aku pun. Rimas sangat dengan penjaja yang asyik duk ikut bontot kita duk pujuk beli barang depa jual. Kalau nak bagi depa tak mau ikut senang ja. Halakan kamera dan snap gambaq depa banyak-banyak depa pun rimas. Hahahahahah .Aku berjaya. Aku berjaya.







  Hishh sini pun batik jugak!










Aku hadiahkan diri aku coaster istimewa bermotifkan corak Borobudur.





Dari kejauhan kelihatan Gunung Merapi yang tersergam megah di Kota Yogjakarta.



Singgah di salah satu FO yang ada kat sini. Beli selai baju untuk Umar. Yang lain-lain tak menarik perhatian sangat. Tengok FO kat sini janganlah anggap ia seperti Bandung. Yogjakarta bukanlah tempat FO. Ada satu lagi kami singgah nama dia Omah Mode. Aku menaruh harapan tinggi sebenarnya kat Omah Mode ni. Sangkaan aku sama seperti  Rumah Mode, tap hurmmmmmm. Tak menarik langsung.





Singgah makan di Bumbu Desa. Baru minggu lepas makan Bumbu Desa The Curve.









Alhamdulillah. Sedap. 

Balik hotel zzzZZZzZzZZZZZzzzz...............