Monday, March 12, 2012

Yogjakarta episod last

Hari terakhir di Kota Yogjakarta. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur jam 2:05 petang lebih kurang macam tu lah. Selesai uruan daftar keluar dari hotel kami ke tempat jual batik-batik apa ni ntah. 













Next destination ialah ke Kraton Keagungan ntah apa lagi ntah nama dia. Kraton memabwa maksud istana. Kraton ni terletak dalam Kota Yogja jugak tak jauh dari hotel kami. Aku tengok ramai jugak pelancong singgah ke sini. Hurmmmm seperti biasa aku kurang sikit bab-bab melawat tempat bersejarah macam ni. 










Di dalam kawasan Kraton ni ada kolam yang dipercayai tempat bersiram raja-raja pada zaman dahulu. Ada beberapa kolam ada dalam kraton ni dan dibahagikan satu tempat untuk puteri raja dan satu bahagian lagi untuk putera.










Masa nak berjalan keluaq ternampak sekumpulan anak-anak sedang mengaji Al-Qur'an.




Kemudian habis kat Kraton atas tu kami dibawa pula ke satu lagi Kraton. Hummm berapa banyak Kraton daaaa. Lokasi pun lebih kurang di tengah Kota Yogja.



Selesai bayar duit tiket masuk kita akan diiringi oleh tour guide yang menceritakan kita tentang Kraton yang telah diubahsuai menjadi muzium ini. Dah masuk ke dalam ni kami dihiburkan dengan alunan muzik tradisional.











Kat atas siling dalam salah satu bangunan di Kraton ni dipercayai diperbuat dari emas. Kemudian banyak jugakla bangunan yang menempatkan pelbagai jenis barangan keturunan Sri Sultan Hamengku Buwono. Sebenarnya masa ni aku dah tak sabaq bila la nak abis. Tak sabar nak balik KL.

Selesai pusing-pusing dalam Kraton, kat luar kawasan ada macam pasar yang menjual pelbagai jenis cenderamata. Tak berminat nak beli. Selesai itu kami terus dibawa ke airport. Sempat jugak beli fridge magnet kat airport.


Alhamdulillah selesai sudah tour di sini. Kesimpulannya siapa-siapa yang minat batik silalah berkunjung ke Kota Yogjakarta.

1 comment:

@xiM said...

tak mau pi jogja sebab aku tak minat batik indonesia.

sekian.