Minggu lepas aku di Yogjakarta selama 4 hari. Kali pertama aku ke Yogja. (Baca Jogja). Penerbangan jam 11:45 am. Aku dari Seremban 2. Tiba di Bandar Enstek trafik tiba-tiba menjadi semakin perlahan dan akhirnya terus berhenti. Aku tengok deretan bas, lori semua berhenti dan siap penumpang turun. Ah sudah. Jam dah pukul 11:10 am. Nampak helikopter berlegar-legar. Ok fine aku pasrah dan terima hakikat aku tak dapat mengikuti perjalanan ke Yogja kali ni. Tiba-tiba ada sinar buat ku. Sahabat SMS cakap flight delay ke 12:45. Ahhhhh lega gila. Dan ditakdirkan Tuhan, mula kedengaran enjin kereta, bas dan lori dihidupkan. Alhamdulilah dah boleh bergerak. Rupanya ada Le Tour De Langkawi. Kepada penganjur nanti 2-3 hari sebelum jalan ditutup molek benar kiranya dapat letak signage mengatakan jalan akan ditutup pada sekian-sekian hari dan waktu. Boleh la para pengguna lain bersedia dengan jalan alternatif. Bayangkan tiba-tiba ada wanita nak beranak dalam kereta atau ada lain-lain hal kecemasan terjadi? Kalau takat nak terkencing tu boleh ja pancut kat tepi. Pengajaran pasti.
Lupakan hal itu. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Yogjakarta mengambil masa 2 jam 30 minit dan aku tiba di Bandara Adisutjipto lebih kurang jam 3:30 petang. Yogjakarta sangat terkenal dengan batik.
Kecik aja airport dia. Kaunter migrasi ada 2 sahaja. Standard airport Bandung ja. Sampai aja kami ditunggu oleh Titin yang menemani kami sepanjang berada di sini. Bersama Titin ialah Wak Dar selaku supir. Jadi terus saja dibawa ke kawasan Kota Gede. Masa ni hujan baru saja berhenti. Jadi permukaan lecak berlumpur dan kurang enak dilihat. Bandar Yogja ni kecik aja, tak lah serabut seperti Bandung atau Jakarta atau lain-lain provinsi di Indonesia. Tiada kedengaran hon-hon menguasai jalan raya. Lampu isyarat dipatuhi mereka. Memang nampak pergerakan sedikit perlahan.
Singgah di Masjid Gedhe Mataram di Kota Gede ni. Juga menempatkan sebuah kawasan suci bagi penganut Hindu kat kawasan ni. Aku liaht depa punya budaya bercampur aduk antara Islam dan Hindu. Di masjid yang aku singgah ni sebelah dia aja ada macam Pura orang -orang Hindu. Cuma tak lah seindah di Pulau Bali. Selain tu ada juga aku lihat beberapa kumpulan manusia yang duduk bertenggek dengan turut membawa baju-baju seolah-olah tinggal disitu. Menurut Titin jika kita mempunyai apa-apa impian atau hajat kena duduk bertenggek disitu untuk tempoh waktu yang tertentu. Hurmm.
Budak-budak ni duk main depan masjid.
Selesai solat kami diberhentikan di sebuah kedai jual silver dan suvenir. Menurut Titin selain batik, Yogja juga terkenal dengan barangan silver dia. Ok aku tak minat silver.
Jalan berhadapan dengan Ansor Silver.
Selesai solat apa semua kami dibawa ke Pantai Parangtritis lebih kurang 40 minit perjalanan dari Kota Yogja. Sebenarnya takdak lah apa yang menarik sangat pun pantai ni. Pasiaq dia hitam. Banyak sampah bertaburan. Masa ni hari Sabtu jadi ramai warga Yogja bersantai kat sini.
ATV ni untuk disewa lebih kurang Rp 20,000 untuk 30 minit.
Undur-undur laut. Unik sungguh nama.
Duduk lepak sambil pekena ayaq nyok sambil layan sunset. Kamera murah jadi gambaq sunset pun tak jadik. Ok fine bukan pasai kamera tapi pasai aku tak reti ambik gambaq.
Masa balik kami dibawa untuk makan malam di Tembi Rumah Budaya. Restoran ni konsep kayu kayan dan alam flora. Ada juga unsur-unsur air.
Overall makanan dia tak berapa sedap sangat. Biasa-biasa aja.
Air teh o ais limau ada aroma serai-serai sikit. Nice.
On the way balik ke hotel singgah beli kartu AXIS Rp 2000 + topap Rp 1500.Untuk cek baki dial *888# , untuk topap *888* no. telefon#. Untuk nak jimat kalau nak telefon ke Malaysia dial 010126 dan masukkan no telefon yang ingin kita call. Sekian pesanan dari Duta AXIS Indonesia.
Tiba di tempat penginapan di The Grand Palace Hotel.
Nanti aku sambung.
7 comments:
Naik atv, undur undur masuk dalam laut.
Air ngok.
Dinner nasik apatur..?
Abang beli apa kat saya..?
hai nikli. apa kabar? duk buat apa tu? harap sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu. apa aktiviti hari ni. tak kemana-mana ke? hujan tak kat sana? semoga menjadi lebih cemerlang dan gemilang dari hari ke hari. anda pasti boleh melakukannya.
terer lah abang ni teka teka nama!
:)
hai bang zim...apa khabar anda di sana?
Saya sihat sejahtera...awak pula bagaimana?
saya alhamdulillah..sihat sihat aja pak
Patotnya protex kerahsian identiti saya.
Abang epui beli apa dari jogja kat saya?
Saya nak jaket hiphop batik tuh..
Post a Comment