Wednesday, March 07, 2012

Yogjakarta episod 3 : Gunung Merapi Tour

Untuk hari yang seterusnya... pemandangan di waktu pagi di Hotel The Grand Palace. Sempat jugak buat kuak kupu-kupu 3-4 round dalam kolam ni.








Selesai urusan yang sepatutnya dibuat dahsiap-siap tukar mode untuk pi jalan-jalan pulak.  Kami dibawa ke kaki Gunung Merapi yang terletak kira-kira 45km daripada hotel. Untuk ke sini kami dibawa melalui jalan pintas yang mana akan masuk ke dalam universiti yang terkenal di Indonesia iaitu Universitas Gadjah Mada. Universiti ini merupakan yang paling tertua dan paling besar di Indonesia. Ia mempunyai 18 fakulti merangkumi Sains Sosial dan Kejuruteraan. Fakulti Perubatan di sini pula adalah yang paling tertua dan paling established di Indonesia. Ada juga kenalan doktor-doktor yang graduated daripada Universiti Gadjah Mada ni.

Selesai masuk ke kawasan Universiti kami mula memasuki jalan kampung. Memang kecik aja jalan dia seumpama jalan sekitar Hulu Langat nak menuju ke tempat perkelahan Sg Gabai.




Lepas parking kami keluar dan cuaca dingin mula memberi kesan kepada kami. Aku tengok tempat tu dari kejauhan sayup aja mata memandang. Sunyi sepi sesekali kedengaran bayu menghembus dedaunan yang masih utuh bertahan di sini. Subhanallah. Kuasa Allah s.w.t. Terjelas sekali kesan lahar yang dimuntahkan oleh Gunung Merapi ini. Kali terakhir ia memuntahkan lahar pada 5 November 2010 yang lalu. Aku ingat lagi kawan aku terpaksa kensel holiday pi Bandung dgn Jakarta sebab masa tu MAS kensel flight akibat dari kesan Gunung Merapi yang meletus ni.




Di kawasan ini juga banyak gerai-gerai kecil menjual cenderamata. Ada yang duk beli lesung batu sebab diperbuat daripada batu Gunung Merapi ni. Murah ja rm3. Tapi aku tak beli sebab tak minat.




Kita boleh explore lagi kawasan kaki Gunung Merapi ni dengan menyewa motor Azroy Gila-Gila Remaja dengan bayaran Rp 50,000. Aku macam nak tapi bila tengok jalan dia sedikit mencabar sebab kena naik bukit pastu batu-batu kecik memenuhi jalan aku ambil keputusan untuk menyewa skuter Yamaha Ego ja. Rp 20,000. Kami akan diketuai oleh seorang pemandu arah dan terus meluncur laju naik ke kawasan yang lain pulak.







Ok masa ni enjin motor sedang dipanaskan. Cuaca kat sini memang sejuk jugak. Keluaq asap daripada mulut. Feeling kat Niu Zilen.







Kami berhenti di satu kawasan lapang yang mana dari kejauhan sayup mata memandang. Sunyi sepi. Timbul rasa gerun. Terasa kecik sangat diri ini.




Sebenarnya jalan ni kami tak boleh terus naik lagi dengan motorsikal. Untuk terus nak explore lagi kawasan lain-lain kena sewa jip siap dengan pemandu. Kalau tak salah aku Rp120,000 untuk satu jip yang boleh memuatkan 4 orang termasuk pemandu. Nahhh kami tak nak lah. 




Lebih kurang 15 minit ambil gambar kat atas kami mula turun semula tapi kami dibawa ke tapak rumah "penjaga kunci"  Gunung Merapi yang mana telah musnah sama sekali sewaktu letusan dahsyat pada 2010 yang lalu.




Cantik pulak batu Gunung Merapi, rasa nak bawak balik tapi entah jadi takut.




Inilah tapak rumah Mbah Maridjan si "penjaga kunci" Gunung Merapi. Pilu pulak aku tengok.



Sumber : http://rovicky.wordpress.com/2010/10/27/foto-letusan-gunung-merapi-oktober-2010/



                                                                                                Ok yang ni lagi sadis. Van Suzuki di atas merupakan van 2 orang wartawan yang terkorban semasa gunung ini meletus pada tahun 2010 ini. Menurut papan informasi yang ada di tepi van ni, 2 orang wartawan ni berada di kawasan kaki Gunung Merapi untuk memaklumkan kat orang-orang kampung supaya keluaq dari rumah sebab gunung nak meletus dah tak lama lagi. sampai aja kat area sini letusan pertama terjadi dan impak daripada letusan itu telah mengorbankan terus nyawa 2 orang wartawan tadi. Sungguh pilu sebab depa tak sempat nak turun tetapi depa terus memekik, bagi siren kecemasan sebagai peringatan kat penduduk kampung. Depa dua ni diangkat sebagai hero, Al-fatihah untuk depa.








Sedang asyik duk ambik gambar tiba-tiba kabus tebal memenuhi ruang udara kat sini. Subhanallah. Seram aku. Sekejap aja dia mai terus jadi putih.










Pemandu arah suruh kami cepat-cepat turun sebab kalau tunggu lama lagi memang takkan nampak jalan dah. Apa lagi. Dengan pengalaman 4 tahun menjadi Mat Rempit kat Shah Alam terus saja memecut laju umpama halilintar membelah badai.







Ok tour Gunung Merapi pun selesai. Satu pengalaman yang bercampur baur sebenaqnya.




Masa ni kami otw nak ke satu lagi destinasi utama yang lain. Lalu di kawasan empangan ni. Cantik pulak aku tengok.




The other side empangan tadi banyak penduduk kampung yang duk ambik batu-batu untuk dijual di Kota Yogjakarta sana. 




 Singgah makan di tempat ni apa nama ntah.




Makanan ok ok saja. Tapi ayam rica-rica ni sedap jugak. Macam kari tapi ada masam-masam. Sori gambaq silap edit jadi terang. Malas nak repair punya pasai.


Lepas saja makan kami dibawa ke satu lagi tempat tarikan utama pelancong dari serata dunia. Nanti aku sambung.

2 comments:

@xiM said...

eh awak.

saya suka lah gambar awak menyeringai comel masa tengah seram bila kabus menjelma tu..

comel sesangat!!sesuai dengan jiwa awak yang rempit.i like!

soalan saya : kenapa wartawwan yang mati tu diangkat menjadi hero??best ker depa sampai jadi hero??

diharap awak dapat menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwa saya sejak membaca entri awak ni dari pagi tadi.

Tolong lah saya.

Yang mengharap,
ajim.

sepul said...

abang,
terima kasih sebab suka saya comel.

best. sebab tu depa hero.