Tak lama kemudian kami pun dah sampai ke area Pacific Fair ni. Reka bentuk Pacific Fair ni more or less lebih kurang macam The Mines. Tempat ni sebenarnya dah on the way menghala balik ke Surfers Paradise atau lebih tepat lagi Pacific Fair terletak di Hooker Boulevard, Broadbeach. Jadi saja lah kami singgah sat nak tengok apa yang ada.
Sebelum memasuki bangunan Pacific Fair kita akan melalui satu kawasan macam deretan rumah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti cenderamata, pakaian, kasut, makanan. buah-buahan, barangan elektronik, salun dan macam-macam lagi lah. Tak masuk pun tengok daripada luar saja.
Bila masuk dalam ni suasana sama macam kebanyakan kompleks beli belah. Biasa saja.
Reject Shop menarik jugak sebab bukan saja menjual pakaian tapi dah jadi macam kedai runcit. Lebih kurang macam kedai RM2 kat Malaysia la.
Lebih kurang 30 minit saja kami kat sini. Tapi 30 minit pun sempat beli selipar souvenir 2 pasang dan beli pisang dan 2 biji epal. Then terus bergerak menuju detinasi dalam itinerary seterusnya iaitu ke Harbour Town. Plan asal nak naik bas aja tapi hampir 5 minit kami tunggu bas tak sampai. Tanya dengan orang kat situ dia kata kekerapan bas menghala ke arah Harbour Town lebih kurang 20 minit sekali. Tempoh masa perjalanan menaiki bas hampir 50 minit. Jadi kami ambik keputusan guna teksi saja. Caj yang dikenakan oleh teksi dari Pacific Fair ke Harbour Town sebanyak AUD $38. Ikut meter jugak sebenaqnya. Tapi tempoh perjalanan 25 minit saja.
Kawasan Harbour Town ni jalan menghala ke Brisbane dah. Sedikit jauh dari kawasan bandar Surfers Paradise. Sebab utama Harbour Town patut ada dalam list anda bagi yang gemarkan shopping sebab kawasan ini menempatkan hampir 120 jenis outlet dari jenama terkenal pada harga diskaun sehingga 75%. Namun begitu kita kena pandai la pilih dan tengok harga sebab bagi aku tak semua murah kat sini. Kami memang nak cepat-cepat sampai sini sebab kebiasaanya waktu perniagaan bermula jam 9 pagi dan berakhir 5 petang. Kecuali hari Khamis kedai ditutup pada jam 7 petang waktu Gold Coast. Harbour Town terdapat di 4 lokasi di Australia termasuklah di Perth, Melbourne, Adelaide dan di Gold Coast sendiri. Namun yang di Gold Coast yang pertama diwujudkan serta yang paling besar berbanding yang lain-lain.
Hampir 2 jam kami pusing keluar masuk outlet yang ada. Jalan punya jalan jam dah menunjukkan hampir 5 petang. Aku tengok banyak kedai dah start nak prepare untuk tutup kedai. Ternampak satu kawasan restoran. Selain Nandos yang halal aku pilih nak cuba kebab Ispa.
Aku makan Jumbo chicken kebab, mak encik small chicken kebab. Aku jugak beli fries dan ayaq oren. Jumlah harga AUD $22.70.
Puas hati makan rasa macam nak pecah perut. Dengan pejalnya dengan ayam yang melimpah-limpah. Tapi kurang sikit sebab sos cili takdak. Dia hantam kasi tomato. Masam sikit.
Dah selesai makan jom balik. Kali ni kita naik bas yang bernombor 709 ke Surfers Paradise.Tambang yang dikenakan untuk seorang ialah AUD $ 6.20.
Sementara duk tunggu bas Umar yang keletihan dah tidoq dah. Kesian kat dia. Aku lupa pulak nak bawak selimut. Petang-petang macam ni dah jadi sejuk lain macam dah cuaca dia. Nasib baik ada baju bekal lagi sehelai buat tutup dada dia.
Dalam bas ni kebetulan duduk bertentangan dengan kami ialah pasangan laki bini daripada Malaysia. Depa dua pakai jersi Liverpool dan aku tengok kat jari perempuan masih jelas dan terang inai. Aku syak depa baru kawin mai hanimun ni. Duk senyum-senyum aku tegoq la "Orang Malaysia ka?" Depa senyum balik dan hangguk kepala. Sembang lah kami 5 -10 minit macam tu sebelum aku dah slow down sebab letih. Macam nak tidoq pun ada.
Waktu operasi Sky Wheel bermula jam 12 tgh hari waktu Gold Coast dan berakhir jam 10 malam.
Harga tiket untuk sky wheel ialah AUD $11 seorang. Umar free.
Umar suka la sebab dapat bebas berlari ke sana ke mari. Yang letih kami dua lah terpaksa duk kejar dia. Takpalah yang penting kami semua happy.
Orang tak la ramai sangat. Tapi masih ada yang duk mandi kat pantai. Berani sungguh dengan ombak kuat macam tu.

Macam biasa seronok terlebih kalau dapat dibiarkan berari bebas macam ni.
Banyak wang terbang melayang di outlet Nike. Bagi aku t-shirt kat sini murah berbanding di Malaysia. Nak kata off season punya product pun tak jugak. Design up to date jugak.
Hampir 2 jam kami pusing keluar masuk outlet yang ada. Jalan punya jalan jam dah menunjukkan hampir 5 petang. Aku tengok banyak kedai dah start nak prepare untuk tutup kedai. Ternampak satu kawasan restoran. Selain Nandos yang halal aku pilih nak cuba kebab Ispa.
Aku makan Jumbo chicken kebab, mak encik small chicken kebab. Aku jugak beli fries dan ayaq oren. Jumlah harga AUD $22.70.
Puas hati makan rasa macam nak pecah perut. Dengan pejalnya dengan ayam yang melimpah-limpah. Tapi kurang sikit sebab sos cili takdak. Dia hantam kasi tomato. Masam sikit.
Dah selesai makan jom balik. Kali ni kita naik bas yang bernombor 709 ke Surfers Paradise.Tambang yang dikenakan untuk seorang ialah AUD $ 6.20.
Sementara duk tunggu bas Umar yang keletihan dah tidoq dah. Kesian kat dia. Aku lupa pulak nak bawak selimut. Petang-petang macam ni dah jadi sejuk lain macam dah cuaca dia. Nasib baik ada baju bekal lagi sehelai buat tutup dada dia.
Dalam bas ni kebetulan duduk bertentangan dengan kami ialah pasangan laki bini daripada Malaysia. Depa dua pakai jersi Liverpool dan aku tengok kat jari perempuan masih jelas dan terang inai. Aku syak depa baru kawin mai hanimun ni. Duk senyum-senyum aku tegoq la "Orang Malaysia ka?" Depa senyum balik dan hangguk kepala. Sembang lah kami 5 -10 minit macam tu sebelum aku dah slow down sebab letih. Macam nak tidoq pun ada.
Bas berhenti betul-betul kat depan stesen bas Surfers Paradise. Nampak Sky Wheel ni masih beroperasi. Tanpa fikir panjang terus kami cari jalan naik ke tempat ni. Malangnya untuk sampai ke pintu lif terpaksa naik tangga tinggi jugak lah walaupun setingkat saja. Tangga jenis curam. Gigihlah aku duk usung stroller.
Waktu operasi Sky Wheel bermula jam 12 tgh hari waktu Gold Coast dan berakhir jam 10 malam.
Harga tiket untuk sky wheel ialah AUD $11 seorang. Umar free.
Naik sky wheel ni puas ati sebab hampir 7 pusingan dia buat. Anggaran ketinggian adalah setinggi bangunan 17 tingkat. Memang syok. Bila sampai tang puncak tu dia macam slow sikit. Kedengaran angin duk hempaih gondola kami. Adoi pucat muka aku.
Lepas dah puas nak Sky Wheel kami terus balik mandi siap-siap apa semua keluaq balik. Kali ni saja nak jalan-jalan kat esplanade ambik angin pantai. Sejuk yang amat sangat.
Umar suka la sebab dapat bebas berlari ke sana ke mari. Yang letih kami dua lah terpaksa duk kejar dia. Takpalah yang penting kami semua happy.
Orang tak la ramai sangat. Tapi masih ada yang duk mandi kat pantai. Berani sungguh dengan ombak kuat macam tu.
Last-last lepak Mcd.
Minum hot chocolate dengan fanta fizzy (AUD $7.20) seround dua mata dah tahap ada batu konkrit mampat 78,988,504,011,755 kg dah. Cepat-cepat jalan balik hotel. Lebih kurang 10 minit dah sampai hotel. Kedinginan masih terasa hingga ke sum-sum tulang.
No comments:
Post a Comment