Showing posts with label MARI MAKAN. Show all posts
Showing posts with label MARI MAKAN. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Laksa Pak Ngah Kuale Kangsar

Tengah asyik memandu perut mintak untuk diisi. Hasrat tidak mahu makandi R & R jadi ku pasang GPS ada keluar Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar. Ok setuju.












Untuk ke Kedai Laksa Pak Ngah anda perlu belok ke kanan seperti gambar di atas.





Selepas belok kanan melalui persimpangan lampu isyarat tadi terus saja dan belok kanan selepas persimpangan lampu isyarat yang berikutnya.





Kemudian kita belok ke kiri pula ye adik-adik.





Perlahan-lahan perhatikan di sebelah kanan anda akan kelihatan sekolah cina. Sebelah tu ada sebuah lorong kecil. Tersangatlah kecil.





Hampir tiba.





Dah sampai. Ia dibuka seawal jam 9 pagi hingga 7 petang. Ditutup setiap Rabu.





Khabarnya laksa ini mula dijual sejak tahun 1955. Kelihatan juga di dinding kedai dihias dengan artikel mengenai kehebatan laksa ini.





Baru bangun tidoq. Masih blur.




Ku worder laksa cucur. Mula-mula tanya abang tu apa menu special. Antara yang keluar dari mulutnya adalah laksa cucur Ku coba. Rasanya agak unik sebab selama ini ku belum pernah mencuba kombinasi cucur bilis sana kuah laksa. Macam best. Sedap pulak !





Manakala pasangan memesan laksa biasa. Harganya pula cuma RM2.50 sahaja. Struktur laksa di sini amat pejal dan mantap sebab dikhabarkan menggunakan tepung gandum.





Jadi , apa tunggu lagi? Moh mengkeme-mengkeme semua berkunjung ke Laksa Pak Ngah Kuale Kangsor. Sedap !

Laksa Kak Su Kuala Perlis

Kedai laksa ni memang popular. Ramai orang duk mai makan sini.




Ia terletak di Pekan Kuala Perlis berhampiran Maybank. Bila sampai ke Pekan Kuala Perlis cari CIMB dan masuk ikut lorong di sebelah CIMB tu dan kedai ni berada di deretan rumah kedai belakang berhampiran dengan Maybank.


Kalau tak jumpa jugak ... nah ! 
6°23'51"N   100°7'57"E 







Keistimewaan laksa ni dia menggunakan laksa beras yang lebih padu dan pejal. Kuah dia sangat pekat. Enak dimakan dengan kicap. Selamat datang ke Perlis. Ya orang Perlis makan laksa dengan kicap.




Jadi tidak hairanlah di atas meja makan disediakan kicap.  





 

Thursday, November 08, 2012

Astaka Taman Tun Sardon

Astaka Taman Tun Sardon (orang tempatan panggil Taman Tun Sakdon) sangat terkenal di Pulau Pinang kerana menyajikan pelbagai aneka jenis makanan terutamanya waktu sarapan pagi.

Nama tempat ini diambil sempena nama bekas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 1975 - 1981.




Jika hendak ke sini menggunakan Jambatan Pulau Pinang, ambil simpang Bayan Lepas dan menuju ke arah USM.  


 
Kita akan melintasi pintu masuk USM di sebelah kiri.




Nampak persimpangan lampu isyarat yang pertama belok ke kiri.








Di sebelah kanan anda akan kelihatan Pasar & Balai Rakyat Gelugor. Ya tahniah anda telah sampai ke garisan penamat.




Inilah Astaka Taman Tun Sardon yang khabarnya sangat terkenal.








Dapat belon percuma.




Mari makan.




Sandwhich ayam dan daging. 













Tak cukup dengan makanan yang di atas. Kita rasa roti canai pulak. Hem hem hem hem hem...




Ala...biasa biasa ja rasa dia.




Khabarnya antara makanan popular di sini ialah serabai. Mula-mula duk ingat apa la serabai tu rupanya dia sejenis apam. Ok.


Secara keseluruhannya, menu yang aku makan tadi tu biasa-biasa ja rasa dia. Lain orang lain citarasa dan pendapat. Tak gitu? Gitu? Gitu gitu.... Jadi apa tunggu lagi. Hidupkan enjin kereta anda dan datanglah ke Astaka Taman Tun Sardon.

Friday, November 02, 2012

Nasi Ganja Ipoh

Nasi Ganja. Bisa membuat diri ketagih. Masa pulang ke kampung cuti raya haji tempoh hari sempat de tour ke Ipoh sebab nak makan nasi ganja yang paling terkenal di Ipoh. Setuju?





Terletak di Jalan Yang Kalsom. GPS : 4.592661, 101.084669. Tempat menjual nasi ganja ni berada di dalam Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan.




Jam menunjukkan pukul 10 pagi waktu ni dan kelihatan beberapa orang pelanggan mula beratur demi mendapatkan sepinggan nasi ganja.

 


Mula dibuka sejak tahun 1960-an lagi dan mampu menjual sekurang-kurangnya 1000 pinggan nasi sehari.








Keadaan di dalam kedai. 1Malaysia.
 



Baby chair yang old skool.




Nasi dia sungguh pejal dan besar. Lauk dia terutamanya kuah memang padu!





Ni nasi isteri punya. Telur ikan yang sungguh dinosour. Padu mantap.







Kelihatan ada juga dijual karamel.




Ok la cuma manis sangat. 



Barang-barang lama masih digunakan.






Sebelum melangkah keluar sempat snap menu dan harga. 


Nasi Ganja Ipoh ni memang padu dan power! Puas makan. Rasa macam nak pi makan tiap-tiap hari. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Wednesday, October 31, 2012

Singgah Sarapan









Lokasi:Warung sebelah Pasar Sabtu Alor Pongsu
Rasa   : Memang padu!