Showing posts with label Hatyai 2012. Show all posts
Showing posts with label Hatyai 2012. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Hatyai lagi...

Balik daripada Klonghae Floating Market singgah ke Big C. Dahulunya nama Carrefour. Big C ni ada beberapa cawangan kat sekitar Hatyai. 




Hajat saja nak jalan-jalan. Tiba-tiba ternampak kat food court ada gerai halal. Teringin nak rasa.







Sistem pembelian kat sini kena beli kad dulu. So pi lah aku beratoq kat kaunter nak buat kat. bayaq RM10. Nanti kalau beli apa-apa dia akan deduct daripada nilai yang ada dalam kad tu. Hmmm macam-macam la hangpa ni.




Dah siap pun kad. Boleh la pi beli makan. Sebenaqnya lapaq jugak sebab makan at floating market tadi hampeh. Ordelah aku nasi goreng.




Apa nama ntah nasi goreng ni. Tapi bila eok ja aku suap masuk dalam mulut, Ya Allah....memang aku luah balik. Nasi goreng ni jenis hapak dan berbau. Nak kata basi tak basi tapi dia macam kalau kita simpan lama kat dalam kotak kayu. Dia jadi hapak macam mana ntah. Wekkk. Bila teringat-teringat balik nak muntah pun ada. Rugi RM5 aku. Lepas aku luah balik memang teruih blah dari foodcourt ni pi jalan-jalan tengok kedai-kedai dalam Big C ni.

Pusing-pusing macam bosan aja terus balik hotel. Memang perut mintak diisi. Keluaq semula menikmati malam di Hatyai. Jalan-jalan kat Lee Garden Plaza sebab teringin nak makan Swensen's.




Dapat komplimentari ayaq kosong. Cantik gelas. Macam nak bawak balik aja.




Lupa nak snap. Lepas makan baru teringat. Sedap. Kongsi dengan Umar.




Habis makan jalan-jalan kat luaq.




Umar dah zzzz. Serabut. Tak lama pun. Terus naik bilik. Tidur atas tilam yang keras.




Esok pagi bangun breakfast di Sulaiman. Dekat-dekat town jugak. Ok sedap. Say no to Hameed Restaurant.







Lepas makan nasi goreng biasa dengan telur bungkus kami terus chowwwwwww zasss zisss zussss balik. Perjalanan lebih kurang sejam GPS navigate ikut jalan kampung. Takut jugak aku ntah kampung mana-mana dia bawak aku. Alhamdulillah berdoa tawakkal aku drive macam biasa akhirnya jumpa signboard Padang Besaq.


Balik rumah sembang-sembang dengan bapak aku cerita jalan balik tadi dia kata memang tu jalan short cut pun. Dia dengan geng kayuh basikal dia duk pi Hatyai ikut situ lah. Hurmmm. Ok fine. Duduk lagi KL lama-lama. Oh bilalah nak dapat balik bertugas di negeri sendiri. Dah lama sangat aku merantau. Ok lari topik.

Friday, February 17, 2012

Hatyai Floating Market

Lepas refresh kat hotel keluar semula sebab nak pi Hatyai Floating Market. Sebenarnya nama betul bukanlah Hatyai Floating Market tapi nama betul dia ialah Klonghae Floating Market. Kawasan dia sedikit keluar dari pekan Hatyai ni. Daripada hotel memandu mengambil masa lebih kurang 35 minit. 

Bagi yang menggunakan GPS setkan N 7.04648 E100.47450. Mudah-mudahan tak sesat. Walaupun aku guna GPS Cap Ayam tapi ia mampu menavigasikan aku ke floating market ni tanpa gagal. Lagi satu ia beroperasi setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 3 petang hingga malam. 




Jalan nak masuk ke Klonghae Floating Market ni macam lorong kecik. Jadi kena betul-betul tumpukan perhatian takut terlepas.




Ni dah masuk ke lorong tu. Tudia punya detail.



Dah nampak kawasan letak kereta. Masa ni hampir jam 4 petang waktu tempatan.



Dah sampai. 




Sebelum nampak floating market, kawasan ni jugak ada macam pasar yang turut menjual bermacam jenis cenderamata, makanan, minuman, permainan dan bermacam-macam lagi. Masa sampai ni Umar tidoq pula. Jadi terpaksa kami gunakan stroller untuk bawak dia. Tapi keadaan jalan dia sangat-sangatlah tidak sesuai sebab dia macam batu kecik-kecik. Berhabuk habis roda stroller Umar dilitupi debu-debu warna putih. Nak tolak stroller pun satu hal. Jadi nasihat aku takyah la bawak stroller. Dukung je lah.




Ada jugak tempat main tikam. Tikam ni aku rasa istilah yang ramai orang faham kot. Bagi yang tak faham kita beli dulu apa2 contohnya keropok ka pastu kat dalam ada nombor. Kalau nombor kita naik dapat la redeem hadiah. Dulu kecik-kecik aku duk main la. Ingat lagi hadiah yang paling hebat aku pernah dapat hasil main tikam ni adalah jam tangan Gaban.


Ok masa ni dah rimas dah sebab sukar sangat nak tolak stroller. Tengok la roda dia. Punya la berhabuk berdebu.




Ini antara keunikan floating market ni. Ada jual gelas tembikar daripada tanah liat yang berbentuk pelbagai jenis corak dan karakter kartun yang sangat menarik. Beli ayaq dia letak dalam ni dan kita boleh bawak balik bekas ni.




Antara yang menarik perhatian aku. Jagung kaler-kaler. Tapi mak mertua aku habaq "elleh banyak aih orang duk juai kat sini (Bagan Serai) dulu-dulu ni". Ok fine.


Masa ni aku dah pi hantaq semula stroller dalam kereta. Lagi satu jangan keliru dengan baju Umar dalam gambaq ni. Ni gambaq yang aku snap masa nak balik dah. Bila nak jalan balik baru perasan ada signage ni.



Ok let's cekidaut this floating market. Ramai sungguh orang Malaysia.










Tiba-tiba dia jadi takut. Mungkin  tengok orang ramai sangat kot.

























Lepas jalan-jalan tengok makanan yang dijual atas sampan teringin la nak merasa. Ada meja dan bangku kayu disediakan berhadapan dengan sampan-sampan. Mula-mula beli bihun tomyam. Macam menarik aja. Kemudian beli roti bakaq pun macam menarik. Tapi satu kesimpulan aja. Rasa makanan kat sini memang hampeh. Ntah rasa busuk macam mana ntah. Bihun tomyam tu serius satu suap ja masuk dalam mulut pastu dah takleh pi dah. Pastu beli ais coklat sebab nak bekas bentuk ikan tu. Pehhh ais jenis buat sendiri yang macam kita buat letak dalam peti ais kat rumah tu. Pastu dia tuang coklat syrup kat atas. Wekkkk serius loya. Pastu aku beli jagung yang mcm Nelson's tu. Ok la boleh la diterima. Last sekali try sotong bakaq. Hurmmmm biasa-biasa ja. Sotong liat. Jadi kesimpulan aku makanan kat sini tak sedap. Nampak ja cara hidangan depa menarik sebab kreatif dan warna-warni. Mungkin faktor air sungai kot sebab aku tengok sungai pun wekkkkkkkkkk dah macam apa ja. 






Mas ni Umar dia masuk tangan dalam beka ikan tu pastu tuang atas kepala dia. Oh my son. Awat hang buat lagu tu?????






Ruang solat disediakan.



Pandangan dari atas jambatan. 



Dari jambatan ni kami berjalan menuju ke arah macam satu pasar malam kat seberang sana. Atas jambatan ada sekumpulan remaja Muslimat meminta derma.














Sedapkan serangga-serangga goreng begini?



Masa patah balik Umar pun murah hati menderma.



Mari melangkah pulang.

Monday, February 13, 2012

Hatyai ...dah sampai


Meluncur laju menuju Hatyai.



Banyak kenderaan dari Malaysia.




Dengan panduan GPS kami selamat sampai. Jadikan bangunan putih yang tinggi tu sebagai panduan. Bangunan itu bertajuk Lee Gardens Plaza. Kombinasi kompleks beli belah dan hotel. Hasrat nak duduk kat situ. Rate lebih kurang RM130 semalam. Namun hampa sebab bilik penuh. Kami menginap di Grand Plaza Hotel bersebelahan Lee Gardens ni.




Parking kereta kat Lee Gardens. Jalan-jalan pusing-pusing. Ini kali kedua Umar ke Hatyai. 1st time dulu masa dalam perut ibu dia.





Singgah makan kat Hamid Restaurant. Hummmm overrated sangat dah restoran ni. Makanan memang teruk, tak sedap, tak pandai masak tapi nak berniaga dan lain-lain. Aku order nasi goreng pataya dia masak nasi goreng sos tomato pastu letak telur dadar kat atas. Erhhhh. Geram pun ada. Tapi haritu dah malas nak pusing cari kedai lain. Restoran ni memang terletak betul-betul kat depan Lee Gardens. Kedai ni ramai sebab lokasi dia yang strategik. Itu ja. Tapi servis memang teruk gila. Aku pangkah teruih kedai ni sampai bila-bila.





Jalan-jalan dalam Lee Gardens. Setiap Sabtu dan Ahad ada Idea Market. Menjual barangan kraftangan.









Dah mula rimas.




Suasana dalam bilik di Grand Plaza Hotel. Rate untuk semalam RM80. Murah bukan? Without breakfast. Tapi tilam dia kerasssssss.









Suka bergolek berguling kat atas katil biarpun tilam keras. Rehat-rehat keluar untuk ke Floating Market. Nanti ku sambung.