Monday, July 30, 2012

Ganu Randomly

Seminggu sebelum berpuasa ada urusan rasmi di Terengganu. 





Seperti biasa perjalanan bermula di KL Sentral menuju ke KLIA.





40 minit di udara maka dengan izinNya sampailah aku ke Kuala Terengganu.






Menginap di Primula Beach Resort. 25 minit perjalanan dari airport. Hotel bertaraf 4 bintang ini mula berperasi sejak tahun 1984 dan terletak betul-betul hadapan Pantai Batu Buruk.






Namun jenis bilik yang aku dapat sedikit kecil dan nampak sedikit uzur dekorasinya.






Tak kisahlah. Janji selesa dan yang penting coaster dia cantik.






Lepas rehat keluaq jalan-jalan. Sekali sekala duduk bersendirian di tepi pantai macam ni memang memberi banyak ruang untuk aku merenung kembali perancangan aku di masa hadapan.






Tak jauh dari hotel (lebih kurang 15 minit jalan kaki) ada deretan kedai makan.











Teringin nak makan celup tepung macam ni. Tak sedap pun. Terrrrrlalu berminyak. Dia panaskan balik makanan tu. Sebenarnya yang sedap kat pantai berhampiran jalan menuju ke lapangan terbang. Kedai ICT namanya kalau tak silap. ICT = Ikan Celup Tepung. Heh!






Di tempat penginapan jumpa koligs-koligs semua. Ada sorang tu duk promote gelang magnetik yang memberi banyak faedah kepada kesihatan. Ntah aku payah sikit nak percaya. Terpulang.






Lewat malam keluar makan. Apa nama kedai ntah. Ada kolig oda nasi himpit dengan kuah nasi dagang. Me cannot go.





Lewat malam berikutnya singgah di Kedai Air Buah Gelas Besar di Seberang Takir.





Jus oren bersama nasi minyak.






Hari berikutnya di kesempatan yang ada singgah ke Pasar Payang yang terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari hotel.














Petangnya ada jemputan ke rumah seorang sahabat di Kuala Telemong. Agak jauh jugak dari bandar. lebih kurang sejam 15 minit. Dalam perjalanan singgah sebentar di kedai roti paun.





Sungguh enak bukan kepalang.





Sampai di rumah sahabat dijamunya kami dengan durian kampung. Baru gugur dari pokok terus makan. Fresh!





Balik melalui Stadium Sultan Mizan. Masih begini!





Apa ertinya datang Terengganu tidak membeli keropok lekor? Seperti biasa keropok lekor Bukit Tok Beng menjadi pilihan.






Sistem pesanan menggunakan nombor giliran digital seperti di bank dan juga pejabat pos.





Petang tu balik semula ke hotel sempat jalan tepi pantai.





Malam terakhir keluar minum lewat malam di kedai ntah apa nama.





Apa-apapun Terengganu memang unik!

Thursday, July 26, 2012

Fish!


Wednesday, July 25, 2012

From My Rearview Mirror


Playtime












Tuesday, July 24, 2012

Roti Canai Argyll Road

Roti Canai Argyll Road terletak di Argyll Road (yeah where else?) Pulau Pinang. Perniagaan ini telah dimulakan sejak tahun 1955 lagi. GPS cap ayam aku menunjukkan bacaan berikut: 
5.420366,100.331993




Lokasinya juga tidak jauh dari Roti Canai Transfer Road yang begitu terkenal di sini.  Namun begitu berdasarkan rekemendasi sahabat-sahabat yang tinggal di negeri Pulau Pinang mereka lebih selesa mengatakan Roti Canai Argyll Road lebih hebat rasanya berbanding Roti Canai Jalan Transfer. Lain orang lainlah citarasa.












Struktur paras rupa lebih kurang sama. Aku order roti canai kuah ayam. Begini rupanya. Saat suapan pertama........ yeah! Kinda agree with penangites. Truely local penangites. Roti canai sini lebih sedap pada pendapat aku. Sedap itu subjektif. Tapi bagi aku sedapla. Dah aku kata sedap..sedaplaaaaa! Nanti bila ke Pulau Pinang mahu makan lagi di sini.


Selamat berpuasa :)

Kapitan Queensbay

Selamat datang ke Restoran Kapitan Queensbay Mall. Dinamakan demikian kerana terletak berhampiran dengan kompleks beli belah yang termasyhur di Pulau Pinang.






Ia terletak di corner lot dalam kawasan rumah kedai Bayan Bay. Koordinat GPS cap ayam aku menunjukkan bacaan berikut: 
N5 20.041 / E100 18.453 









Tadaa !! Ini ialah briyani kambing.





Tadaa !! Ini ialah briyani ayam.





Cubalah! Pasti nak lagi.

Gurney Drive

Jarak dari 1926 Heritage Hotel ke Gurney Drive lebih kurang 3 km. Hari itu hari Sabtu. Jalan sesak bukan kepalang.

Sebelum dikenali sebagai nama Gurney Drive, tempat ini dikenali dengan nama New Coast Road. Kemudian ia ditukar menjadi Gurney Drive sempena nama Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya suatu ketika dahulu siapa lagi kalau bukan Sir Henry Gurney.






Jauh kami letak kereta. Tak kisah janji selesa dan tak sesak. Tanda arah warna merah menunjukkan lokasi tempat kami nak pi makan.


























Ramai orang beratoq. Sedap barangkali.





Selamat makan.

Monday, July 23, 2012

1926 Heritage Hotel Penang

Aku sentiasa duk teringin nak menginap di 1926 Heritage Hotel yang terletak di No. 227, Jalan Burma ni setiap kali berada di Pulau Pinang. Jadi mari merealisasikan hasrat tersebut.






Bangunan kolonial ni asalnya rumah Pegawai Imigresen British yang kemudian pada tahun 1999 telah dipulihara dan dinaiktaraf menjadi hotel bajet.











Sedikit kekeliruan yang timbul semasa mendaftar masuk. Bilik yang ditempah lain bilik yang di bagi. Tak palah janji ada bilik.

 





















Pintu yang menghubungkan antara bangunan reception dan coffe house dengan bangunan yang menempatkan bilik.





Bilik terletak di tingkat 2. Tiada lif. Bilik pool view. RM 140 semalaman + sarapan pagi.






Abaikan model tersebut.





Kemudahan yang ringkas dan mencukupi.





Balkoni bilik.

































Dia sudah tidak takut air. Nanti pandailah berenang tu. Good boy!