Wednesday, November 14, 2012

Laksa Pak Ngah Kuale Kangsar

Tengah asyik memandu perut mintak untuk diisi. Hasrat tidak mahu makandi R & R jadi ku pasang GPS ada keluar Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar. Ok setuju.












Untuk ke Kedai Laksa Pak Ngah anda perlu belok ke kanan seperti gambar di atas.





Selepas belok kanan melalui persimpangan lampu isyarat tadi terus saja dan belok kanan selepas persimpangan lampu isyarat yang berikutnya.





Kemudian kita belok ke kiri pula ye adik-adik.





Perlahan-lahan perhatikan di sebelah kanan anda akan kelihatan sekolah cina. Sebelah tu ada sebuah lorong kecil. Tersangatlah kecil.





Hampir tiba.





Dah sampai. Ia dibuka seawal jam 9 pagi hingga 7 petang. Ditutup setiap Rabu.





Khabarnya laksa ini mula dijual sejak tahun 1955. Kelihatan juga di dinding kedai dihias dengan artikel mengenai kehebatan laksa ini.





Baru bangun tidoq. Masih blur.




Ku worder laksa cucur. Mula-mula tanya abang tu apa menu special. Antara yang keluar dari mulutnya adalah laksa cucur Ku coba. Rasanya agak unik sebab selama ini ku belum pernah mencuba kombinasi cucur bilis sana kuah laksa. Macam best. Sedap pulak !





Manakala pasangan memesan laksa biasa. Harganya pula cuma RM2.50 sahaja. Struktur laksa di sini amat pejal dan mantap sebab dikhabarkan menggunakan tepung gandum.





Jadi , apa tunggu lagi? Moh mengkeme-mengkeme semua berkunjung ke Laksa Pak Ngah Kuale Kangsor. Sedap !

Mula dan Tamat



Rumah di kampung.





Rumah di bandar.

Laksa Kak Su Kuala Perlis

Kedai laksa ni memang popular. Ramai orang duk mai makan sini.




Ia terletak di Pekan Kuala Perlis berhampiran Maybank. Bila sampai ke Pekan Kuala Perlis cari CIMB dan masuk ikut lorong di sebelah CIMB tu dan kedai ni berada di deretan rumah kedai belakang berhampiran dengan Maybank.


Kalau tak jumpa jugak ... nah ! 
6°23'51"N   100°7'57"E 







Keistimewaan laksa ni dia menggunakan laksa beras yang lebih padu dan pejal. Kuah dia sangat pekat. Enak dimakan dengan kicap. Selamat datang ke Perlis. Ya orang Perlis makan laksa dengan kicap.




Jadi tidak hairanlah di atas meja makan disediakan kicap.  





 

Oh ...



Mama mia!

Monday, November 12, 2012

Beli Barang di Tesco Lotus Hatyai



Masuk menerusi Pintu Sempadan Padang Besar.





Sejam perjalanan, kemudian sampailah kami ke Bandar Hatyai yang disambut dengan hujan renyai-renyai.


















Singgah makan di kedai tepi jalan apa nama tak tau. Tapi memang sedap la jugak. Lebih sedap dari Restoran Hamid yang terletak di tengah-tengah Bandar Hatyai yang sangat popular di kalangan pelancong. Popular pun sebab lokasi dia ja yang strategik. Tapi makanan memang tidak sedap.





Sabar menanti makanan yang dipesan tiba. Oh ya budak prempuan di atas tu anak buah. Nama dia Hana Khadeeja.



Tadaa !




Menunggu kepak ayam dibakar.




Ok aku tau entry ni tak membantu sebab aku memang tak tau nama kedai dia dan lokasi dia. Aku ikut abang ipar aku saja.

Mari Melihat Kereta











Lokasi : Rumah Tok Perlis

Friday, November 09, 2012

Stadium Utama Kangar...Suatu Ketika Dulu

Sekitar tahun 2003 hingga 2005..... sungguh meriah, sungguh bergegar, sungguh sesak dan sesungguhnya pada masa itu pasukan bola sepak kesayangan aku Perlis Singa Utara berada di kemuncak kegemilangan. Stadium Utama Negeri, Kangar mula digunakan sejak tahun 1995 dan boleh menempatkan sehingga 20,000 penonton dalam satu-satu masa.


Antara memori indah di sini sewaktu aku berada di Tingkatan 4. Masa tu Perlis jadi salah satu lokasi Pusingan Pertama Piala Dunia Remaja 1997. Sekolah kami dijemput sebagai wakil khas dan menjadi penyokong pasukan Kanada.




Sekarang ni bila lalu ja sedih la.





Ruang untuk beli tiket bola. Dulu sanggup balik dari KL hujung minggu semata-mata nak tengok Singa Utara beraksi. Yeah ! Suasana havoc dengan bunyi hon, wisel dan vuvuzela.



Kini, pasukan bola sepak Singa Utara sedang melalui zaman kegelapan dan zaman kejatuhan. Tiada lagi kegemilangan seperti dulu.

Thursday, November 08, 2012

Astaka Taman Tun Sardon

Astaka Taman Tun Sardon (orang tempatan panggil Taman Tun Sakdon) sangat terkenal di Pulau Pinang kerana menyajikan pelbagai aneka jenis makanan terutamanya waktu sarapan pagi.

Nama tempat ini diambil sempena nama bekas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 1975 - 1981.




Jika hendak ke sini menggunakan Jambatan Pulau Pinang, ambil simpang Bayan Lepas dan menuju ke arah USM.  


 
Kita akan melintasi pintu masuk USM di sebelah kiri.




Nampak persimpangan lampu isyarat yang pertama belok ke kiri.








Di sebelah kanan anda akan kelihatan Pasar & Balai Rakyat Gelugor. Ya tahniah anda telah sampai ke garisan penamat.




Inilah Astaka Taman Tun Sardon yang khabarnya sangat terkenal.








Dapat belon percuma.




Mari makan.




Sandwhich ayam dan daging. 













Tak cukup dengan makanan yang di atas. Kita rasa roti canai pulak. Hem hem hem hem hem...




Ala...biasa biasa ja rasa dia.




Khabarnya antara makanan popular di sini ialah serabai. Mula-mula duk ingat apa la serabai tu rupanya dia sejenis apam. Ok.


Secara keseluruhannya, menu yang aku makan tadi tu biasa-biasa ja rasa dia. Lain orang lain citarasa dan pendapat. Tak gitu? Gitu? Gitu gitu.... Jadi apa tunggu lagi. Hidupkan enjin kereta anda dan datanglah ke Astaka Taman Tun Sardon.