Friday, March 12, 2010

Di suatu malam...

Di suatu malam yang damai... mak encik dan aku keluar dinner di satu tempat romantik.

Lokasi : Garden, The Curve

...


Sempoi sekali deco nya.

...

...


Ekceli kedai macam ni mesti orang ingat serve western + nama makanan yang bombastik. Tapi laksa ada, kari kepala ikan ada.

...

...


as always... bz with her FB...


Menarik bukan? Kala aku bukan orang yang bertamadun dah tentu aku rembat jag + stirer (ejaannya betulkah?)

Mak encik punya. Stik lembu apa ke nama ntah..


Enciksepul punya.. ayam chop..


...


Potato wayjes..


..another view..

oh ya.. ekon kat sini nama dia OKURMA


KESIMPULAN: Gila sedap weh stik lembu dgn ciken chop dia. Sirius tak tipu. Insyallah kalo ada duit lebih lagi memang tempat ni akan termasuk dalam list aku. Sebabnya kedai ni cantik, tenang sekali dengan alunan music David Clayderman, Barbara Streisand dan other jazz fusion.
Plus harga dia takla mahai sangat. Dan makanan dia sedap weh. Aku tengok ada kapel yang duduk sebelah aku makan bihun apa ntah macam nak pi kata kat depa "err abang, boleh saya rasa sikit bihun abang? Nampak sedap la"

err 11 Mac yang lalu merupakan hari lahir saya. Terima kasih kepada semua yang mengewishkan kepada saya. Kepada yang belum bagi hadiah lagi sila PM saya untuk mendapat alamat rumah saya.

Monday, March 08, 2010

Di suatu hari yang tenang...

Lokasi : Residence Desa Lagoon Port Dickson
Tarikh : 6 Mac 2010












...
...
...
...




..dan gambar yang paling menarik ialah....




*tq guys

Monday, March 01, 2010

One day @ Marche

Marche . . . . . ya, terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menyebutnya. Kesedapan makanannya terserlah dan keunikan restoran yang pasti membuatkan daku kembaleyy lageyy.
Weekend yang lepas, my cousin The Seaman yang telah selamat mendarat di Tanah Air terus saja membelanja kami sempena Birthday dia yang ke 28. And he is still single as far as i'm konsen.

Remember Nad? My cousin yang pernah meronggeng bersama di negara jiran sedikit masa dahulu. Ya arituh with their family.

Lokasi: The Curve

The scenery. Macam pasar dan sangat orengputis the suasana you know...

.....
Seafood station

Tempat order ayaq

The birthday boy's lunch.. sebenaqnya byk lagi dia makan tapi tak dan nak tangkap gambaq.

Mak encik punya ayam..

Nad punya pasta.. and her brother's cendawan

Below mak encik's meal is mine... Tenggiri masak apa kebenda ntah. Tapi sedap

Mak encik's beverage. Kedondong asam boi.

Caramel taken by my other cousin


My family.


Yang baju hitam tu lah The Seaman. Dia kerja offshore dan sekarang dia sangat kaya raya. Pipi kami berdua kembong sebab tengah kunyah makanan yang sangat lazat.

Makanan kat Marche sangat pelbagai dan sedap. Dekorasi yang menawan persis berada di pasar di negara Orengputis. Ia terletak di The Curve Mutiara Damansara.

Nanti kami akan datang makan kat sini lagi.

Friday, February 26, 2010

shit happens..

Ternampak ini kereta di sekitar bulatan dekat Stesen Bas Jalan Duta.... patut la dari jauh tadi mcm terbau sesuatu yang membusukkan.




Anyway.. to the car owner.. Ur plate number memang cool + sempoi. Gua suka. suka. suka.

*pics taken using my camera phone yang buroks.
*malas nak edit, therefore takdak watermark.
tiada lagi bintang kecik.

Wednesday, February 24, 2010

Pizza Uno

Pizza yang paling sedap di dunia hanyalah di Pizza Hut. Ya aku dan mak encik sepakat mengeluarkan kenyataan rasmi ini.

Namun begitu ia tidak menghalang kami daripada menikmati pizza daripada pengusaha lain yang wujud di Malaysia ini. Here we go... Pizza Uno.

Dekat dengan rumah.. kat Centrepoint Bandar Utama. 1st time sampai di kompleks ini. High class dan mahal sangat barang-barang keperluan untuk dibeli di sini. Berbalik kepada Pizza Uno. Nama pun pizza mesti la nak makan pizza.. hasrat dibatalkan kerna sewaktu mau jalan ke tempat duduk pilihan kami, telah didapati beberapa meja pelanggan yang menikmati pizza nya sangat tidak menarik dan macam masam ja. ;(.

Orderlah kami laki bini makanan dan minuman berikut. Tapi ayaq sampai dulu.

Rupa bentuk muka bumi restoran Pizza Uno.

Mak encik bz with her FB..... Baju baru dia, 1st time pakai.

Makanan dah sampai. Ayam goreng + kentang goreng+salad+timun. Tapi nama kat dalam menu panjang nak mampuih. Macam nama bahan kimia pun ada.

Mak encik punya. Pun nama gila punya panjangggggg pastu nak sebut pun susah. Macam nama molekul bahan kimia jugak.

Tinggai tulang..

Kesimpulannya?.... Tak sedap weh. Sirius tak tipu! Baik aku pi beli rangka ayam kat Pasar Malam Kangaq laaaagiii sedap. Satu lagi mahai nak mampuih. Hangguk la makan 2 orang pun punya mahai.

Tapi apa jadahnya kami tiba-tiba nak pi makan tang sini?


...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...




Ya kami berdua dapat vocher. Terima kasih kepada customer mak encik yang merupakan towkey ini kedai. Walaupun haram tak sedap tapi kami kenyang. Lepas ni kami tak mau mai makan kat sini dah.

Friday, February 19, 2010

Segak betul..

Masa tengah beli barang kat sebuah pasaraya di Perlis semasa cuti Tahun Baru Cina yang lalu, aku terserempak dengan benda nih... ada ka orang yang nak beli?

Close up sikit...


........ lawak lawak......

Sunday, February 07, 2010

tadaaa

Sekarang ni mode ialah "DEMAM". Ya demam sampai tahap hingus meleleh-leleh di celahan bibir dah nih. 2 hari lepas dah siap taip entry untuk posting baru tapi delete sebab macam tak best.

Hey u know what... tetiba teringat pasal benda ni sebab kawan aku yang tegur. "Hang ni kan asyik-asyik duk sebut perkataan tuh. Cuba la sebut perkataan lain." Ini menurut beliau lah. Berikut disertakan perkataan yang secara otomatiknya terpacul dari bibir aku bagi situasi-situasi yang berbeda.

Ngok - saat dimana aku kena kutuk dengan rakan-rakan @ aku mengutuk depa balik
Gampang - saat di mana aku marah kat orang tertentu
Takpalah - saat di mana aku kecewa/frust dan hampa
OK Fine - saat di mana aku rasa tak puas hati kat orang
Fewwit - saat di mana aku berasa gembira dan agak poyo sedikit

...and what is your favourite words? may i know....??