Friday, June 04, 2010

Hong Kong Day 2 - Disneyland Adventure

Alhamdulillah. Syukur masih bernafas di bumi Allah ini walaupun jauh di perantauan. Hari kedua , Disneyland HK (DHK) sampai lebam.

Lepas breakfast ala kadar iaitu megi tomyam + megi ayam, neskape panas, roti high 5 dan buah epal kami menuju ke DHK daripada stesen MTR Tsim Sha Tsui dan transit kat Central dengan kos $8.50 HKD (lebih kurang RM 5) seorang. Dari Central kami tukar tren dan turun kat Sunny Bay. Alamak harga dah lupa!
Daripada Sunny Bay kami turun lagi untuk tukar tren dan ambik Disneyland punya line. Sebelah menyebelah aja. Tempoh perjalanan dari Tsim Sha Tsui ke Disneyland memakan masa lebih kurang 35 hingga 45 minit kot. Yang aku pasti kos keseluruhan naik tren daripada Tsim Sha Tsui ke Disneyland adalah $ 18 HKD (lebih kurang RM 10) seorang. Kalau tak silap lah.

Kat setiap stesen MTR cari signage Tung Chung Line/Disneyland Resort Line.

Dalam MTR dari Sunny Bay ke Disneyland. Menarik sekali tren nya. Tingkapnya pun berbentuk Mickey. Begitu juga pemegangnya. Ada jugak patung-patung Mickey dalam tren tuh.

Dah sampai DHK. Stesen MTR dia macam dalam cerita Harry Potter kan?

Jalan naik tangga sikit, dah nampak pintu gerbang DHK. Yehhuuzzz

.....

....

Selepas pintu gerbang DHK ni anda akan disajikan dengan water fountain buatan manusia yang sangat cool.
....

....

Aku syok sendiri sampai lupa diri.

Mak encik juga begitu.

Ok cek balik samada tiket tu betul tak butirannya...

Ni lah rupa pintu masuk DHK. Yang pakai baju dgn topi putih tu pak guard yang akan cek tiket dan beg kita sebelum masuk. Kantoi jugak kami sebab dia tak bagi bawak masuk makanan dalam tin. Yang dalam beg aku ialah tuna dalam tin. Dia tak rampas tapi dia suruh pi makan dulu bagi perabih sebelum masuk. Makanan lain dalam plastik/buah/coklat dan biskut lepas tanpa sebarang masalah.

Tapi takkan la lurus bendul pulak. Ambik ja tin tuna tadi tu letak dalam netbook case aku. Lepas ajo. Kami masuk sini lebih kurang jam 10.30 pagi.

This building welcomes you

Ambil peta kaji dulu lokasi setiap tarikan kat sini. Ok dah? Jom explore. DHK terbahagi kepada 4 sektor utama (pehh sektor tu) iaitu Main Street (kedai-kedai ajo), Adventureland, Tomorrowland dan Fantasyland.

Ni kawasan Main Street USA, dimana setiap perarakan atau Disney parade berlangsung kat sini setiap hari jam 3 petang.

....

Sempat menyelit

Nak ambik gambaq dengan setiap karektor Disney kat sini kena beratur ye. Bukan main redah je. Dan line beratur itu sangatlaaahhhh panjang terutama untuk Mickey & Minnie Mouse serta Donald si itik. Nasiblah jumpa si Daisy ni yang tak ramai orang nak bergambaq dengannya. Kalo kita bagi kat staf DHK ambil, dia snap sekeping aja. Yang photographer depa pun provide jugak. Dia kasi kupon untuk ambil gambar kita kat kaunter gambar dan perlu dibayar.

Jalan dua tiga langkah termasuk dalam kedai souvenir Disney. Fuuuhhhhhhh macam nak beli semua. Tapi serius sangat mahal ya. Fridge magnetnya pun berharga hampir RM30 dan ke atas.
T-shirt apatah lagi. Tapi kami goyang jugak masuk sini. Habis beberapa keping Dollar HK disini.

Kat dalam DHK ni banyak kedai souvenir nya. Sabar jangan terus beli. Pusing dulu kasi habis then baru beli. Tapi mostly barang dia jual sama aja begitu juga dengan harganya.

Ibu mengandung suda lapar.

Nasib baik dapat port yang strategik. Lunch haritu adalah roti sardin High 5, crackers sapu tuna, coklat crispy, buah epal dan air mineral. Ok la cukup untuk alas perut pada hari tu.

Dah sampai ke tempat wajib untuk bergambaqs. Princess castle.

Difahamkan oleh akak aku bahawa di US castle dia laaaaaggiiii besaq. Tak kisahlah janji ada rupa castle.
Tapi betullah, castle dia ciput je.

Ni entrance ke Tomorrowland dan ke Adventureland.

So kami ke Fantasyland dulu.

Ni kat dalam rumah Pooh Corner. Tengok baju baby ni fuhh tergugat jugaklah. Tapi harganya tak tahan. Mahal sangat. Kain lebih kurang ja. Sebab ada tulis DHK ni la yang kasi mahal. Tak berbaloi nak beli.

Dengar kecoh ingatkan apa la tadi. Tengok-tengok mamat ni tengah bercerita. Tapi tak paham sebab dalam bahasa Kantonis.

Haaa mari naik Marry Go Round.

Entrance ke teater 3D. Sirius best gilakk.

3D movie. Kalau dia masuk dalam laut, akan terasa ada ayaq kena kat kita. Begitu juga kalao dia jatuh dalam gaung yang dalam, terasa betul-betul angin tu kat muka kita. Errr gambar pakai spek kuning yang aku lakukan itu diinspirasikan daripada AX.

Ibu mengandung memang cepat lapaq kan. Singgah la beli aiskrim oren dan jagung rebus yang berharga $12 HKD (lebih kurang RM 7) setiap satu.

Sebab macam panas sangat kami masuk ke Adventureland. Naik bot ni memang best.

Itu buaya palsu. Gambaq sebelahnya adalah sekumpulang gorila sedang bersantai kat khemah. Juga gorila palsu.

Kat sini best. Nampak tak orang asli bersembunyi disebalik perisai depa. Pastu seolah-olah sedang penyumpit racun ke arah kita.

Gua yang asalnya tidak menarik tetiba berapi dan keluaq asap.

Lebih kurang 20 minit adventure dalam bot itu, jalan-jalan ja kat dalam Adventureland ni. Ternampak restoran ni yang bertajuk Tahitian Terrace. Tengok menu kat luaq tu ada tulis Laksa Penang& Tomyam. Tapi tak berani la nak try.

Kami naik tren untuk ke destinasi seterusnya di dalam DHK ini.

Kembali ke Main Street USA. Hajat nak masuk studio belajar melukis Mickey. Tapi tak bukak pulak. Hampestes.
Kami berjalan menuju ke Tomorrowland.

Kat sini karakter Disney yang futuristik seperti Buzz Lightyear menggamit kehadiran kita.

Nasib baik tak hitam.

Apa nama ntah benda alah ni. Space shuttle kot.

Kat Galaxy Cars.

Tapi slow aja speed dia. Nak main benda ni punya pasal sanggup beratur panjang.

Sini best jugak. Macam nak tren kat dalam pastu tembak alien jahat.

Kebetulan selepas keluaq daripada Tomorrowland kami berenti minum ayaq kat tepi satu taman ni. Tengok-tengok staf DHK bukak gate untuk masuk ke satu taman ni dimana ada karakter Disney seperti Mickey, Gooffy, Winnie the Pooh dan lain-lain. Berlari aku tengok semua orang nak masuk untuk ambil gambaq. Nasib kami sangat baik sebab menjadi orang yang ke tiga beratur untuk bergambar bersama Mickey ni.

Selesai dengan Mickey kami masuk ke apa nama ntah tempat ni. Tapi sirus best. Terasa macam dalam cerita Willie & Chocolate Factory ( ada ke filem ni? ala yang Johny Depp berlakon tu). Masuk dalam, tu memang terasa kefantasiannya. Dengan lagu riang-ria pastu patung-patung comel. Terlupa seketika dunia realiti.

Kan?

....

....

....

Lebih kurang 20 minit berada dalam castle tu, kami keluar dan sekali lagi bernasib baik sebab tetiba Alice lalu depan kami. Terus tangkap dia.

Kendian. terdengaq pula bunyi bising-bising. Tetengok, HSM Parade. Fuhh best jugak.

Layan pi lah.

Muka letih kan?

Masa ni dah nak petang dalam pukul 5 lebih dah.

Pusing-pusing masuk kedai lagi lepak-lepak lagi pastu cukup la kot. Dah letih sangat. Tak larat nak tunggu sampai malam nak tengok bunga api.

Kami balik semula ke Tsim Sha Tsui menggunakan MTR dengan kos $18 HKD (lebih kurang RM10) seorang. Setibanya di permukaan jalan di Tsim Sha Tsui ni, ada seorang mamat Pakistan (aku syak) menghulurkan brosur dan mempelawa kami makan kat Ziafat Restaurant. Kami try je la makan kat sini. Hajat nak pi Ebeneezer's.

Agak horor juga nak masuk kedai ni. Masuk dalam satu bangunan ni, pastu naik lif lagi. Kedai dia ciput je. Masa tu ada la 2 table yang sedang digunakan oleh umat Islam yg aku rasa dari Malaysia sedang makan. Kami order Briyani Ayam 2 dan air mineral. Mula-mula dia kasi briyani ni kering aja. Takdak kuah langsung. Sayur lagi la.

Kesimpulannya, memang TAK SODAP!. MASAM DAN MASIN. Mintak kuah pun masam. Yang putih tu masin nak mampus. Aduih macam mana la nak makan. Dah la lapaq ni. Hmmm Meratah ayam ja. Nak buat macam mana memang tak sedap langsung. Nak makan macam mana? Dah la mahal.. harganya ialah $120 HKD (lebih kurang RM 70) untuk dua orang makan. Nanti datang HK jangan makan kat ZIAFAT. Makan ajalah di Ebeneezer's.

Ok then, lebih kurang pukul 9 malam kami balik ke hostel. Tamat hari kedua.

Untuk pengetahuan, tiket masuk DHK tu inclusive untuk nak main-main semua permainan kat dalam tuh. Makanan halal dalam DHK so far memang takdak kot. Kecuali kat Tahitian Terrace tadi. Tapi bawaklah bekal makanan sendiri tapi jangan makanan dalam tin.

Wednesday, June 02, 2010

Hong Kong Day 1

Alhamdulillah, semuanya telah selamat. This is our version of backpackers honeymoon. The adventures bermula dari 27 hingga 31 Mei yang lepas. 5 hari 4 malam. So, sit back relax and enjois.

Segala-galanya bermula seawal jam 4 pagi kami bergerak dari Seremban 2 di mana kami bermalam di rumah kakak kami dan beliau terus menghantar ke LCCT. AK76 yang bergerak pada jam 7.05 a.m terus saja membelah awan merentasi lautan selama 4 jam sebelum mendarat di HKIA. Sampai aja terus berpandukan jadual & peta yang telah siap dikaji 2-3 bulan sebelum trip ini. So far mengikut plan la.

Selesai urusan paspot, claim baggage kami terus ke kaunter tiket Airport Xpress (lebey kurang mcm ERL) yang akan membawa kami ke destinasi seterusnya. Tiket berharga $160 HK seorang dari HK Airport ke Central.

Dalam Airport Xpress yang sangat selesa. Merentasi lautan untuk ke HK Island sebelum cross ke Kowloon. Lebih kurang 20 minit perjalanan kami sampai ke Central Station dimana di sini kami beli tiket pula untuk ke Tsim Sha Tsui. Memang mudah sebab banyak signage yang membantu. Tiket berharga $8.50 HK seorang dari Central ke Tsim Sha Tsui.

Yehuuzz dah sampai Tsim Sha Tsui.

Dari station Tsim Sha Tsui pula kami exit C1 untuk menuju ke hostel yang telah di book iaitu di Chungking Mansion. Kawasan ni memang macam kat area Jalan Pudu @ Jalan TAR. Walaupun dari luarnya nampak bangunan tu horor tapi alhamdulillah dalam hostel tu bersih dan selesa walaupun biliknya amat-amat kecik. Bukak pintu jalan 3 langkah terus katil. Cisss. Kata nak murah + bajet. Kami semayang pun atas katil ja. So memang dapat pun bajet la. Satu lagi masa nak jalan ke lif memang sangat ramai orang Pakistan/Singh/ dan geng-geng depa yang duk offer bilik murah la, restoran halal la. Yang penting buat dekk ja cakap dah booking bilik @ dah makan.. kenyang.

Hostel kami tajuk dia New Hong Kong Hostel sehari lebih kurang RM60 sahaja untuk semalam. Tapi dalam bilik ada fridge, tv flat screen (cewahh habaq o flat screen), hot shower, towel bertukar setiap hari. Yang takdak cuma pemanas ayaq saja. Nasib la aku bawak dari Malaysia.

Kewajipan jangan diabaikan tidak kiralah dimana kita berada sekalipun.

Selesai urusan diri masing-masing, bekalan dari tanah air kami habiskan dulu. Ya Allah, sungguh sedap nasik putih + ikan bilis goreng + telur dadar + toyu (kicap). Selesai aja lebih kurang dalam pukul 3 kami mulakan kembara kami di HK ini.

Menaiki tren (Tsim Sha Tsui Station) yang betul-betul berada di depan hostel kami, kami ke Central dengan kos yang sama $8.50 HKD. Dari situ kami exit J untuk ke Victoria Peak. Central tu lebih kurang macam KL Sentral la. Pusat yang menghubungkan semua jalinan rangkaian laluan MTR iaitu nama tren depa. Kalau kita ada LRT & Star, Singapurrss ada MRT tapi HK depa panggil MTR.

Dari sini kami jalan aja ke Victoria Peak. Bas pun ada, tapi apa salahnya berjalan menikmati panorama bandaraya HK kan? Lebih kurang 20 minit berjalan kami dah nampak dah tempat tram nak naik ke Victoria peak itu. Papan tanda sangat membantu dan banyak disediakan. Memang tak sesat.


Yezaa dah sampai. Ni lah stesen dan tram yang akan membawa pelancong naik ke atas Victoria Peak ini.
Kos untuk naik ke puncak bagi return tiket untuk seorang adalah $ 36 HKD

Lebih kurang 15 minit dah sampai. Laju betul + pemandangan yang menarik dah membuatkan kami tak sabaq nak turun dan explore.

Tempat ni macam shopping kompleks jugak la ada lebih kurang 5 tingkat kalo tak salah. Sampai-sampai aja lalu depan Madame Tussauds ni. Tak masuk pun, macam mahal aja. Ramai sungguh orang beratoq nak ambik gambaq dengan patung Berus Li ini.

Kebanggaan kita. Dato' Michelle Yeoh.

Tak jauh dari situ kami terus exit bangunan ni (Peak Tower) dan terus ke view point nih. Pehhhh lawo + kagum + menarik + lompat lompat. Ada satu lagi tempat best untuk ambik gambaq tapi kena bayaq la. Tempat dia kat atas Peak Tower tuh. Rasa macam tak berbaloi ja. Kat sini pun dah ok kan.

Nice kan??

Sebelah dengan Peak Tower ada satu lagi bangunan kaler maroon. Di dalamnya ialah Hard Rock Shop yang menjual barangan Hard Rock Cafe HK. Di HK memang takdak HRC ye. So kalo nak beli barang HRC memang kat sini je tempat dia.

Enjoy..

Stesen tram kat Victoria Peak ni kat dalam bangunan unik ni lah. HRC pulak kat bangunan sebelah dia kat tingkat 1. Masa kat dalam Peak Gallery ni ada kaunter Disneyland. So kami decided beli je kat sini nanti takyah nak beratur nak beli tiket. Kan buang masa namanya. Kos tiket nak masuk ke Disneyland ialah $350 HKD seorang. Tetiba cashier tu cakap "nah free 2 payung Disneyland untuk hangpa". Best tak? Tapi kalo hangpa leh booking dalam internet rasanya tiket murah sikit kot. Selain tu kalo dapat stay kat hotel Disneyland memang lagi la murah plus dapat masuk untuk 2 hari. Betul kan? Hangpa cek balik la website dia.

Lebih kurang 1 jam setengah kami kat atas tu, cukuplah jom pi tempat lain pulak.

Dari stesen tram kat bawah tu kami jalan aja ke Central Pier untuk naik Star Ferry balik ke Kowloon. Nanti hangpa tengok la peta HK ya baru akan dapat imagine lokasi sekitar HK ni. Kami ambik upper deck la sebab best dapat angin. Kos tiket $2.50 HKD seorang bagi hari biasa. Kalo weekend rate dia lain pulak. Perjalanan lebih kurang 10 minit aja.

Cantik sangat view dia. Romantiks.


Sampai ja kat seberang sana, menanti kami ialah Harbour City. Macam shopping kompleks + square la. Tak masuk pun sebab nak mengejar masa ke satu lagi lokasi menarik. Kami jalan je untuk ke Avenue of Stars. Show start pukul 8. Kalau terlepas alahaiii rugi nya.

On the way nak ke sana, lalu depan Hermitage ni. Fuhhh gila sangat mewah. Memang semua butik untuk orang kaya dan duit terlalu banyak la. Memang cantik. Zassss ke pow poww..

Lebih kurang 20 minit berjalan kaki, kami pun sampai. Senang ja ikut ja papan tanda. Tak sesat lah. Sampai lebih kurang pukul 7.50 malam. Orang punya la dah penuh. Tapi akhirnya dapat jugak tempat menarik dan strategik. Tak snap sangat pun sebab nak enjoy dan menikmati Symphony of Lights ni kan.

Lepas ja show lebih kurang 20 minit, kami jalan kaki balik ke hostel kami area Tsim Sha Tsui. Time ni perut pehh memang lapaq gila wehh. Bekalan coklat + buah yang kami bawak pun dah abis tadi ni. Tiba-tiba....

Jeng.. jeng...jeng.. yaaaa tuan-tuan dan puan-puan mempersembahkan Ebeneezer's Kebab & Pizzaria. Fuh kebetulan pulak tu dah dekat nak sampai hostel. Apa lagi kami singgah la. Memang nikmat betui makan kat sini. Sedap dan sangat kena dengan tekak aku dan mak encik.

Kami order Chicken Tika Briyani + Chicken Curry & White rice + ayaq mineral = $141 HKD. Agak mahal kan? Tapi makan je la jangan duk berkira sangat.

Selesai makan, kami teru pulang ke hostel dengan jarak lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Memang rasa macam nak tercabut la kaki. Tapi kami puas hati la sebab tempat yang kami plan nak pi pada hari pertama tercapai...

Nanti sambung untuk hari kedua pulak. Tunggguuuu ~~