Thursday, May 12, 2011

Port Dickson : episode 3

Lepas dah kemas-kemas barang semua dah macam letih dan kemengantukan sebab melantak BBQ. Tapi next acara ialah pertukaran hadiah. Minimum hadiah RM15. Jadi pelbagai rupa, bentuk dan warna dapat dilihat daripada susun atur hadiah tersebut.




Jadi hadiah aku yang kaler kuning. Tengok pembalut pun dah excited. Sebelum acara tukaq-tukaq hadiah kami celebrate lah dulu besday bapak budak ni. Nurman Muhakim nama diberi.




Kek coklat moist ehsan Kak Leez. Macam biasa tak pernah mengecewakan. Lilin tu sangat susah untuk ditiup. Dah nak padam tiba-tiba menyala balik. Fehhhhh ada entiti kah dalam bilik kami tuh. Demmm.




Lepas makan dua-tiga suap...tak boleh dapat hadiah lagik. Upacara penyerahan cupcakes ehsan Qis pulak. Siap ada cocok-cocok nama. Umar dan Nyla pun dapat.



Maka lepas tu bermulalah upacara tukar-tukar hadiah. Secara undian kami mencabut nombor untuk mengetahui hadiah yang manakah kami dapat. Nerves nak mampus. Padahal tukaq hadiah je pun. Bukan Jepun...tapi jer pown. Ok main-main. 



Betapa meriahnya keadaan. Gelak ketawa suka riang ria semua ada. Aku paling nerves masa Buzu dapat hadiah aku. Mula-mula tu azim dgn nikli duk kata dah kalao bagi hadiah pendrive pun ok jugak. Senang tak yah pikiaq sangat. Aku pun duk heran la dalam hati mana depa tau nih. Sebabnya memang hadiah aku adalah pendrive 8gb pun. Aku dapat hadiah daripada Buzu iaitu sidebed lamp. Ok la sempoi. Macam-macam hadiah dapat disaksikan pada malam tu antaranya tupperware,satu set pinggan mangkuk,butang baju,USB hub, pen,mangkuk kaca,jam dinding,weight scale dan etc.

Habis ja tukaq-tukaq hadiah ada yang tak puas berendam lagi. So depa ni lah yang terjun memecah kesunyian malam di kolam renang Sri Pena Resort. Burn dgn Qis baru sampa sebelum BBQ tadi so depa nak test drive kolam ni.



Terjun bang. Terjun...



Puas depa duk terjun, lebih kurang kul 1 lebih jugak la, pakat-pakat duk makan lagi lebihan makanan BBQ yang ada tadi kat pinggir kolam ini. Sambil-sambil duk gosip dan duk cerita kisah seram. Pot pet pot pet sampai kul 2 lebih jugak la masing-masing dah ngantuk dah.

Esok pagi aktiviti bersambung. Nanti aku update.

Wednesday, May 11, 2011

Port Dickson : episode 2

Lepas dah mandi sembahyang apa semua, preparation untuk BBQ pulak. Masing-masing pun buat-buat sibuk. Ada yang tukang lekat apai, ada yang potong buah, ada yang angkut barang-barang dari bilik ke tempat BBQ. Dekat ja tak la jauh mana pun. Ada yang duk potong carrot tak abis-abis dari pukul 6.30 ptg tadi. Herrrrr lemb sunggoh.



So masing-masing main peranan lah.




Tugas untuk menyediakan makanan ni dah dibahagikan kat setiap orang. So tak jadilah beban sangat. Ada ayam,sosej,kambing, jagung (tak jadi sebab takdak marjerin), coleslaw, potato salad, mashed potato, tembikai dan buah mangga harum manis all the way from Perlis.




Sangat-sangat menyelerakan bau dia. Hasil air tangan kak leez.
 

Dua orang abam yang sangat gigih membakar. 




Kaum-kaum hawa pula begitu gigih melahap. Sedap sangat. Oh lupa. Tema kaler merah. Even stroller pun merah. Tapi suasana malam tu sedikit panas sebab tempat ni macam terlindung oleh angin laut dek kerana ada deretan kedai-kedai kecil kat depan ni. Fuuuhh memang berpeluh.



Sambil-sambil makan sambil bergambar.



Nampak meriah merah ni.



Lelaki



Wanita


Selesai bergambar lebih kurang, berkemas-kemas untuk sesi yang seterusnya pulak. Nanti aku hapdet.

Tuesday, May 10, 2011

Port Dickson : episode 1

Minggu lepas.

Minggu lepas sempat berkumpul beramai-ramai di Sri Pena Resort, Teluk Kemang Port Dickson. 2 hari 1 malam. Letih lesu namun sangat menggembirakan. Sangat-sangat. Hari sabtu 7 Mei lebih kurang kul 4 lebih semua dah sampai. Aku and family dari Melaka selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwen.



Resort kepunyaan NSTP. Untung ada kawan-kawan kerja dengan kampeni besaq-besaq nih. Gunakan kemudahan yang ada.

Antara muka-muka yang hadir pada haritu. Of kos la makencik dan Umar The Kentang Boy.





So inilah dia. Apartmen yang disewa riuh rendah dengan kelibat kami sahaja.



Inilah rupa lebih kurang apartmen yang disewa. 2 unit sebelah menyebelah. Kecik sikit tapi ok selesa. Lelaki tidur satu apartmen manakala wanita satu apartmen. Eh tambah sorang lagi lelaki. Umar Shadiq. Mesti la tidoq bawah ketiak ibu dia. Satu apartmen ada 2 bilik, 1 toilet dan pantry. Dekat sangat dengan pool. Sangat dekat. Buzu aku terpaksa censored kan part-part yang tak enak dipandang.



Rehat jap lebih kurang kul 5 lebih aktiviti mandi kolam berjemaah. Masa ni @NikliNodin dan @ajimashaary belum lagi sampai.



Nyla si kecik pun sama-sama mandi. Berani Nyla. Yayyy.



Umar pun sama. 1st time masukkan dia dalam pool macam ni. Nampak gayanya kena beli lah pelampung macam ni. Oh by the way hari Jumaat ni dia dah 6 bulan.


Sedang asyik duk mandi, pasangan NikliNodin dan Yus pun sampai. NN all the way from Miri. Terharu.



Sekadar hiasan.


Ni pun hiasan je.



Kaum ibu bersama anak mandi kat kolam kanak-kanak.


Suka Umar. Walaupun mula-mula macam takut-takut. Sebenarnya aku yang risau. Ya la baru 5 bulan lebih kan. Tulang temulang pun lembut lagi. Tapi inshallah kena biasakan dia dengan ayaq. Nak memupuk keberanian dan kemahiran dia.

So masa duk mandi-mandi ni peserta akhir pun tiba iaitu abam ajimashaary. Jauh dia mai dari Penang untuk bersama-sama memeriahkan suasana. Tabah sangat. Memang terharu sebab sudi mai meluangkan masa bersama kelompok ini. Lebih kurang jam 6 lebih semua dah naik siap untuk BBQ. Nanti aku sambung lagik.

Friday, May 06, 2011

Rumah Tok Ayah

Dah lama nak buat entry ni. Rumah Tok Ayah. Antara peristiwa paling menyayat hati dalam hidup aku apabila melihat rumah tok ayah akhirnya terpaksa diruntuhkan pada 2008 sebab semakin teruk dimakan anai-anai. Semakin menjadi-menjadi selepas kematian Tok Ayah. Betul kata orang, kalau tuan dia pergi buat selama-lamanya, harta pusaka pun akan turut menjadi suram. 

Aku membesar di rumah tok ayah. Orang tua aku pi kerja, aku ditinggalkan di rumah tok ayah. Aku belajar kayuh basikal dibawah rumah tok ayah. Aku belajar melipat kapal terbang kertas di rumah tok ayah. Aku belajar tengok bola masa tu World Cup 1986 Mexico. Masa tu game awal-awal pagi sekitar jam 7-8 pagi. Aku belajar makan sambal ikan tok paya di rumah tok ayah. Aku mula-mula tengok Voltron di rumah tok ayah.Aku mula-mula makan roti tabur Milo di rumah tok ayah. Terlalu banyak memori aku di rumah tok ayah.











Aku pernah buat slideshow berlatarbelakangkan lagu Home oleh Michael Buble. Sayangnya ia disimpan dalam laptop Asus yang telah rosak binasa. Masa duk ulang tengok slideshow tu air mata aku menitis.
 
Semuanya di Rumah Tok Ayah.

Musim telah kembali

Musim buah harum manis telah kembali. Setiap tahun ia akan berlaku sekitar bulan-bulan macam inilah. Tahun lepas musimnya hanyalah sekitar 2 minggu sahaja. Kini ia sedang membuak-buak di sana.Di kampung halaman aku.



Ini salah satu pokok mempelam yang terdapat di rumah aku.Masa kami adik beradik kecik-kecik dulu kami dapat sorang sepokok meaning that setiap buah yang terhasil arwah tok ayah akan jual kepada peraih dan hasil akan diberi sedikit kepada kami.

Aku harap hari ini kiriman kakak aku akan tiba. Kiriman yang mengandungi beberapa ketul harum manis. Phewwww lazat.