Setiap kali pi berlari di Taman Lembah Kiara TTDI, Umar akan ditegur oleh kumpulan aunty dan neneks ini. Sejak Umur dia 8 bulan lagi. Umar pun dah mesra. Setiap kali jumpa salam pastu babai babai. Oh ya Umar pandai sebut babai dan buat flying kiss sekarang ni.
Thursday, April 19, 2012
Friday, April 13, 2012
Just cousins
Cousins. Yeah cousins. Recently macam rapat dengan cousins. Thanks to Mark Zuckerberg. To cut story short masa cuti hari pertabalan SPBYDP Agong kita yang baru semua pakat-pakat pi makan kat The Garden, The Curve. Thanks sebab pilih lokasi ni. 5 minit daripada rumah.
Since depa dah tau blog aku, so aku tak bolehlah nak mengutuk depa dah. HAHAHAAHA. Harom jada sangat. Atiyah. The lovely gurl in the corner, i mean yang pakai spek tu nak kawen dah 21 April ni. So her lovely kakak yang arrange this so called not-so-surprise-anymore-cousins-gath. Kenapa not so surprise? Hurmm sebab mak Atiyah ni which is my aunty terlepas cakap. Kinda funny how she tried to cover back the story.
That is her lovely kakak which is also my cousins. Of course.
Awek sebelah Umar ni anak cousin aku bernama Sofiya Ameera. Spelling betui ka dak ntah.
Dialog semua tu telah dianalisa dan di alih bahasa dengan baik sekali oleh penulis blog.
Makanan aku order cheese burger bersama telur mata berbentuk bintang. Sebenarnya pada hari tu servis di restoran ni agak mendukacitakan. Ini disebabkan oleh chef-chef seramai 6 orang telah mogok sebab sehari sebelumnya depa bergaduh dengan manager kat sini. So turn out keesokan harinya which is hari yang kami semua mai makan takda sorang chef pun. Jadi manager dia yang terpaksa masak sorang-sorang semua meals yang dipesan oleh pelanggan. Macam nak marah tapi tak jadi since dah berjumpa cousins ramai-ramai ni duk bersembang aja. Kalau aku dengan bini aku ja memang dah blah lama.
I think this one is chicken chop. I guess so.
Makanan isteri, sirloin steak.
Makanan yang ditunggu-tunggu hampir sejam. Ikan ni nama dia Barramudi.
Aku tak faham kenapa tangan aku harus berada pada kedudukan demikian saat gambar ini di ambil? Why?
Sebelum bersurai dan membawa haluan masing-masing. Jumpa lagi on the 21st April 2012.
Sebuah basikal
Last-last tak beli jugak. Semuanya tak menepati spesifikasi yang aku letakkan untuk sebuah basikal yang sesuai dengan Umar. Keep searching abah.
Teman setia
Dulu pernah ada sensor. Connect it to my ipod touch. Ntah macam mana sensor tu dah hilang. Tambahan pulak now my ipod touch dah kaput. Tak selasak ipod nano. Sekarang dah dapat yang baru. Happy dan semangat. Thinking of new gear. Tapi dah 3 minggu duk cari tak jumpa yang berkenan dan sesuai dengan kaki.
Monday, April 09, 2012
Gold Coast episod 7
Hari terakhir di Gold Coast. Seawal jam 3 pagi lagi kami dah bangun bersiap apa semua sebab bas nak mai pick up kami jam 6:15 pagi waktu sana. Meaning that 4:15 pagi jam Malaysia. Tak sempat nak prepare breakfast. Lagipun beras + sambal bili + sardin apa semua dah habis dah.
Bas akan mai pick up kat depan Peninsula Apartmen. So kami menapak sikit ja ke simpang. Mula-mula aku macam tak yakin jugak. Bas ni betui ka. Sebab masa ni dah 4:25 pagi. Aku dah berkira-kira nak ambik cab saja. Tengok-tengok nampak bas kaler oren ni mai. Lega. Penerbangan pulang kami jam 9:05 pagi waktu Gold Coast. Meaning that jam 7:05 minit waktu Malaysia.
Masuk dalam bas rupanya ramai rakyat Malaysia dalam ni. Senyum-senyum saja sebab mata aku masa ni dah pedih sangat. Tambah pulak cuaca berangin dingin aja.
Sampai airport 35 minit kemudian. Terus masuk ke parent room uruskan Umar. Buat susu, bagi makan tukar baju apa semua. Dalam masa yang sama makencik pi duk beratoq nak cek in.
Alhamdulillah lepas semua pemeriksaan imigresen dan kastam. Cuma masa crew airport sana cek tiket dgn boarding pass dia bagitau sepatutnya stroller kena check-in sekali. Tak boleh bawak naik atas flight macam tu. Dalam kepala duk kata takkan la kena tinggal stroller kat sini kot. Luckily ntah macam mana dia kata ok i'll let u go this time.
..........
Lega siap jugak full entry our vacation kat Gold Coast. Sebenarnya Gold Coast ni sangat sesuai untuk dilawati sebab banyak tarikan. Cuma biasalah nilai matawang Aussie ni sangatlah mahal. Semua itinerary ni aku buat sendiri dengan bantuan google dan ada jugak tanya sorang kawan aku yang dah sampai sini terlebih dahulu. Forum CARI banyak membantu aku sebenarnya. Daripada situ aku catit semua tempat yang depa suggest pi then aku print peta kat google maps. Pastu study lah route dan ambil kira jarak perjalanan.
Dengan masa lebih kurang 3 hari saja kami kat sini aku rasa puas hati kot sebab semua tempat aku nak pi tercapai. Cuma bila aku bukak balik Forum CARI sekarang ni banyak Malaysians yang duduk kat sana bagitau Currumbin Wildlife Center dah macam tak terurus. Binatang pun tak banyak. Depa suggest better pi Paradise Country. Cisss kenapa aku tak nampak maklumat ni dulu.
Benda yang paling aku risau sekali ialah nak lepas pemeriksaan kastam di sana. Tapi semuanya under control dan kalau bawak baby memang senang sangat. Macam aku depa langsung tak bukak cek beg makanan. Depa tanya ja bawak apa.
Orang-orang kat sana memang helpful dan mesra. Banyak jugak terjadi masa aku naik bas masa nak angkat stroller ada Australians yang siap tolong angkat stroller pastu bagi tempat duduk untuk mak encik dan ruang nak parking stroller. Driver taxi pun sangat banyak membantu. Banyak yang tanya kenapa aku tak sewa kereta aja. Bagi aku aku taknak buang masa cari jalan dan parking dan memikirkan hal keselamatan kereta sewa nanti,walaupun banyak forumers kata parking mudah, jalan pulak senang gila. Lagipun aku cuma ada masa 3 hari saja. Takut-takut kalau drive nanti aku tersinggah tempat-tempat yang takdak dalam itinerary.Yalah kan duk drive tiba-tiba ternampak kedai itulah,kedai inilah, tempat itu lah, tempat inilah. Kalau aku ada masa lebih kurang seminggu kat sini memang aku sewa kereta lah.
Makan pulak memang mudah. Banyak sangat kedai India, Arab dan 2 kedai Malaysia kat area Surfers Paradise ni. Hotel Islander pulak menjadi tumpuan sebab terletak betul-betul dalam town. Jarak ke pantai pulak lebih kurang 300 meter. Kalau mai dengan family ke ada anak kecik ke better duk apartment kot pada pendapat aku.
Ni semua pengalaman aku lah. Setiap orang berbeza-beza kan pengalaman dia. Apa yang penting ada bajet dan masa yang panjang kat sini semuanya beres!
Subscribe to:
Posts (Atom)



















