Saturday, July 25, 2009

Kawe gi Kelate Minggu Lepah

Kawe gi Kota Baghu soghe-soghe minggu lepah. Buat gapo? Owhh ado kongforens sain sukan. Internasyenel punya kongferens kigho ghama la ore putih, ore hite, ore kuning, ore hijau. Eh ore hijau tu ingkredebel hak. Malah nak kecek banyok-banyok. Laye gambo je lah.

Ok lah. Cakap macam biasa balik ye. Function kat Grandriverview Hotel KB. Just nice dalam town KB. Kat belakang hotel ni ialah Sg. Kelantan, memang cantik view dia lebih-lebih lagi coffehouse mengadap sini.

Sila patuhi etika berpakaian disini.

Famous KB landmark.

Lama tak merasa naik beca. Aku naik beca ni dari hotel ke KB Mall. Saja jalan-jalan.

Masuk sat kat Pasar Siti Khadijah.

Jom pi PCB.



Time ni memang tak ramai orang pun sebab hari bekerja dan bukan pulak time cuti sekolah. Makan sorang-sorang mengadap laut. Boleh la tahan sedap lauk dia.

Tapi yang ni takleh lawan yang dekat pantai apa ntah kat Terengganu tuh.

Lepas makan kenyang-kenyang tu aku balik semula ke hotel. Aku mai sini naik bas merah yang kontot tu. Balik pun naik bas jugak la. Tiba-tiba aku rasa time aku mai Kelantan ni macam Ian Wright (Travel & Living) hahahaha.


* ni adalah kunjungan ke-2 aku ke Kelantan setelah 1st time mai sini semasa umur aku 4 tahun.
Lama tu beb. Lagi satu kepada orang-orang Kelantan aku mintak maaf kalau bahasa yang aku
guna masa intro entry ni tak betul. Ok nanti nak mai lagi lah.

Friday, July 17, 2009

Need A Break

Just arrived...

Kepada budak MAKSU thanks for the invitation. Tapi aku tak bley la ada hal yang menyebabkan aku tak dapat follow hangpa semua. Next time insyallah... have fun

Saturday, July 11, 2009

The Trip part 3 - malam

Lepas balik lepak hotel dengan perut kenyang..tiba-tiba my uncle call ajak lepak-lepak lagi. So here we are.. malam last kat Bali


HRC tak sudah-sudah... Interior dia nice. Besar lagi dari KL.



Tunggu my uncle lambat sangat posing dulu barang 2-3 keping gambaqs.. ;) Dah booking meja awal-awal sebab malam Sabtu kan. Tersangatlah ramai orangs-orangs

Order lite-lite aja... smoothies, brownies. Biasa aja tak la sedap mana pun. Maybe sebab perut still ketat lagi dengan seafood kat Jimbaran tadi.. :p

Tapi ada jugak yang gatal nak order pasta lah... sandwich lah. Last last muak..

My uncle dgn auntie diorang tak makan lagi.. Sedap aje tengok diorang makan.. :)

Kena pulak band raggae yang perform. Cool beb... rastafari

Dalam 4-5 jam kat HRC kitoang gerak la.. ingat nak balik terus hotel tapi memandangkan last nite kat sini kami pun gatai la kaki nak tengok benda-benda tak elok nih. Hmmm actually tu teaser ja.. once diorang naik kat tingkat atas memang persembahan harimau la... :P Tapi memandangkan mata dah sangat mengantuk terus balik hotel aje. Tidur lagi bagus. Laaa tak caye? Betul lah!!!

Friday, June 26, 2009

The Trip part 3

Hari ke 3 dikontiniu lagi. Lepas b'fast kat hotel, first pit stop kat tempat persembahan Barongan. Biasa-biasa aja bagi kami tak best pun. Tapi dah memang dalam pakej terpaksalah singgah.

Sampai-sampai aja mak aii memang sangat ramai manusia di sini.


Dalam petak kuning tu ada la sorang tourist tertidoq. Sama ada dia boring ataupun mengantuk sangat. :) Tarian ni menceritakan pasal sejarah di kepulauan Bali ni. Tapi bila diamati betul-betul muka dan watak dalam persembahan ni sebenarnya agak menggerunkan jugak.

Masa nak jalan naik ke van ternampak vespa ni. Agak cool jugak. Lebey kurang 30 minit kat sini kami ke satu tempat tourist jugak, apa nama ntah aku dah lupa. Tapi kat sini memang banyak dengan hasil-hasil batik dan sutera. Ada gak jual barang-barang perhiasan. Tapi agak mahal la.

Lepas singgah ke tempat batik dan sutera kami singgah pulak kat tempat orang buat tembaga, kerongsang dan hasil-hasil metal nih. Huh memang agak boring la. Kalau pompuan mesti suka.

Lebey kurang 30 minit perjalanan dari tempat buat tembaga tadi, kami singgah kat Pasar Ubud. Kat sini barang-barang memang murah. Siap leh tawar lagi. ;) Banyak la jugak hasil-hasil yang kami perolehi dari sini. Yang perhiasan macam tempat letak candle macam kat gambar atas tadi tuh jauh lebih murah kalau beli kat sini. Tapi kat sini agak kotor sikit. Bayangkan tengah syok pilih souvenir, tiba-tiba oink-oink selambe je lalu tepi kaki aku. Fuh nasib baik dia tak lepak baring kat kaki aku. :P Nanti sapa-sapa yang pi Bali mintak supir engkorang singgah sini.


Gambar kat atas ni on the way nak ke gunung Kintamani. My cousin ternampak kedai jual macam mini signboard. Lawa gak. Dia rembat coca-cola punya sign untuk abah tersayang dia. Huhuhuh aku cari M.U takde pown. Chelsea jugak yang ada.


Betul-betul kat depan kedai jugal signage tadi terbentanglah satu pemandangan yang sangat indah. Padi huma. Lawa la dengan sejuknya lagi. :D Okeh lebih kurang 45 minit journey dari tempat ni kami sampai la ke Gunung Kintamani. Still active lagi nih. Kat sini sangat sejuk la jugak lebih kurang macam kat Genting.


Once dah sampai kat sini bersedia la dengan pujukan dan tangis rayu penduduk tempatan yang berhasrat menjual cenderamata kat hangpa. Buat derkkk je ye. Jangan layan. Ala sapa-sapa yang dah pernah ke Tangkuban Perahu tau la. kan? ;)

Termasuk dalam pakej ialah lunch kat Gunung Kintamani. Lebih kurang macam coffeehouse, makanannya dia tulis halal. Tapi dek kerana was-was kami amik ikan & sayur jek. Berjiran dengan meja kitorang segerombolan desperate housewife dari perth. Sembang-punya sembang last2 jadi teman lunch hari tu. Kalau teman tidor macam mana? Hahahahah ngok betul. :p


Gambar-gambar kat atas ni masa on the way turun dari gunung tadi tu singgah kat tempat orang buat KOPI. pehhh marveles. Time kami sampai sini ujan lak. Nak masuk ke tempat ni macam rasa masuk dusun la sebab kena menapak sikit. Kat sini jugak la tempat orang buat kopi luwak. Nak tau google la sendiri ye. Hmmm kopi sangat sedap ditambah diorang guna kulit kayu masin buat stirrer. Banyak la jugak hasil membeli belah kat sini.

Ni bukan kain basah mandi ye. Kami singgah kat Goa Gajah, depa punya holy temple. Sapa-sapa yang pakai suar paras lutut wajib pakai kain ni. Nak ikutkan aku sorang je kena pakai tapi yang bertiga ni nak jugak rasa pakai. Haaa pakai la



Macam ni la lebih kurang kawasan Goa Gajah ni. Sangat sunyi even ramai tourist kat sini. Hari nak petang dah so kami headed back to town.
Tapi on the way nak masuk Nusa Dua ternampak lak PH ni. Dia ni terletak kat dalam satu mall nama apa ntah. Tapi mall ni agak boring sikit la.



Ha part ni yang paling best. Sunset dinner kat Jimbaran. Pehhhh aku sangat suka moment nih. Terasa keromantikannya. Sedangkan datang berempat pun rasa macam ni kalau berdua lagi la kan. ;)
Without rufther due, ini lah yang kami order. Of course seafood. Sambil makan-makan tu leh nampak flight yang kuar masuk airport Ngurah Rai daru kejauhan. Memang best la lepak kat sini. Tambah pulak makanan sangat sodap lebih-lebih lagi udang butter. :D



Sebelum dan selepas..

Tengokla gaya azuan yang sedang enak mencongkil gigi selepas kekenyangan menghantam aneka lauk pauk terhidang. Bagi aku moment dinner kat jimbaran ni adalah yang paling best time aku kat Bali nih.
Lepas kenyang makan balik hotel takkan terus tidur je?? Ada la beb. Nanti la aku hapload yeh. ;)

Sunday, June 21, 2009

The Trip part 2- malam pulak

Sori for the delay. TOO MANY THINGS TO DO SO YET LITTLE TIME. Jom sambung balik. Malam tu dijemput oleh my uncle yg kebetulan berada kat sana dgn wife dia. Depa stay kat Hard Rock Hotel. So lepas free dinner yg tak berapa sedap tu kami makan lagi kat Rosso Vivo. Dia ni betul-betul kat depan pantai Kuta. So along the streets tu memang byk lah cafe macam ni. The reason my uncle & auntie lepak sini sebab ada live band akustic. Plus they play more jazzy vibes. Memang taste orang tua la. Takpa janji kami makan free lagi. ;)

We odered tuna pizza + salmon, vegie pasta. Macam-macam lagi lah.

Tengah makan-makan kak ngah + nadia pandai-pandai pi bagitau kat band tu cakap my auntie nak nyanyi. Tapi sporting abis beb. By the way memang dia ni pandai nyanyi pun. So tak kisah la kalo kena nyanyi depan crowd. 2 lagu aja... Killing me softly & lagu hetty koes endang pa nama ntahh..

Kami apa lagi.. sehati berdansa la. Ada la jugak beberapa ketul mat saleh + couple yang turut sehati berdansa. Lepas makan gerak pi Hard Rock Hotel. Actually request aku kat uncle aku sebab nak tengok ada satu band tu perform kat situ. Nama band tu apa tah.. tapi depa main rock la. Jalan kaki je dari Rossi Vivo.




Ni depan entrance Hard Rock Hotel. Banyak gila snappy kat sini. Only manage to choose yang ni aja.



Ya betul... LOVE ALL SERVE ALL..



Sempat tegok lebih kurang 6 lagu je. Tapi dapat ambik gambaq dengan mamat-mamat nih. Serious sound system sedap. Bagi aku lebih sikit dari HRC KL. Stage dia kat atas bar tu, kena jengok atas sikit la nak tengok. Borak-borak dengan bar tender situ tengok-tengok sorang tu from Sabah. Habis la mintak lapik cawan la, stirrer la.. macam-macam la. :D


Dalam Hard Rock hotel... Fender Strat Rules!


Tak tahan tengok Robert Plant punya gitar. Robert Plant ni former Led Zep punya member. Azwan yang sengal, pakai boxer duk posing depan kaunter reception. Nasib baik takdak orang time tu. ;)


Then, gerak naik tengok bilik kat sini. Hmmm tak la best mana pun. Tak menggambarkan yang 5 star hotel. Sangat simple. Sori tak letak gambaq bilik sebab malas nak edit. Banyak lingeries bertaburan. Nanti aku sambung lagik. :)