Wednesday, August 04, 2010

Sabah.. last

Ok this will be the last entry about Sabah. Phewwww...

Ramai orang kata, Gaya Street Market Kota Kinabalu merupakan tempat yang best. Namun begitu ia hanya dibuka setiap ahad sahaja. Wat to do? Hari sabtu yang merupakan hari last, we headed to Pasar Tamu Putatan. Tak jauh dari bandar Kay Kay.

Macam pasar tani @ nat (panggilan bagi pasar sehari di utara), pelbagai hasil tani dan makanan di jual. Tapi kat sini.... hasilnya memang fresh dan gemok-gemok serta murah.

Lihatlah betapa hijaunya...

Tempe Sabah

Hijau kan

Hail to the buah limau & cili padi.

DAH TAK PAYAH NAK BERANGAN !

Kuih apa kenama ntah

Jadi kami pun breakfast di sini....

Nasik lemak sini memang sedap. Rajin pulak depa duk potong daun pisang bulat-bulat ni

Juga ayam goreng

Juga laksa...sedap

Lagi hasil bumi kat sini

Aku syak ni ikan bilis

Dan ini sotong

Ketam

Durian
..........
..........

Lepas abis kat Putatan ni lebih kurang kul 12 lebih, we headed back to town sekitar Pasar Filipin dan apa kenama shopping complex ntah.. warisan & merdeka kot.. Last minit shopping katanya. Aku dan makencik tersangat la dah boring.


Last-last sementara menunggu ahli rombongan yang lain shopping, kami berenti minum kopi sambil menikmati ekon.



Bila tengok deco kat kedai macam ni memang cantik dan simple. Tapi bila nak buat kat rumah jadi buruk. Why?? Why??

Lebih kurang jam 3 lebey gerak pi airport dan balik la apa lagi.

Lebih kurang 5 hari pi berjalan sampaikan tak sempat nak shave muka.

Friday, July 30, 2010

Lagi kat Sabah

Bila nak abes nih???? Mungkin one more entry and cerita pasal Sabah akan berakhir. Selepas pagi yang membosankan di Sabah Tea, we headed to Kinabalu National Park. Before dat on the way singgah kat Kundasang beli sayur mayur.

Gambar ini di ambil di kawasan dalam tempat permulaan mendaki. And sangat-sangat sejuk. I mean very sangat.

....

Ya sangat sejuk...

Starting point sebelum mula mendaki. Kelihatan beberapa orang sedang prepare untuk mendaki.

Lebih kurang 2 jam kat sini, beli baju, topi dan semua-semua yang perlu dan ambil gambaqs hari pun dah nak malam. Lapar pun tiba dan terus ke Tanjung Aru bagi memakan makan malam.


Sangat lapar. Dengar khabar disini agak terkenal dengan keenakan masakan laut nya. Betulkah begitu?

ABC nya... sangat sedap

Ketamnya... sangat sedap

Memang sedap

Siakapnya.... sangat sedap

Tom yam nya... ok la.

Tapi nasik tak ambik pun. Hanya lauk sahaja. Ok la sedap. Boleh mai lagi lepas ni.

Friday, July 23, 2010

Sabah Tea

Semasa di Sabah juga, kami mengambil kesempatan ke Sabah Tea yang femes itu. (femes kah?) Terpaksa la ikut juga walaupun jenis melawat-melawat ke tempat arkeologi @ tempat bersejarah @ dan sewaktu dengannya bukan lah kena dengan jiwa aku. Bila pi tempat orang aku terus menuju ke pasar-pasar dan shopping complex depa. Itu aku. Bukan kamu. Punya la jauh dari KK ke sini. Hampir 3 jam dan melewati Kundasang dan Kinabalu National Park.

Sampai berhenti tanya orang kat Terus Jadi Mini Market kat Ranau. Van Kia Pregio dipandu oleh kami sendiri tanpa supir. GPS katanya.

Dah sampai.. dan jubo pun jadi flat.

Tapi memang indah, sejuk dan sunyi.

Sepatutnya ada sekali tour masuk ladang dan petik daun. Tapi macam letih.

Depa pun bawak masuk melawat ke kilang proses teh ni. Adoiii dah jadi macam nak mai belajaq buat teh pulak.

Aku bosan !!

Tapi tidak bagi mak encik. Beliau suka. Sejak akhir-akhir ini berlainan sekali kehendaknya berbanding sebelum mengandung dulu.

Mesin apa ke nama ntah. Beria sunggoh mamat kat Sabah Tea ni duk bagi penjelasan.

Selesai dikisar menjadi halus.. terus dipek dan sedia dieksport.

Lepas tu dibawa la masuk dalam lab depa. Dia tunjuk cara-cara nak test teh ori dan teh tiruan. Masukkan secubit teh dalam ayaq sejuk. Kendian tunggu sampai dia larut. Time tu leh tengok sama ada kaler dia yang turun dulu atau daun turun bersama-sama sekali. Kalau kaler turun dulu maka nya itu teh tidak ori. Oooo macam tu !

Galeri teh. Depa nak kaji rasa dan menambah baik Sabah Tea dengan membeli teh keluaran syarikat pesaing.

Oh ini Ahmad Tea. Ya aku pernah rasa sedikit masa dahulu.

Kesian.. dah letih.. lapaq pulak tuh.

Dijamu dengan sup sayur+telur.

Dan lain-lain jenis hidangan.

Lauk-pauk dia sangat manis. Tapi sayur dia fresh. Macam fresh orange.

Portion aku. Semuanya manis. Tapi sedap. Include sekali dalam pakej tour Sabah Tea.

Lebih kurang 3 jam kat sini... aku dah boring nak mampuih dah. Pastu ada lagi mamat Sabah Tea ni duk bercerita.... duhhh

Aku keluar dari situ dan mengambil barang sekeping dua gambaq flora dan fauna di sini.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan kita.

Lepas setel masalah kat Sabah Tea ni menuju ke Kundasang....