Saturday, March 24, 2012

Gold Coast episod 2

Tiket untuk menaiki Aquaduck ni berharga AUD $35 seorang.  Untuk infant free. Jumlah masa tour menaiki Aquaduck ni lebih kurang sejam. Aquaduck ni kenderaan amfibia. Dia akan bawak kita round Surfers Paradise then masuk ke Sungai Nerang.








Jumlah untuk dua orang jadi AUD $ 70.












Bersedia untuk masuk ke dalam ayaq. Teruja sebab aku 1st time naik benda benda yang macam ni. Siap ambik video lagi guna henset murah cap ayam.




Untuk kanak-kanak pula akan diberi peluang navigate sendiri kenderaan ni. Umar turut mendapat peluang ni. Suka dia dapat pegang stereng bot ni.







Yeay..Dah dapat sijil merangkap lesen.








Hampir sejam kemudian kami dibawak pulang semula ke starting point tadi. Masa ni aku pi ambik balik stroller yang ditinggalkan kaat kaunter Aquaduck ni.




Lepas turun jalan-jalan sampai kawasan Hard Rock Cafe hujan mula turun. Tapi tak lah lebat mana pun. Sekejap saja. Kemudian berhenti.




Sebelum masuk ke Hard Rock, kami masuk dulu ke dalam kawasan kedai tepi Hard Rock ni sebab nak cari Woolworth nak beli beras dan lain-lain keperluan. Woolworth ni umpama Cold Storage.




Jumpa jugak beras paket kecik warna oren tu terus angkat. Cukuplah kot untuk 3 hari yang mendatang. Brasmathi lagi.









Antara barang-barang yang dibeli seperti roti, selipar, telur ayam dan minyak. Jumlah keseluruhan ialah AUD$ 21.




Guna currency ni kami sedaya upaya kalau buleh taknak convert ke RM. Kalau duk pikiaq convert memang semua akan jadi mahal lah.




Lepas tu keluaq terus masuk ke Hard Rock nak cari baju. Macam besa cari classic design namun hanya kekecewaan memenuhi dadaku. Saiz yang tinggal hanya S sahajjor. Arghhh. Pujuk hati beli jugak yang design denim patch kaler coklat. What to do. Ayam patuk itik sudu.




Tak jauh dari Hard Rock ialah Hotel Islander. Hotel ni famous sangat kat forum CARI. Ramai jugak Malaysians yang mai duduk kat sini selain kat Suntower. Hotel ni memang betui-betui tengah pekan Surfers Paradise. Jarak dia ke pantai hanyalah lebih kurang 250meter. Cuma aku rasa hotel ni tengah town so macam bising sikit kot. By the way, tak dinafikan banyak sumber aku duk cari sebelum mai Gold Coast ni adalah melalui Forum CARI. Aku ada jugak duk bukak blog-blog yang penah travel pi Gold Coast ni tapi aku rasa tak begitu details dan banyak membantu sangat. Forum CARI serius banyak membantu.


Tapi aku tak ambik hotel ni sebab aku duk agak sebab dalam town mesti bising sikit. Risau jugak booking Carlton Apartment sebab tak jumpak lagi mana-mana forumer yang pernah duduk situ. Alhamdulillah pilihan ikut gerak hati aku tepat. Aku mahukan tempat yang privacy, sunyi dan tak jauh dari pantai. 

Satu kelebihan Islander ni apabila ia terletak di tengah-tengah town maka dekatlah dengan segala kemudahan yang ada. Salah satu restoran yang popular di kalangan rakyat Malaysia adalah Restoran Maharani. Walaupun banyak review mengatakan restoran ni menyajikan makanan tahap tak sedap langsung tapi aku nak jugak cuba.

Restoran Maharani ni terletak betul-betul bersebelahan Islander di dalam deretan Alison Park Centre ni.





Kami masuk kedai dah bukak tapi takdak orang menyahut salam kami. 4-5 kali aku bagi salam akhirnya di jawab. Ada sorang makcik keluaq kata ya masuk kami dah bukak. Pastu dia kalut pi ambik menu dan tunggu kami order apa.





Kalau tengok harga makanan memang terbeliak biji mata tapi cuba jugak takmau convert dalam RM. Orderlah kami laki bini nasik goreng kampung bersama half ayam goreng.





Tak order ayaq pun tapi depa murah hati mai bagi ayaq sejuk kat kami.




Tak lama kemudian sampailah nasik goreng kampung kami tu. Memang lapaq sangat ni. Dengan penuh harapan suapan pertama akan membawa ku ke alam fantasi nampaknya hancur musnah dengan begitu dahsyat sekali. Sumpah tak sedap langsung. Aku rasa macam nak pi tuang nasik goreng ni ataih kepala pakcik yang duk goreng kat dapoq. Macam mana aku tau pakcik? Sebab masa Umar duk main dia bulih pi lari sampai masuk dapoq so aku nampak la ada sorang pakcik duk goreng. Aku syak depa dua ni laki bini. Ok berbalik kepada nasik goreng ni. Rasa dia berketui-ketui pastu tawaq nak mampuih. Aku suap kat Umar pun dia takmau makan.




Ayam goren pulak? Ayam goreng dia bawak keluaq dari peti aih pastu letak dalam microwave panaskan. Luaq saja panas dalam sejuk. Ok fine. Gagah jugak kami laki bini perabih makan. Tengah duk makan pakcik tadi keluaq mai promote depa ada jual pai ayam dengan pai daging. Nak aja aku pai pai pai pangggg!!!!! Hang ni reti masak ke dak? OK tak buat. Itu hanya imaginasi.Total makan harga lebih kurang AUD $ 38. Pejam mata cepat-cepat bayaq. Makcik tu langsung tak sembang tanya apa pun. Kerek semacam ja. Ceh. Memang betul apa forumer di Forum CARI katakan Restoran Maharani ni memang hampeh.





Kami teruih keluaq dari restoran tu dengan perasaan kurang senang. Tak sampai 30 langkah nampak di seberang jalan satu lagi restoran Malaysia iaitu Golden Legend Malaysia Restaurant. Restoran makanan laut cina tapi halal. Sebelah restoran ni ada kedai jual souvenir yang dimiliki oleh tokey restoran ni. Ramah gila. Masa masuk kedai ni siap panggil -panggil haaa mai masuk pilih abang murah murah ja. Kita orang Malaysia kasi murah sajaaa. Sejuk hati. Beli la jugak dua-tiga lai baju.


Kemudian kami terus balik ke Carlton Apartment yang jaraknya hanya 400 meter dari tempat ni.
Sampai kat hotel jam menunjukkan pukul 7 malam. Mandi uruskan diri apa semua cadangnya nak keluaq ambik angin pantai. Sekali lepas solat teruih hanyut dibuai mimpi. Nanti aku sambung untuk hari kedua.


p/s: Hai Yonniaq!!!

Friday, March 23, 2012

Gold Coast episod 1

Gold Coast merupakan salah satu tarikan utama pelancong di negara Australia. Ia terletak di bahagian tenggara negeri Queensland. Kalau naik MAS dia akan turun di Brisbane. Pendek kata Gold Coast ni merupakan bandar persisir pantai.


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Coolangatta, Gold Coast mengambil masa lebih kurang 8 jam. Pesawat D206 yang kami naik bertolak tepat jam 9:20 malam pada 16 Mac yang lalu. Kami jugak bawak stroller Umar yang mana akan dibawak naik atas flight sekali. Pertama kali nak travel jauh-jauh bawak baby. Mengharapkan penumpang tak ramai tapi malangnya memang full house. Redha. Tak ambik bassinet untuk Umar sebab fully book. Malam tu Umar lena tidur di pangkuan kami secara bergilir-gilir. Alhamdulillah he behaved well. Sebelum masuk Australia, diwajibkan ada visa ETA. Kami buat visa tu 3 minggu sebelum tarikh berlepas. Melalui email seorang kenalan kami berurusan, kos satu visa berharga RM20.


Lebih kurang 5:15 pagi kedengaran kapten buat pengumuman " We'll be landing shortly"...aku lega dan tersengih. Kami orang terakhir turun dari pesawat. Sampaikan petugas kat landasan tu surh cepat sebab nak tutup gate. Kalut sungguh aihh. Airport Coolangatta ni kecik aja. Sebelum jumpak kaunter imigresen kita akan lalui kedai duty free. Meaning that line beratur sebelum jumpak kaunter imigresen tu dia lajak masuk sampai dalam kedai. Selesai urusan kat kaunter imigresen beratur pula untuk pemeriksaan kastam. Kami di approach oleh seorang pegawai kastam ni dia nak tengok arrival card. Pastu dia tanya ja ada bawak makanan ke tak? Kami bagitau la ada tuna, susu baby, ikan bilis dan biskut. Dia cakap ok that should be no problem. Enjoy ur holiday. Lega. Kemudian lepas scan bag apa semua seorang lagi pegawai kastam tanya bawak apa, then kami bagitau lah pastu dia suruh ke lane 1. Masa otw tu nampak ada banyak lane jugak. Sambil jalan tu duk tengok lah kastam duk bukak beg belek barang makanan. Aku nampak ada banyak makanan yang kena buang ke tong sampah. Kalau nak lebih kepastian barang-barang yang boleh dibawa dan tak boleh dibawa masuk rujuk SINI.


Sedang duk jalan kat lane 1 tu tengok-tengok lah dah selesai. Depa langsung tak cek beg kami dan bukak satu-satu duk belek makanan. Senyum kami laki bini. Kesimpulannya bawak baby memang depa tak cek details. Masa duk scan beg tu depa siap duk main-main lagi dengan Umar.

Benda pertama kami carik ialah parent room untuk uruskan Umar dan diri kami jugak. Lega sebab ruang memang luas. Cukup untuk menguruskan diri dan sebagainya. Ada microwave lagik. Mandikan Umar, buat susu apa semua kami selesai. Masa ni aku pi cari ayaq mineral nak buat ayaq panas. Belilah aku 2 botol yang mana satu berharga AUD$4.50. (1AUD = RM 3.25). Lepas tu kami mencarik transport untuk ke tempat penginapan. Hasil penyelidikan aku di internet dan lain-lain sumber aku terus saja ke kaunter Shuttle yang kaler oren. yang kaler oren. Gambaq ada snap dengan henfon. Lupa nak hapelod.








Inilah rupa bas yang kami naiki ke tempat penginapan. Tempat naik bas ni terletak di hujung sekali airport. Senang sangat cari. Sementara tunggu bas jalan kami pusing-pusing ambik gambaq dulu.







15 minit kemudian bas bergerak ke destinasi. Tak ramai pun naik bas. Kami beli sekali tiket return. Harga untuk seorang ialah  AUD $35. Kalau beli tiket sehala saja harga AUD$19 seorang. Kalau naik teksi pulak harga lebih kurang AUD$35 sehala. Jarak perjalanan dari airport ke Surfers Paradise lebih kurang 30 km ataupun dalam 40 minit saja. Dekat ja. Masa ni jam baru pukul 7 lebih tapi dah cerah sebab masa di sana cepat 2 jam daripada Malaysia.






Terpegun apa agaknya si Umar ni.




Bas berhenti di sebelah apartmen Peninsula. Kami berjalan kaki ke tempat penginapan seperti dalam bulatan merah tu.







Picit loceng keluar la si Wendy si penjaga tempat ni. Sangat baik mesra dan ramah. Rate untuk apartment ni untuk 3 malam AUD$315. Lebih kurang RM1000++. Kami cari hotel ni 100% melalui google saja. Duk baca review apa semua dan daripada berpuluh-puluh hotel/apartment yang kami sort out kami pilih yang ni. Landmark nak ke sini ialah cari bangunan yang tertinggi di Surfers Paradise iaitu Q1 Sky Tower.




Dia tolong bagi segala penerangan dan info berkaitan tempat-tempat yang kami dah plan awal nak pi.




Dapat kunci saja keluaq ambik pemandangan sekitar Carlton Apartment ni.




Bilik kami di tingkat 5. Lega sebab bukak pintu tengok ruangan yang sangat selesa dengan kemudahan yang begitu mencukupi untuk kami anak beranak. Ada 2 bilik tidur ada 2 tandas ada satu laundry dan dryer ada dapur siap dengan peralatan memasak (senduk,sudu,garfu, cawan, pinggan, mangkuk, periuk, peti ais, microwave, pisau, sabun basuh, sabun cuci pinggan, berus cuci pinggan, gula, garam dan dapat nescafe  5 peket). Nice eh?





















Plug pin di sana.




Perut terasa amat-amat lapaq. Last makan atas pesawat lebih kurang jam 11 malam tadi. Makan maggi kari. Tak lupa jugak panaskan bekalan sambal ikan bilis yang sangat-sangat menyelerakan.






Bubur nasi untuk Umar.




Lepas makan lepak-lepak kat balkoni. Nyaman sangat angin duk menghempas muka. Kelihatan pantai hanya di seberang sana.




Selesai urusan peribadi apa semua kami ready to explore Surfers Paradise ni.







Aku jadikan Laycock Street ni sebagai panduan sebab aku dah print out google map arah untuk ke tempat-tempat tujuan kami semuanya akan melalui Laycock Street ni.




Rupanya tak jauh mana pun kami dah sampai kat area esplanade Surfers Paradise. Dekat sangat.




Dah sampai ke esplanade. Tak sampai 300 meter jaraknya dari tempat penginapan kami.































Pemandangan biasa di sini. Skateboarding.











Ni kami dah menghala masuk ke kawasan kedai-kedai di Surfers Paradise.




Sambil duk dengaq mat saleh ni busking aku duk beli tiket nak naik Aquaduck. Nanti aku sambung lagik.