Thursday, May 10, 2012

Mandi Berjemaah

Lokasi : Kg Jawa, Aloq Pongsu





Saturday, May 05, 2012

Kek Lapih Ikan Terubuk dan Balik

Apa barang kalau mai Kuching tak beli kek lapis dan ikan terubuk kan? Kan? Kan? Kan?









Kat depan ni ada orang juai ikan terubuk masin jugak. Tapi menurut kata kawan aku dia kata memang tak sedap. Nasib baik aku tak beli. Aku ni tau nak beli aja.





Ramai sungguh orang kat dalam. Kebanyakannya dari Semenanjung.





Antara selebriti yang pernah mai beli kat Dayang Salhah ni.





Rasa dulu yang mana berkenan di hati. Macam-macam jenis nama fancy duk ada antaranya Ombak Rindu, Awan Nano, Holiday Inn dan macam-macam lagi lah. Rasa semua sedap macam nak beli aja semua. Ada yang berharga RM10 ada yang RM20.





Kalau pembelian lebih daripada RM100 akan dapat sebji kek percuma. Pilih la kek apa mau tapi harga RM10 saja.





Masa nak masuk dalam tu dia akan lekat sticker macam ni kat kita.





Selesai beli kek kami ke Pasar Tamu untuk beli ikan terubuk masin.








Sedapnya. Goreng panas-panas letak bawang banyak-banyak pastu perah limau kat atas. Slrups! Agak banyak jugak aku beli ikan ni. Nampak tak yang dalam plastik kaler coklat tu? Yang tu teloq ikan harga di RM130. Derhhhh ! Yang ikan tu dia letak saja harga macam tu tapi boleh ja mintak kurang.





Pandai depa bungkus sampai jadi macam ni. Kedai ni jugak ada servis poslaju ikan ke Semenanjung. Depa siap tunjuk resit poslaju dengan alamat previous kastemer untuk meyakinkan kami. Ok boleh dipertimbangkan.






Pusing pi pusing mai kami terus ke lapangan terbang. Masa ni nampak ramai sungguh masyarakat kat Kuching duk tunggu kat bawah ni ingatkan ada apa. Rupanya duk tunggu ketibaan Y.A.B Perdana Menteri sampai. Esok tu ada program Janji Ditepati kat Kuching ni. Biasa la nak pilihanraya ni macam-macam program duk mai.



Flight pukul 5:50 petang sampai kat KL Sentral pastu ambik teksi balik rumah. Lebih kurang 8:45 malam jugak sampai rumah. Punya semangat nak tunjuk baju baru kat Umar yang aku beli kat airport tadi sekali dia pulak syok tidoq tonggek macam ni! Huh.






Rehat-rehat sat pukui 11 malam bertolak balik kampung.....


Friday, May 04, 2012

Mom's Laksa Sarawak

Khabarnya laksa Sarawak sangat enak. Teringin nak cuba. Nasib baik seorang kenalan di Kuching sudi bawak kami makan di salah sebuah cawangan Mom's Laksa yang kononnya sangat tersohor di Kuching ini.

"Ya, memang benar masih terdapat laksa Sarawak lain yang tidak kurang hebatnya tetapi Mom's Laksa telah berjaya meletakkan jenamanya dalam kelas tersendiri apabila menggondol tempat kedua dalam anugerah Fabulous Food 1Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan dalam kategori laksa pada 2009 " - Utusan Malaysia 18-2-2012


Tudia bukan main hebat lagi reputasi dia.





Jangan tanya aku lokasi tepat dia kat mana. Aku mana tau. Ikut kawan aku ja bawak. Yang aku ingat dia dekat dengan stesen minyak Petronas.



Ramai orang makan sini.















Nindia...laksa Sarawak special.Jadi special sebab udang buh banyak. Laksa dia pakai bihun. Sedap oiiiiiii !





Slrups! Mahu makan lagi mahu mahu mahu !

Fly to Kuching

Minggu lepas berada di Kuching atas urusan rasmi. At last dapat jugak outstation ke sini. Kali pertama sebenarnya ke sini atas urusan kerja. Dalam erti kata lain pertama kali mai ke Kuching dengan tidak perlu membayar tambang kapal terbang. Period.





Kenapa setiap kali naik pesawat ni aku mesti bau muntah?





Tempat penginapan pula terletak sejauh sejam perjalanan menaiki keerta daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. One Hotel Santubong nama diberi. Lokasi terletak berhampiran Kampung Kebudayaan Sarawak di Gunung Santubong. Jauh ke dalam sebenarnya. Apawatla tak buat hotel dalam town saja. Boleh jugak keluaq jalan-jalan.




Hotel bersebelahan dengan laut. Malangnya nak turun ke bawah tak boleh. Takdak jalan. Ok ada sebenaqnya tapi kena menapak jauh keluaq ke jalan besaq dan masuk ikut padang golf kat sebelah hotel ni baru la dapat menuju ke pantai. 




Meskipun menyajikan pemandangan dan suasana persekitaran yang mengasyikkan, namun begitu aspek kualiti sajian makanannya sangat-sangatlah mengecewakan. Tak sedap. Tak cukup rasa. Tak cukup pedas. Bagi aku memang serba serbi tak kena. Tapi perut kampung. Semua telan. Janji kenyang walaupun tak puaih. Jauh di sudut hati aku mengharapkan hotel ni menyediakan makanan signature Sarawak seperti ikan terubuk masin,laksa Sarawak, mee kolok ataupun kek lapis. Setidak-tidaknya sekali cukup la. Ni takat breakfast buat sosej, teloq scramble,buah dengan ayaq oren aku pun buleh buat.




Salah satu intipati agenda tugas rasmi di sini adalah membuat kerja lapangan di sebuah perkampungan berhampiran Santubong ini. Kami menuju ke Kampung Buntal Ulu. Sebuah perkampungan nelayan.




Dah sampai. Paneh oi.





Dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Grup aku 2 orang saja. Nasib la dia orang Sarawak. Paham sikit la dialek tempatan.











Awek baju biru ni la partner aku. Semangat sungguh dia. Aku tumpang selit la 2-3 soalan.
 






Kanak-kanak riang nak pi main layang-layang.







Selesai buat kerja singgah minum sat.




Pemandangan depan kedai.




Balik lepak atas katil.




Perut lapar tidak terperi. Apakan daya sekali di coffeehouse menyajikan makan....hurmmmm. Huk aloh !





Bersama kawan lama Hj Nadziri. See ya Haji.


Monday, April 23, 2012

Nasi Lemak Mak Wanjor

Selalu tersebut Wak Manjor. Anyway, reputasi gerai nasi lemak ni memang agak meluas dan banyak review di  alam maya mengatakan gerai ni menyajikan nasi lemak yang lazat dan berkrim. Lepas balik dari berlari hari tu kami terus ke Kg. Baru.





Tak susah sebenarnya nak mencari gerai ni. 

 





Pilihan lauk tak banyak sebenarnya. Tapi aku tengok ramai gila orang duk makan kat kedai ni. Lauk default yang dia akan bagi ikan bilis+timun + sambal. Aku add on rendang daging sama telur dadar.





Mak encik ambik lauk apa ntah aku pun tak ingat. Ok overall nasik lemak kat Mak Wanjor ni memang sedap lebih-lebih lagi tang nasi dia tu. Memang nasi dia padat, padu dan kalau makan begitu saja pun memang sedap. Sambal dia pula manis. Susah aku nak rasa kepedasan cili dalam sambal tu. Rasa manis menguasai lidah aku. Tapi ok la sedap juga. Tapi kalau pedas sikit mesti lagi sedap. Lauk aku ambik rendang daging tu biasa saja standard rendang daging kat mana-mana kedai. Tapi sekali lagi ingin aku tegaskan nasi dia memang sedap. Seketul-seketul.





Tambah lagi nasik.





Enjoying the telur rebus.





Jumlah harga makanan kami bersama dua gelas teh o ais RM12.60. Kalau nak cari gerai ni landmark dia kedai serbaneka TIMES Mart. Tak jauh dah tu. Selamat mencuba. Oh ya lupa nak tambah. Gerai ni takda baby chair.

Umar dan Kawan-Kawan

Pagi Sabtu yang lalu seperti biasalah pukul 7.05 pagi kami berdua dah keluaq rumah ke Kiara Park TTDI. 




Masa asyik dia berlari tiba-tiba di sapa oleh sekumpulan neneks. 




Dengan selambernya neneks tersebut cuba untuk pegang tangan Umar. Terus saja Umar lari laju.
 












Sampai kat rumah saja terus membuta. Hurmmm letih sangat macam baru lepas bawak bas ekspres.