Friday, October 19, 2012

Aku dan UiTM

UiTM ditubuhkan pada tahun 1967. Sebelum itu ia dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA pada 1956 hingga 1967.


Aku mendaftar masuk UiTM pada bulan Julai 1999. Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Itulah fakulti aku. Aku berada di sini sehingga Jun 2004. Diploma dan Sarjana Muda. Pada masa tu bidang Sains Sukan ni agak asing jugak. Bapak aku  berat hati nak bagi kebenaran aku ambik course ni. Itu dulu. Rezeki Allah nak bagi. Aku dah buktikan kat dia. 












Hampir 8 tahun tinggal. Dah banyak berubah. Banyak sangat.




Pernah menapak naik bukit ni dulu.




Menara. Bas akan berenti di sini. Naik tangga pi library PTAR. @cikalzan , @ajimashaary , @cheQis , @cekburn tau la kan? kan ? kan?




Jejantas HEP.




 Banyak kenangan kat tangga ni.




Satu-satunya kolej kediaman pelajar lelaki dalam kampus. Perindu atau lebih dikenali sebagai Perinzoo. Bila awek lalu saja penghuninya akan bersorak. Tapi tak semua la.





Jalan menuju ke fakulti aku dulu. Lebih dikenali sebagai Sekolah Tamil.




Suatu ketika dulu menjadi Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Sekarang ni dah jadi Makmal Alam Sekitar. Dewan Kuliah tapi jalan. Bila bas lalu bergegaq habis cermin dewan. Ngeri. Pernah jugak ulaq masuk Dewan Kuliah.

Antara style dress up zaman tu :

- pakai sandal Teva atau Reef dengan stokin. 
- pakai topi jenis full cap
- pakai kemeja Hawaii bunga besaq-besaq
- pakai t-shirt kemudian sarung kemeja kotak-
  kotak
- pakai kasut Converse
- pakai jeans Silver Tab
- pakai baju Fred Perry
- pakai Dockers bundle




Pernah ada kelas kat sini bagi subjek Fundamental of Fitness.




Padang Kawad. Dulu masa part 1 dengan part 2 masuk Kesatria kena berkawad setiap hari Rabu. Sapa yang masuk Kesatria juga dikenali dengan nama Katak Hijau. Bila berjalan balik orang duk bunyi katak. Onnnn Onnnn ...!





Menuju ke Kompleks Sukan.




Rindunya aku dengan Kompleks Sukan UiTM.




Pusat Bahasa. Masa degree diwajibkan ambik bahasa ketiga. Aku ambik Bahasa Thai. Lecturer dia comei gila. Aku rasa paling comei lah antara kebanyak lecturer yang aku penah jumpak.



8 tahun berlalu.


Minggu lepas aku kembali sebagai penceramah jemputan. Terlalu rindu aku dengan saat ketika bergelar pelajar UiTM.






Monday, October 15, 2012

Aku Pernah Di Sini

Sepanjang menjadi penduduk Shah Alam dari 1999 hingga 2004 ada 3 lokasi aku pernah tinggal. Pertama Kolej Jati kemudian Seksyen 11 dan terakhir Seksyen 7. Antara ketiga-tiga lokasi ni, Seksyen 7 paling banyak tinggalkan kenangan kat aku. Macam-macam lah.





Aku mula tinggal di Seksyen 7 dari tahun 2002 hingga 2004. Masa tu kawasan ni baru saja naik. Rumah pun baru siap. Sunyi, sepi dan agak scary.





Kawasan nak masuk ke rumah aku. Blok 42. Ok bekas rumah sewa aku.





Sekarang dah terlalu banyak kereta. Double parking di mana-mana saja. 








Pandangan dari tangga nak naik rumah. Kami parking moto kat situ ja. Senang nak jenguk kalau ada apa-apa. Kat sini juga pernah mencatatkan banyak macam-macam kejadian. Pernah sekali tu ada awek UNISEL dia nak naik parking yang curam tu dia terpulas throttle minyak terlebih kuat lantas melanggar bahagian belakang motor aku. Kebetulan masa tu kami semua ada di rumah. Duk tengok kat tingkap. Kawan aku kata "wei tu moto hang kena langgaq." Aku baru keluaq dari toilet masa tu. Pakai baju apa semua teruih turun macam nak marah sekali tengok awek tu tengah tergolek duk sebut "aduuuhh..aduhhh".


Masa berlalu, sempat la kawan lebih kurang dalam 3 bulan macam tu. Okeh itu cerita lama.





Ok ni lah rumah sewa yang pernah aku tinggal dulu. Dah hampir 8 tahun aku tinggalkan. Rindu suasana dulu. Tapi aku tau , ia takkan berulang kembali.

Wednesday, October 10, 2012

Teknik Mengorat Aweks














Tuesday, October 09, 2012

Tak Jadi











Lokasi : e @ Curve Mutiara Damansara.

Gumbira



Lokasi : GF, One Utama.

Di Kedai Makan











Lokasi: Sri Buluh Mutiara Damansara

Gay



Pffttt...!!!