Maaf. Sepatutnya entri ni keluaq sebelum bulan puasa. Tapi apa boleh buat. Ni sambungan perjalanan pulang semula ke kotaraya yang penuh dengan tipu daya selepas selesai urusan rasmi di Sungai Petani seminggu sebelum bulan puasa. Nak makan nasik kandaq. Of course what else kan. Kali ni teringat nak try tempat yang tak pernah pi lagi. Sebelum masuk Penang google + nasi kandar paling sedap di Penang. Macam-macam hasil carian keluaq. Klik kat forum cari dan macam-macam dia sajeskan. Ntah macam mana aku boleh pilih Amir Nasi Kandar. Mungkin sebab banyak forumer cakap sedap kot. Depa cakap jugak nasik dia sangat wangi dan lembut. Salah satu sebabnya mungkin sebab depa duk cerita gerai ni tepi simpang jalan dan kecik saja gerai dia. Bukan restoran yang kononnya menyajikan nasi kandar penang asli. Bila dah masuk area Jelutong cari punya cari rupanya dah tutup. Baru teringat gerai ni bukak sebelah pagi saja. Hmmm. Takpalah takda rezeki kali ni. Tapi tak putus asa jugak sebab masa tengah duk riki Amir nasi kandaq ni terjumpak Deen Nasi Kandaq kat tepi jalan area2 Jelutong ni jugak.
Sebelum makan sini masa duk parking tu saja google dulu pasai kedai ni. So far banyak review cakap ok sedap dan the best. Tak kurang jugak yang mengeji dan cakap biasa saja tak dan macam-macam lagi. Biasa la citarasa manusia bukan semuanya sama ye dok?
Bila masuk ja tengok seleksi makanan fuhhhhhh. Yang tak tahan tu sebab kuah kari dia mercik keluaq daripada bekas dia tu yang aku tatahan. Lauk pauk kat kedai mamak perlu macam ni kot. Kuah dia mercik-mercik dan nampak selekeh. Tapi bau kari fuhhhhh. Ok ok rilek. Masa ni duk beratur lebih kurang 5 orang di hadapan.
Lagi pilihan lauk yang ada.
Mungkin salah sorang daripada mamak ni kot nama Deen. Ntahlah.
Lauk hari tu kari ayam, bendi sama telur rebus.
Hmmmmm...
Oh lazat
Restoran ni terletak di Jelutong. Dia sekali dengan deretan rumah kedai sebelum Balai Polis Jelutong. Kalau dari Jambatan tu bila dah sampai ke pulau ambik sebelah kanan. Jangan ambik ke arah Bayan Lepas. Kemudian terus sahaja sampai jumpak flyover yang kedua. Jangan naik flyover tu tapi turun bawah jumpa trafik lait belok ke kiri dan terus saja sampai jumpa satu lagi trafik lait kemudian ambik kiri. Bila sampai sini dah area Jelutong dah. Bawak kereta pelan-pelan sehingga melepasi Balai Polis di sebelah kanan anda. Teruskan lagi sampai nampak signboard besaq Deen Nasi Kandaq di sebelah kanan anda. Pandai-pandailah cari parking.
Bagi aku rasa nasik kandaq ni sedap dan memang sangat kari rasa kuah dia. Tapi masih tak boleh lawan Nasi Kandaq Beratoq kat Masjid Kapitan Keling sana tu. Tapi nasi kandaq Deen ni bagi aku lebih sedap daripada Line Clear. Entahlah lain orang lain lah citarasanya.
Selamat berpuasa.
5 comments:
Dajey btoi dok pulun baca hang punya direksyen.. Aku siap baca slow2 mcm aku tgh drive pulak..! Perlu lait xmau eja light?
Huh huh!
Kecur lioq tgk gambaq hoi!
Ni rengkaian Pak Nodin punya. Jgn main main
hurmmm...
aku duk pikiaq sapa laaa tanpa nama ni. last2 duk tengok style penulisan baru aku taau saudara ialah zullnikli nodin guar perahu miri.
pernah makan kat sini..ok jugak..:)
harom aihhh mai baca masa bulan2 posa ni T_____________T tgk gambaq umar kat atas tu pun mcm nak ngap ngap ja! hahaha
Saya memang prefer nasi kandar deen berbanding nasi kandar len..FYI sbg anak kelahiran penang n memang dok kat Jelutong pown(perjalanan dalam 5 minit dari rumah ke restoran Deen)sy rasa Nasi Kandar Deen la yg paling best skali kat sini,dari segi rasa kari dia n lauk pauk dia.. slalu beli ayam goreng,simple tp fresh n garing dan kari telur ikan ..sedap wei...kalo yang nak makan nasi beriani lak bole try kedai yg berjiran ngan dia ,Hameediyah Restaurant.. second best in penang
Post a Comment