Petang Ahad lepas yakni sehari sebelum berpuasa. Masih di kampung. Pagi tu kami ke Thailand atau lebih tepat lagi ke Pekan Sadao saja nak pi pasar pagi atau orang Perlis panggil nat. Lammmmmmaaaa tak pi sana. Dulu masa sekolah rendah selalu sangat duk pi. Masa tu of course dengan family lah. Nanti lain hari lah aku cerita. Kali ni cerita pasal makan durian, manggis & rambutan di rumah mokcik dan pokcik di Chuping. Ya Chuping satu kawasan yang popular jugak lah di Perlis sana.
Kawasan rumah mokcik aku ni sangat lah damai. Gila damai. Sejuk berlatarbelakangkan bukit Chuping. Bukan sejuk macam salji tapi udara dia nyaman, sejuk dan teduh-teduh. Best gilak!
Luas dan damai sangat.
Kan?
Nampak durian sebiji duk tergantung tuh? Sebenaqnya kawasan rumah dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan tempatan.
Merah menyala sungguh rambutan nih.
Manggis yang ada petang tu tak banyak.
Ada jugak pulut sibaq walaupun tak banyak, Beli pagi tadi sebab duk plan asal nak mai pagi tapi sebab pi Siam dulu postpone ke petang. Tu yang pulut pun jadi semakin sikit.
Ngap !!
Hey ketawa pulak!
Hey suap abah pulak !
Durian ni tunggu nak gugur ja.
Nampak plastik biru dan merah tergantung tu? Dalamnya ada kabat. Bila hujan, kabat akan mengeluarkan bau macam peluru dan akan menyebabkan binatang-binatang seperti musang dan lain-lain tak berani nak dekat dengan pokok ni. Kalau tak buat macam ni memang buah-buah semua ni selamat jadi santapan musang dan sanak sedaranya lah. Setiap pokok memang ada diletakkan benda ni. Tapi tak pasti pulak apa orang panggil benda ni.
Lepas dah makan kenyang-kenyang balik singgah Tasik Melati. Tudiaa punya lama tak mai. Dah elok depa naik taraf. Seingat aku dulu mai tempat ni serius usang penuh dengan semak samun dan sangat tidak terurus.
5 comments:
bestnya kalau rumah dikelilingi pokok buah2an.....sejuk kehijauan mata memandang.
best sangat kak
hai abang sepul..i'm bek..
ajim
glad to have u back.
Best rumah makcik awak. Selain dari mempunyai pokok pokok buah buahan dan kawasan yang saujana mata memandang, kelihatan seperti seunit volvo yg sungguh mantap di bawah itu. Or saya yg silap, xpasti
Post a Comment