Lepas refresh kat hotel keluar semula sebab nak pi Hatyai Floating Market. Sebenarnya nama betul bukanlah Hatyai Floating Market tapi nama betul dia ialah Klonghae Floating Market. Kawasan dia sedikit keluar dari pekan Hatyai ni. Daripada hotel memandu mengambil masa lebih kurang 35 minit.
Bagi yang menggunakan GPS setkan N 7.04648 E100.47450. Mudah-mudahan tak sesat. Walaupun aku guna GPS Cap Ayam tapi ia mampu menavigasikan aku ke floating market ni tanpa gagal. Lagi satu ia beroperasi setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 3 petang hingga malam.

Jalan nak masuk ke Klonghae Floating Market ni macam lorong kecik. Jadi kena betul-betul tumpukan perhatian takut terlepas.
Ni dah masuk ke lorong tu. Tudia punya detail.
Dah nampak kawasan letak kereta. Masa ni hampir jam 4 petang waktu tempatan.
Dah sampai.
Sebelum nampak floating market, kawasan ni jugak ada macam pasar yang turut menjual bermacam jenis cenderamata, makanan, minuman, permainan dan bermacam-macam lagi. Masa sampai ni Umar tidoq pula. Jadi terpaksa kami gunakan stroller untuk bawak dia. Tapi keadaan jalan dia sangat-sangatlah tidak sesuai sebab dia macam batu kecik-kecik. Berhabuk habis roda stroller Umar dilitupi debu-debu warna putih. Nak tolak stroller pun satu hal. Jadi nasihat aku takyah la bawak stroller. Dukung je lah.
Ada jugak tempat main tikam. Tikam ni aku rasa istilah yang ramai orang faham kot. Bagi yang tak faham kita beli dulu apa2 contohnya keropok ka pastu kat dalam ada nombor. Kalau nombor kita naik dapat la redeem hadiah. Dulu kecik-kecik aku duk main la. Ingat lagi hadiah yang paling hebat aku pernah dapat hasil main tikam ni adalah jam tangan Gaban.
Ok masa ni dah rimas dah sebab sukar sangat nak tolak stroller. Tengok la roda dia. Punya la berhabuk berdebu.
Ini antara keunikan floating market ni. Ada jual gelas tembikar daripada tanah liat yang berbentuk pelbagai jenis corak dan karakter kartun yang sangat menarik. Beli ayaq dia letak dalam ni dan kita boleh bawak balik bekas ni.
Antara yang menarik perhatian aku. Jagung kaler-kaler. Tapi mak mertua aku habaq "elleh banyak aih orang duk juai kat sini (Bagan Serai) dulu-dulu ni". Ok fine.
Masa ni aku dah pi hantaq semula stroller dalam kereta. Lagi satu jangan keliru dengan baju Umar dalam gambaq ni. Ni gambaq yang aku snap masa nak balik dah. Bila nak jalan balik baru perasan ada signage ni.
Ok let's cekidaut this floating market. Ramai sungguh orang Malaysia.
Tiba-tiba dia jadi takut. Mungkin tengok orang ramai sangat kot.
Lepas jalan-jalan tengok makanan yang dijual atas sampan teringin la nak merasa. Ada meja dan bangku kayu disediakan berhadapan dengan sampan-sampan. Mula-mula beli bihun tomyam. Macam menarik aja. Kemudian beli roti bakaq pun macam menarik. Tapi satu kesimpulan aja. Rasa makanan kat sini memang hampeh. Ntah rasa busuk macam mana ntah. Bihun tomyam tu serius satu suap ja masuk dalam mulut pastu dah takleh pi dah. Pastu beli ais coklat sebab nak bekas bentuk ikan tu. Pehhh ais jenis buat sendiri yang macam kita buat letak dalam peti ais kat rumah tu. Pastu dia tuang coklat syrup kat atas. Wekkkk serius loya. Pastu aku beli jagung yang mcm Nelson's tu. Ok la boleh la diterima. Last sekali try sotong bakaq. Hurmmmm biasa-biasa ja. Sotong liat. Jadi kesimpulan aku makanan kat sini tak sedap. Nampak ja cara hidangan depa menarik sebab kreatif dan warna-warni. Mungkin faktor air sungai kot sebab aku tengok sungai pun wekkkkkkkkkk dah macam apa ja.
Mas ni Umar dia masuk tangan dalam beka ikan tu pastu tuang atas kepala dia. Oh my son. Awat hang buat lagu tu?????

Ruang solat disediakan.
Pandangan dari atas jambatan.
Dari jambatan ni kami berjalan menuju ke arah macam satu pasar malam kat seberang sana. Atas jambatan ada sekumpulan remaja Muslimat meminta derma.
2 comments:
Kat situ memang ada segelintir yang makanannya tak sedap. Kalau nak yg sedap hang kena pi kat gerai2 dalam tu.....ayam goreng dia malatop....mee hoon pun sedap.
Worait tapi ntah bila akan pi semula ke tidak dah
Post a Comment