Monday, February 13, 2012

Memandu ke Hatyai

Bagi orang Perlis memandu ke Thailand adalah lumrah kehidupan. Memandangkan konsep jiran muafakat membawa berkat jadi sebab itulah perkara sebegini boleh terjadi. Ayat. Kalau masuk ke sebelah pekan Siam memang aku dah biasa memandu tapi haritu masa balik bercuti aku decide nak drive ke Hatyai. Selama ni kalau pi Hatyai kalau tak naik van mesti tumpang orang. Yang pasti bukan aku yang memandu lah. Perjalanan daripada pos imigresen Thailand sebelah Padang Besaq ni ambil masaa lebih kurang 45 minit sahajjor.

Bagi kenderaan Malaysia nak drive masuk ke Hatyai dan lain-lain kawasan lebih jauh diwajibkan buat insurans. Tempoh insurans ni samada untuk seminggu ataupun sebulan. Boleh ja kalau tak buat insurans tapi kalau jadi apa-apa kat sana sendiri tanggung la. 
Tempat nak buat insurans ni memang bersepah kat Padang Besaq ni. Aku pi kat kedai sebelah deretan perhentian teksi bersebelahan dengan Maybank Padang Besar.







Aku buat insurans untuk tempoh seminggu dengan bayaran dikenakan sebanyak RM18. Cuma perlu kemukakan salinan fotostat geran kereta. Itu sahaja. Tak sampai 5 minit siap.




Siap buat insurans haruslah tukaq duit. Kat tepi-tepi perhentian teksi ni ada sorang pakistan/india yang boleh uruskan. Walaupun dia hanya ada meja dan kerusi nampak macam lekeh tapi sebenarnya sangat-sangat ramai dan terkenal di Padang Besar. Ingat lagi aku masa kecik-kecik dulu bapak aku duk tukaq duit kat dia masa tu dia ada kedai seberang jalan perhentian teksi ni. Tapi sekarang deretan kedai-kedai tu dah dirobohkan untuk tujuan pembangunan.





Beginilah rupa dokumen insurans kenderaan yang telah siap. Satu lagi sebelum masuk Thailand ni isi la minyak kasi penuh-penuh sebab minyak kat sana mahal ya ampun.



Menuju ke Kompleks Imigresen Padang Besar.





Selesai urusan menuju ke Padang Besar Customs House nama diberi. Kat sini bila park kereta untuk cop passport ada la 2-3 orang Siam ni gatai nak tolong isi arrival/departure card kita. Nak senang bagi ja depa isi bayaq RM1 untuk satu passport. Buat duit betui depa ni. Satu lagi masa duk cop passport kat imigresen Siam ni depa akan mintak RM1. Terpulang la nak bayaq ke tak. Macam aku, aku bayaq je.

Dah selesai semua, jom drive.

2 comments:

Kasih Salina said...

sama la kalo kat area changlun ni rm18 gak tuk buat insurance..kami pun nk try drive sndiri for the 1st time..tp risau kot x jupe jln jer..nak tanya Encik Sepul ni,senang ker nk cari jln n drive heading to hatyai..

nurmasmaju said...

Insurans kereta motosikal van ke Thailand

http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1