Minggu lepas berada di Kuching atas urusan rasmi. At last dapat jugak outstation ke sini. Kali pertama sebenarnya ke sini atas urusan kerja. Dalam erti kata lain pertama kali mai ke Kuching dengan tidak perlu membayar tambang kapal terbang. Period.
Kenapa setiap kali naik pesawat ni aku mesti bau muntah?
Tempat penginapan pula terletak sejauh sejam perjalanan menaiki keerta daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. One Hotel Santubong nama diberi. Lokasi terletak berhampiran Kampung Kebudayaan Sarawak di Gunung Santubong. Jauh ke dalam sebenarnya. Apawatla tak buat hotel dalam town saja. Boleh jugak keluaq jalan-jalan.
Hotel bersebelahan dengan laut. Malangnya nak turun ke bawah tak boleh. Takdak jalan. Ok ada sebenaqnya tapi kena menapak jauh keluaq ke jalan besaq dan masuk ikut padang golf kat sebelah hotel ni baru la dapat menuju ke pantai.
Meskipun menyajikan pemandangan dan suasana persekitaran yang mengasyikkan, namun begitu aspek kualiti sajian makanannya sangat-sangatlah mengecewakan. Tak sedap. Tak cukup rasa. Tak cukup pedas. Bagi aku memang serba serbi tak kena. Tapi perut kampung. Semua telan. Janji kenyang walaupun tak puaih. Jauh di sudut hati aku mengharapkan hotel ni menyediakan makanan signature Sarawak seperti ikan terubuk masin,laksa Sarawak, mee kolok ataupun kek lapis. Setidak-tidaknya sekali cukup la. Ni takat breakfast buat sosej, teloq scramble,buah dengan ayaq oren aku pun buleh buat.
Salah satu intipati agenda tugas rasmi di sini adalah membuat kerja lapangan di sebuah perkampungan berhampiran Santubong ini. Kami menuju ke Kampung Buntal Ulu. Sebuah perkampungan nelayan.
Dah sampai. Paneh oi.
Dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Grup aku 2 orang saja. Nasib la dia orang Sarawak. Paham sikit la dialek tempatan.
Awek baju biru ni la partner aku. Semangat sungguh dia. Aku tumpang selit la 2-3 soalan.
Kanak-kanak riang nak pi main layang-layang.
Selesai buat kerja singgah minum sat.
Pemandangan depan kedai.
Balik lepak atas katil.
Perut lapar tidak terperi. Apakan daya sekali di coffeehouse menyajikan makan....hurmmmm. Huk aloh !
Bersama kawan lama Hj Nadziri. See ya Haji.
4 comments:
weyyyyyyyyyyy pokok kat dlm gambaq lawa nak mampoih oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!
Oo, muntah. Dok kat bisnis klas.
Mcm cun ja awek baju biru tuh.
Awat hang nampak macam sikit borrrr..?
Ka sbb angin panaih kat pantai tuh..?
Puteri sentubong
aku rasa yoniaq ni fetish kat pokok la
dajey woi kata aku boroy. ariam.
wey partner aku tu nama fatin. orang kuching tapi kerja kat bintulu. dia pegawai zat makanan. muka macam yy. muka jenih2 yy la jugak.
Post a Comment