Semasa berada di Bandaraya Johor Bharu tempoh hari aku ambik kesempatan makan The Famous Nasi Goreng Seafood Stulang. Kedai ni takdak nama. Tapi banyak orang panggil kedai bawah tangga.Sebelah kiri 7 Eleven ada kedai runcit dan jugak sebelah bundle kasut. Lokasi deretan rumah kedai ni terletak lebih kurang 300 meter sebelum The Zon Stulang.
Order air limau. Fuhh memang mantap. End up 2 gelas aku order.
Nasi goreng seafood dalam daun pisang. Banyak udang dengan sotong. Nasi dia ok sedap la. Tapi tak la sampai memang sedap gila kan. Mungkin sebab balut dengan daun pisang kot. RM8 harganya.
Ikan kerapu bakar. Standard rasa ikan bakar lah.
Turut berada dalam senarai menu ialah sotong bakar. Ok yang ni sedap. Sotong yang mantap. RM15.
Kesimpulannya kedai ni keistimewaannya makanan dibungkus dengan daun pisang. Seafood yang sungguh segar. Tapi lepas balik makan dari kedai ni terbaca satu forum. Hurmmmm terus kembang tekak aku. Takpalah masa makan ni tak tau lagi. Ni lepas dah tau kena lebih berhati-hati.
6 comments:
Forum ape?bleh share bru nk pg makan kt sane
Enciksepul...share lah pasal kedai ni...curious nak tau jugak ni
satu sahaja tak suka pergi sini, nak parking harus pusing dua tiga kali
Apa forum tu ckp... ingt nak pergi....
Servis teruk + kedai cina komunis..kedai mcm ni aku xkan promote
Servis teruk + kedai cina komunis..kedai mcm ni aku xkan promote
Post a Comment