UiTM ditubuhkan pada tahun 1967. Sebelum itu ia dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA pada 1956 hingga 1967.
Aku mendaftar masuk UiTM pada bulan Julai 1999. Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Itulah fakulti aku. Aku berada di sini sehingga Jun 2004. Diploma dan Sarjana Muda. Pada masa tu bidang Sains Sukan ni agak asing jugak. Bapak aku berat hati nak bagi kebenaran aku ambik course ni. Itu dulu. Rezeki Allah nak bagi. Aku dah buktikan kat dia.
Hampir 8 tahun tinggal. Dah banyak berubah. Banyak sangat.
Pernah menapak naik bukit ni dulu.
Menara. Bas akan berenti di sini. Naik tangga pi library PTAR. @cikalzan , @ajimashaary , @cheQis , @cekburn tau la kan? kan ? kan?
Jejantas HEP.
Banyak kenangan kat tangga ni.
Satu-satunya kolej kediaman pelajar lelaki dalam kampus. Perindu atau lebih dikenali sebagai Perinzoo. Bila awek lalu saja penghuninya akan bersorak. Tapi tak semua la.
Jalan menuju ke fakulti aku dulu. Lebih dikenali sebagai Sekolah Tamil.
Suatu ketika dulu menjadi Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Sekarang ni dah jadi Makmal Alam Sekitar. Dewan Kuliah tapi jalan. Bila bas lalu bergegaq habis cermin dewan. Ngeri. Pernah jugak ulaq masuk Dewan Kuliah.
Antara style dress up zaman tu :
- pakai sandal Teva atau Reef dengan stokin.
- pakai topi jenis full cap
- pakai kemeja Hawaii bunga besaq-besaq
- pakai t-shirt kemudian sarung kemeja kotak-
kotak
- pakai kasut Converse
- pakai jeans Silver Tab
- pakai baju Fred Perry
- pakai Dockers bundle
Pernah ada kelas kat sini bagi subjek Fundamental of Fitness.
Padang Kawad. Dulu masa part 1 dengan part 2 masuk Kesatria kena berkawad setiap hari Rabu. Sapa yang masuk Kesatria juga dikenali dengan nama Katak Hijau. Bila berjalan balik orang duk bunyi katak. Onnnn Onnnn ...!
Menuju ke Kompleks Sukan.
Rindunya aku dengan Kompleks Sukan UiTM.
Pusat Bahasa. Masa degree diwajibkan ambik bahasa ketiga. Aku ambik Bahasa Thai. Lecturer dia comei gila. Aku rasa paling comei lah antara kebanyak lecturer yang aku penah jumpak.
8 tahun berlalu.
Minggu lepas aku kembali sebagai penceramah jemputan. Terlalu rindu aku dengan saat ketika bergelar pelajar UiTM.
4 comments:
masa saya belajar sini tahun 2007 pun masih digelar sekolah tamil. hihi.
Kesian kat fakulti saya
haaa..rindu gaban siot kat uitm. xnaik bas. naik scoot ekzos kuat kalah mat rempit..hihih
tudiahh mat scoot. aku naik ex5 jer. masa part 6 je baru dapat kancil hihihi
Post a Comment