Wednesday, November 16, 2011

Ada ni..tak kemana pun


Hai. Abah saya ada je tak kemana pun. Antara sebab dia tak update blog ni sebab sibuk duk menjaga dan melayan saya la. Sekarang saya dah besar. Lagipun saya dah boleh berjalan la. Kesana kemari pusing sana pusing sini dengan tangan saya lagi duk capai barang-barang kat rumah. Jenuh la abah saya duk kepung saya. Saya seronok.

Sebenarnya dua tiga bulan kebelakangan ni abah saya sibuk la. Mula-mula saya ingatkan abah saya tu Perdana Menteri ke artis ke sebab sibuk sangat. Boleh kata setiap minggu ada saja outstation sampai 4 - 5 hari. Tinggal la saya dengan ibu. Tapi saya faham. Abah saya sibuk pun dia keluar rumah cari rezeki untuk membesarkan saya. Takpa saya boleh jaga ibu saya. Setiap hari kalau abah saya pergi outstation mesti dia akan telefon ibu dan kemudian cakap dengan saya. 
Saya seronok.

13 November tempohari umur saya dah cukup setahun. Best. Nanti abah saya nak bawak saya dengan ibu gi jalan-jalan jauh. Bestnya.

3 comments:

FareeZan said...

dah besar anak abah! nk no talipon awak boleh tak >.< psst jgn bitaw abah awak taw!

Miss Nazla said...

selamat hari lahir anak ibu & abah. semoga jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup

Anonymous said...


uncle suka entry ni..
Pandai umar no!

Happy birthday to umar syadiq saiful adli..



Uncle