Wednesday, December 07, 2011

Escape to Saigon 1

Assalamualaikum. Lama aku tinggalkan blog ini. Menjengah ke hujung tahun sibuknya lain macam. Hampir tiada hujung minggu untuk aku.

Namun demikian...ceh ceh namun demikian ! 27 November haritu sempat melarikan diri ke Ho Chi Minh, Vietnam. Biasa la tiket beli awal tahun. Nak murah sangat jadi flight berlepas jam 6.20 petang. Lebih kurang 2 jam kemudian sampai la ke Tan Son Naht International Airport. Nak masuk Vietnam ni tak memerlukan kita untuk mengisi arrival card seperti kebanyakan negara lain.

Sebenarnya aku nak terberak sangat-sangat dah dari atas flight tadi. Lepas ja cop passport lepas kastam apa semua aku terus cari tandas. Fuh lega. Tapi lega tak lega sangat la tandas depa bukannya ada paip ayaq. Nasib baik la ada 2 botol ayaq mineral dalam sling bag aku. When nature calls..anything is possible right?




Kasut seperti gambar diatas secara tak rasmi menjadi kasut travel aku. Teringat lagi masa kat Hong Kong bila masuk hari keempat kat sana kasut ni dah mula berbau macam haram jadah. Ya la seharian duk pakai tak jemoq panas tak semboq pewangi kasut. Masa hari kelima tu dah la nak beli kasut so kena la bukak kasut yang duk pakai ni hambik berbau satu kedai.

Lepas menunaikan hajat terus jalan keluaq epot ni dan tuju ke sebelah kiri nak cari taxi stand. Menurut kajian aku kita perlu ambik taxi yang boleh dipercayai saja iaitu Vinasun atau Mai Linh. 



Tapi malam tu aku tak berupaya mendapatkan servis kedua-dua syarikat taxi ini. Cuak. Bila tanya nak pi city centre depa kata tak pi sebab dah malam. Ah sudah. Nak tak nak aku gagah diri jugak pi tanya Saigon Airport Taxi. Aku ambik innova dia kata USD30 ke city centre. Ok setuju. Rate untuk ke sana lebih kurang 20USD hingga 30 USD. Perjalanan mengambil masa 20 minit bergantung kepada trafik. Terus saja menuju ke Lan Lan Hotel 1. Hotel ni ada dua cawangan satu Lan Lan Hotel 1 satu lagi Lan Lan Hotel 2. Terletak bertentangan saja. Hotel ni lebih kurang 200 meter ke tempat membeli belah paling terkenal di Ho Chi Minh iaitu Ben Tanh Market. Sebenarnya hotel ni jugak menjadi tempat penginapan krew Rasa Halal Vietnam yang mana Farah AF Breep Breep jadi pengacara. 3 star USD 49/nite. Breakfast + fridge, water heater, aircond, lcd tv dengan channel espn, star movies, axn, BBC, CNN, Nickelodeon dan beberapa channel tempatan. Sounds good? Ok la kot mungkin banyak lagi hotel yang murah-murah bergantung kepada pilihan masing-masing. 




Masa cek in receptionist kata kena simpan passport kat dia sebab mesin fotostat problem tak boleh nak guna malam tu so esok baru boleh bagi. Aku berkeras jugak nak passport balik. 10 minit jugak la pung pang pung pang..last2 dia mengalah suruh bellboy dia pi fotostat dan dapat balik malam tu jugak. Passport tu. Baik hilang duit jangan hilang passport. Ok yang lebih elok baik jangan hilang passport dan jangan hilang duit. Jaga lah elok elok. Kat sini jugak aku terus beli pakej 1/2 hari ke Chu Chi Tunnel pada keesokan paginya. Harga 9USD untuk seorang (pengangkutan + tour guide) harga tak termasuk entrance fee. Ntah aku lupa pulak berapa ringgit ntah nak masuk ke sana. Masa ni dah jam 10 malam tapi kat sana lewat sejam macam jam kat Thailand jugak. So naik bilik mandi solat rehat-rehat sat turun semula.




Jalan kaki lebih kurang 200 meter maka sampailah ke Ben Tanh Nite Market menurut kata orang tempatan. Bagi aku nite market ni tak ubah seperti uptown kat Danau Kota, Kota Damansara dan lain-lain tempat. In fact aku rasa uptown kita lagi menarik. Barang-barang yang dijual hampir sama ja mungkin ada la 2-3 gerai yang unik.  Nite market ni terletak betul-betul di sebelah Ben Tanh Market. Barang yang sama jugak ada dijual kat dalam tu. Cuma Ben Tanh ni dibuka jam 7 pagi hingga 6 petang waktu tempatan.

Cuma yang aku perasan para peniaga perempuan di sini berpakaian agak sendat dan depa pakai push up bra untuk menampakkan lurah dan bonjolan buah dada lebih jelas. Betul tak tipu. Mungkin itu antara strategi depa untuk menarik pelanggan lebih-lebih lagi lelaki. Depa juga pandai cakap Bahasa Melayu. Kedengaran kiri dan kanan depa panggil "Abang Malaysia..mai beli mulah mulah baju " Dan ada yang lebih agresif akan tarik tangan dan pegang bahu duk pujuk suruh beli. Pheww. Tapi ntah serius takdak nafsu sebab persepsi aku mengatakan depa ni agak selekeh dan masam. Boleh terbau ketiak depa yang macam haram pastu dengan muka berminyak lagi .Erhhhh. Tapi tak semua la. Ada jugak yang ok. Maaf kepada sesiapa yang mempunyai pertalian saudara atau rakan dengan mereka. Ini pandangan peribadi aku. Lebih kurang sejam jalan-jalan kat sini berjalan pulang ke hotel. Soal keselamatan waktu malam di sini bagi aku ok la kot. Berjalan dalam kumpulan. Tapi kena jugak berwaspada. Sebelum aku mai sini ada jugak beberapa orang cakap depa ni suka tipu orang la, banyak itu la banyak ini la. So far setakat ini ok takdak masalah lagi. Balik tidoq esok pagi ke Chu Chi Tunnel. Nanti aku sambung.


No comments: