Entry sepatutnya betul-betul lepas aku balik dari sini. Dengan gigih edit apa semua last2 bila nak update line internet kaput. Laptop kaput. Everything goes wrong. Terus jadi malas nak blog. Serius. Malas. Nak baca blog orang pun aku dah malas. Don't know why. Lately aku addicted dengan website news. BBC especially. Faktor umur kot. Tapi aku rasa rileks betul dapat jamah feeds daripada BBC ni. All sort of news to me are very interesting. Don't know why.
Pernah try update guna tablet. Duhhh. Tak payah lah. Aku bukan sabar sampai to the extend. Ok cut the crap.
Pertama kali seumur hidup sampai sini.
Menginap di Century Pines Resort
Nice room with nice view. So relaxing. Sunyi sesekali disulami bunyian unggas dan cengkerik dari rimab berdekatan. Tanya bellboy, takda ekon ke dik? Dia balas "kat Cameron ni semua hotel takdak ekon cik" . Demmm malu aku. Baru aku tau. Bila hari dah petang nak memasuki senja sejuknya bukan kepalang. Itu yang aku rasa. Ya la tak pernah sampai Cameron. Genting pun dah berapa tahun tak pi.
Malam dinner di kedai apa nama ntah. Bertentangan dengan starbucks & marrybrown. Kedai ni tingkat atas. Telefon tanya kawan steambot kat kedai mana yang paling mantap.
Rasanya biasa sahaja. Takda apa yang istimewa. Sos dia pun biasa ja. Hebat lagi Ketam Village kat Ikano Power Center Mutiara Damanasara. Harga set untuk dua rang macam ni RM35 kalau tak silap aku.
Keesokan pagi bangun awal bawa Umar pi jogging sekitar kawasan Tanah Rata hadapan hotel ni. Cakap keluar asap menandakan kedinginan suhu di sini. Suka betul aku. Sangat rileks, sangat tenang dan sunyi.
Aku suka lompat tali sekarang ni. Kalau outstation ke atau ke mana-mana i just loved to skip. Good for your heart. Tapi kena extra careful sebab easily effect lutut dan tapak kaki.
Lepas bersenam lebih kurang makan di coffeehouse.
Biasa-biasa saja seleksi makanannya. Standard hotel lah kan.
Lepas makan balik bilik rehat-rehat keluaq la meneroka keindahan Cameron Highlands ni.
Menuju ke Ladang Teh Boh di Sungai Palas
Jalan yang sangat sempit. Ngeri jugak.
Breath taking view
Ruang parkir
Teringin jugak nak merasa teh yang segar. Rupanya mahal nak mampus. Memang ambik kesempatan betui depa ni. Sepatutnya lagi dekat dengan ladang / kilang teh mesti lagi murah. Ni cekik darah nak mampus. Tak ingat dah berapa harga tapi memang mahal la. Mahal-mahal pun masih ramai orang sanggup beratoq panjang. Termasuklah aku.
Terjumpak kawan kat sini. Baru ja selamat melangsugnkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. Nampak inai di jari masih merah menyala. Umar buat muka pelik.
Kat sebelah cafe tu ada muzium dengan kedai cenderahati teh boh. Harga tourists. Memang mahal. Tak beli langsung. Rupanya kat sini lah shooting Ombak Rindu buat. Pandai depa manipulate suasana bagi nampak macam opis. Lebih kurang sejam kat atas sini kami jalan turun semula ke parking kereta.
On the way nak turun tu nampak satu kawasan open space betul-betul kat ladang teh. Berhenti sat kereta snap gambaq cepat-cepat.
Dah petang sikit masa ni balik ke hotel rehat-rehat. Malam tu sekali lagi keluaq nak makan steamboat sebab tak puas hati makan malam sebelumnya. Kali ni lokasi tepi hotel apa benda ntah. Nampak macam happening dengan lampu neon warna-warni. Orang pun ramai. Tapi rasa nya....hmmmm hampeh. Teruih malaih nak cerita. Ok esoknya kami balik KL ikut Tapah. Dehhhhh pusing-pusing jalan. Teruih rasa macam tak mau pi dah Cameron Highlands. Ntah la kalau-kalau kena outstation ke sini suatu hari nanti.
1 comment:
Mahai sebab ombak rindew belakon tang tuh oi.
Ombak rindiew, gitew
Post a Comment