Monday, January 30, 2012

Gigih Balik Kampung di musim CNY


Jalan jem bukan kepalang. Demi nak balik kampung apa pun tidak boleh menghalang lagi. Cadang nak keluar rumah jam 3 pagi 21 hb Januari lalu. Sekali terlajak tidoq bangun jam 6 lebih. Siap-siap pukul 7 jugak keluaq. Sebaik saja mula keluaq Tol Kota Damansara sangat sangat pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Dah boleh nampak betapa hebat dan dahsyatnya kesesakan. Deh. Gagah jugak la.




Terpaksa menjadi pengguna yang mementingkan diri. Aku bantai laluan kecemasan dari Sungai Buloh hingga ke Tanjung Malim. Just imagine. Decide nak ikut jalan dalam aku exit Tanjung Malim.




Nampaknya semakin ramai yang exit kat Tanjung Malim. Nak singgah tandas pun memang ramai sangat-sangat.



Singgah makan di warung kat tepi jalan kat Tanjung Malim. Makcik warung kata hari ni dah ramai singgah makan kat warung dia dan hampir keseluruhannya sama tujuan macam kami. Balik kampung.




Order teh ais, nasik lemak dan roti canai. Biasa saja.




Lalu di Pekan Tanjung Malim. Ingatkan jauh lagi nak sampai ke pekan dia. Kalau tau tadi singgah makan kat Pasar Awam ni pun takpa. Mesti lagi banyak pilihan makanan kan.



Jalan menuju ke arah Slim River.


Ni Pekan Bidor.



Lepas Bidor lalu Pekan Kampar.



Tiba di Pekan Gopeng. Ada satu yang menarik perhatian aku kat Gopeng iaitu ada struktur Paip Besar Gopeng. Tak pernah dengar pulak pasai benda ni.

"Gopeng juga mempunyai kesan sejarah perlombongan yang hampir pupus iaitu paip air gergasi. Batang paip besi dan laluannya sepanjang yang dianggarkan 14.5 kilometer batu itu pernah menjadi mercu tanda Gopeng ketika era kegemilangan industri perlombongan tetapi kini dipandang sebelah mata sebagai ‘besi buruk’ yang langsung tiada nilainya.
Jika dikira usianya, dianggarkan sudah lebih 160 tahun tetapi mungkin bagi pihak berkuasa tempatan, paip itu hanya suatu yang menyemak mata memandang dan perlu dibuang tanpa sebarang usaha mengekal atau menjadikan sebahagian daripadanya sebagai bahan sejarah." Berita Harian 3/5/2010
 
 
 

Kami masuk semula ke lebuhraya daripada Simpang Pulai sebab tengok sepanjang laluan kat lebuhraya dah mula lancar.




Exit Bukit Merah sebab jalan baru yang menhubungkan ke Alor Pongsu sudah siap. Jimat hampir 45 minit sebab selalunya akan exit Kamunting lepastu guna jalan biasa nak ke Bagan Serai dan Alor Pongsu. Memang terasa sangat dekat bila jalan ni dah siap.




Setelah hampir 6 jam memandu barulah selamat tiba ke kampung halaman. Kampung bini daaaaaa.

No comments: