Aku pun tak paham nama kedai ni. Masa balik kampung kebetulan lalu di kawasan ini singgah sebentar sebab mahu makan. Kedai ni terletak tidak jauh dari persimpangan lebuhraya utara selatan.
Ramai sungguh orang. Sedap kot. Cuba sajalah. Kedai pulak betul-betul tepi jalan jadi parking kereta pun sebelah kedai ja. Aku ambik keputusan mau parking berhadapan dengan kedai ni iaitu di premis stesen minyak Mobil. Ramai jugak orang parking di situ.
Berikut merupakan hidangan makanan yang kami pesan pada hari itu.
Satay. Sangat mantap!
Mee Udang. Agak kurang mantap. Kuah cair. Kalau bahasa utara... kuah cayaq!
Sotong kangkung. Agak kurang mantap sebab kuah manis!
Kueytiaw goreng. Ini sangat mantap!
Betul-betul di sebelah sawah padi. Hai rindunya kampung. Suatu hari nanti pasti aku akan kembali berkhidmat di kampung. Pasti. Inshallah.
Terletak di hadapan kedai ni ialah Ida Mee Udang yang mana menurut orang tempatan depa kata satay di sini lagi mantap. Beliau juga berkata kalo dia oda guna talipon saja. Hebat. Orang tempatan itu sekarang berkhidmat di Kepulauan Borneo. Agak lama jugak dia tak balik kampung.
8 comments:
aku pun tak paham kenapa nama dia aziz mee pak ngah.kenapa tak mee aziz pak ngah ker atau whatever lah.
pening!
aku pun tak paham kenapa nama dia aziz mee pak ngah.kenapa tak mee aziz pak ngah ker atau whatever lah.
pening!
sepatutnya pak ngah aziz mee atau mee pak ngah aziz
Rindew sama penulis blog ini..
Assalammualaikum, maaf jika mencelah. owner kepada Aziz Mee Pak Ngah sg Dua ni adalah abg spupu saya. Kami cucu kpd Pak Ngah (yang dulunya terkenal dgn Pak Ngah mee udang). Aziz adalah nama kepada owner, beliau meletakkan nama "Aziz Mee Pak Ngah sg Dua" untuk tidak mengelirukan orang orang kampung sbb banyak sgt duplicate nama tokwan saya ni "mee udang pak ngah". Kamilah pewaris sebenar mee udang pak ngah sg.dua. Wsalam. :)
simple! tu pun x paham depa ni..sy pun membesaq kat Sg.Dua..umah sebelah sekolah kbgsaan tu..dulu mmg mee pak ngah tu la plg top! xdak saingan pun..la ni br smua dok duplicate tp rs x sama lgsung pun! sekian..wassalam
kedai pak ngah yg asal betul2 kat deretan kedai pekan sg.2 tu..x silap sblah kdai runcit apek tu..bertentang dgn simpang nk msk jln Permatang Sg Dua..
cuba plak lid mee pak ngah, abang kepada owner mee pak ngah.
Post a Comment