Thursday, June 14, 2012

Pesta Perlis

Teruja bila dapat tau ada Pesta Perlis kat Menara KL bermula 7 hingga 14 Jun 2012. Apa lagi anak jati Perlis ni tak melepaskan peluang singgah mai jenguk apa yang ada.





Kali kedua aku mai Menara KL.





Parking sejam pertama RM3.






Agak hangat masa ni. Jam 12.30 tengahari kot.






Kawan-kawan tahukah apa maksud warna pada bendera Perlis? Begini, warna kuning merupakan simbol pemerintahan beraja D.Y.M.M Raja Perlis. Warna biru pula menggambarkan rakyat jelata. Sekarang kawan-kawan sudah tahu bukan?


Nota : Saya memang tau maksud warna tersebut dan tidak merujuk kepada mana-mana rujukan sebelum menulis entry ini. Percayalah.





Bagaimana pula dengan Jata negeri Perlis? Terdapat dua lekuk tepi perisai yang menggambarkan padi sebagai hasil utama negeri Perlis selain tebu. Perisai tu pula sebagai lambang kehormatan negeri Perlis.


Nota: Maklumat di atas pun saya tidak merujuk kepada mana-mana sumber sebelum menulis. Saya memang ingat apa yang cikgu saya pernah ajaq dulu.





Persembahan oleh petugas Taman Ulaq Perlis.





Ramai pak arab duk ambik gambaq dengan ulaq.






Tak sedap.





Laksa Kuala Perlis.






Haram tak sedap. Apadia jual laksa tak sedap macam ni kat Pesta Perlis?? Buat malu aja. Patut depa ambik Laksa Kak Su atau Laksa Fatinnaz Corner mai sini.





Tudia orang kampung aku. Bangga.





Geng Gendang Terinai depa angkut jugak mai sini. Syok sungguh brader yang baju belang tu aku ambik gambaq dia.






Apa tengok- tengok? Ada masalah?

 


Agak sedikit kecewa sebab tak banyak mana pun. Ada jugak dijual pekasam, produk kraftangan dan kerepek-keripik.

Sebenaqnya produk Perlis yang paling terkenal dan unik ialah Mempelam Harum Manis. Malangnya tahun ini buah ni tak menjadi sewaktu musim dia. Kalaulah buah harum manis ni dijual memang lagi ramai lah pengunjung yang mai. Confirm. Pasti. Konfiden.




2 comments:

Anonymous said...

Abang oram perlis..?

sepul said...

ya