Thursday, January 19, 2012

Lingerie punya cerita


 Daripada Seremban 2 kami plan nak terus balik rumah saja. Tiba-tiba kat simpang Sunway Damansara nampak banner warehouse sale pakaian dalam. Apa lagi mak encik ajak aku singgah. Tempat dia kat dalam kawasan perindustrian kat area-area Sunway Damansara lah. Kalau daripada IKEA tu terus saja masuk terowong nampak Houz Depot belah kiri pastu trafic light kedua lepas tu masuk kanan.




Orang tak ramai sangat. Nampaknya lingerie (baru aku tau sebutan betulnya adalah lon-jeray) sahaja yang ada. Untuk lelaki nggak ada. Turun la jugak walaupun ada sikit malu-malu kucing parsi di muka ini. 




Dah nama warehouse sale memang murah sangat la kot aku rasa. Seleksi bra dgn spender dari jenama CK, AIX dan lain-lain semuatu lebih kurang RM5-20 aja. Borong sakan la.




Dua orang lelaki yang termanggu-manggu sementara menunggu bini habih shopping. Terpaksa keluaq dari kereta sebab panas. Pasang ekon pun takleh sebab macam tak selesa. Ok apa turun tengk amoi-amoi duk fitting bra kat dada depa.