Wednesday, January 18, 2012

Peluh di City Park Seremban 2


Setiap hujung minggu dan lain-lain cuti (Sabtu dan Ahad) aku akan pastikan masa aku dan Umar Shadiq sekitar jam 6.30 pagi hingga 9 pagi dihabiskan untuk aktiviti kecergasan. Tudia kecergasan ayat kerajaan sangat.

Lepas balik dari The Curve beli selipar Umar hari sabtu haritu ntah macam mana nak tergerak pi Seremban 2. Rumah kakak di sana. Esok pagi dah bangun sekitar 6.45 pagi siap-siap bawak budak kecik ni lebih kurang 6.55 pagi dah sampai. Sepelaung ja rumah dengan City Park Seremban 2 ni.




Ni kali ketiga aku bawak Umar mai sini. Seperti baisa memang ramai orang. Mungkin sebab hari Ahad.








Satu pusingan tasik kat sini sebenarnya lebih kurang 500 meter lebih saja. Kecik aja. Boleh la buat beberapa kali pusingan. Macam biasalah sambil aku lari slow-slow aku tolak stroller Umar. Dah buat macam ni sejak umur dia 10 bulan lebih. Suka dia.







Pagi tu turut serta dengan kami ialah anak buah dengan tuan rumah la. Tu yang bawak raket badminton boleh la main bagi berpeluh lagi dengan jayanya. Lepas lari selalunya aku akan buat lompat tali sikit. Very effective and practical way to sweat. I mean a lots and lots of sweat. Tapi kena hati-hati lah sebab kalau salah teknik nanti mudah sangat cedera kat lutut dan bahagian kaki kita.




Sedang Umar dilayan oleh tuan rumah pi tengok fish...aku dengan anak buah main badminton.

Dah lama jugak aku tak lari seorang. Tapi tak kisahlah aku enjoy sangat lari sambil tolak stroller. Masa ni sempat jugak aku habiskan 5.7 km. Umar pun suka tak banyak ragam. Kalau boleh nak ja aku buat setiap hari macam ni kat dia. 

Kalau setiap pagi aku nak pi kerja dia akan bangun sama-sama masa aku cium dia terus nak aku dukung ingat nak bawak pi taman.Ibu dia duk eksplen tiap-tiap pagi hari ni tak boleh la Umar. Tunggu hari Sabtu ni ye. Petang ni kita main kat taman. Tapi Umar masih menangis. 

3 comments:

yonna said...

tuddiaaa baca barih last teruih ada ayaq kat mata :'(

sepul said...

tudiaaa hati umpama kristal

Anonymous said...

Tibah2, ayat penutup umpama novel yg mengaantung cerita, membuatkan pembaca ternanti nanti kedatangan sambungan cerita seterusnya..