Tuesday, January 17, 2012

Selipar baru

Masa kat Jalan Bellamy bila Umar dah start boring merengek-rengek bawak la dia jalan-jalan ka depan tu. Perasan kasut dia dah macam nak pecah. Kaki kembang. Bulat. Macam roti burger.




Lepas selesai makan, balik semula ke Mutiara Damansara. Biasalah hari kerja ka hari cuti ka memang kami duk menempek kat area situ aja. Jarang sesangat sangat nak mai belah KL ni melainkan ada hal penting. Jalan-jalan kat Curve masuk FOS ternampak selipar untuk budak kecik nih. Ni kalau tak silap aku selipar ke dua dia selepas yang dia pakai la ni. Memang aku jarang sangat beli selipar. Kasut pun dia ada 2 sahaja. Tak perlu banyak-banyak kot untuk dia. Tapi kalau baju dengan seluaq hurmmm memang banyak gila.




Tadaaa... RM20. Saiz S. Boleh la takat nak pakai pi main kat taman. Selipar bapak dia ada tulih twitter pemberian daripada seorang sahabat nun jauh di Miri.



Hurmmm bila dah bagi berjalan dengan kasut baru bukan main lagi. Berlari-lari menjerit. Ntah apa la yang di duk seronok sangat. 

Kesimpulannya i love umar.

3 comments:

Leez M. Saaid said...

wahhh...cantiknya selipar dia. Takleh pinjam sebab kecik tak muat....tapi leh pinjam selipar bapak dia tak???

sepul said...

selipar saya ada tulih twitter pemberian abang niklinodin.

Anonymous said...

Umar jalan ala ala genster.
Kaki bapaknya macam carls jr beger