Hai kawan-kawan. Kita bertemu kembali dalam ruangan alam maya ini. Terima kasih kerana sekali lagi telah memilih untuk membuka laman blog saya. Kali ini saya nak ceritakan pengalaman saya pergi makan di tempat kegemaran saya yakni di Gulam Mee Kota Damansara. Ia merupakan satu restoran yang sangat popular di sekitar Kota Damansara mahupun di kawasan Petaling Jaya ini. Dah banyak kali saya mai makan kat sini. Memang mee goreng dia mengikat saya la. Sumpah sedap. Pernah try tak mee goreng mamak yang pure? Pendapat aku mengatakan mee goreng mamak perlulah digoreng kering-kering, garing,ada cucur,tauhu,tauge dan beberapa lagi campuran. Lepas tu bila dihidang atas pinggan ia akan disiram dengan kuah pasemboq. Pehhhh ! Itu definisi mee goreng mamak asli bagi aku. Kalau kat Perlis ada la 2 tempat yang memenuhi selera aku. Kat Aloq Setaq satu tempat nama dia Mee Abu.
Ayuh berbalik semula kepada Gulam Mee di Kota Damansara. Masih ingat lagi pertama kali pi makan kat Gulam Mee. Dulu depa berniaga atas basikal roda tiga atau dipanggil kandaq. Ada la 3-4 biji meja kat depan pasar malam Kota Damansara. Tapi rasa dia sangat sedap. Pure mee goreng utara. Over? Ntah bagi aku depa punya mee goreng memang sedap lah.
Ini suasana Gulam Mee di Seksyen 7 Kota Damansara. Sentiasa dipenuhi oleh pelanggan.
Hari tu saja teringin nak try Sotong Kangkung. Makencik yang order kami makan sama-sama. Hmmmmmmmmmm lazatssss !!
Makencik makan kueytiaw goreng. Sangat sedap kot.
Bagi aku inilah killer menu kat sini. Mee goreng dia. Bagi aku memang sedap lah. Taktawlah tekak orang lain macam mana. Memang terasa mee goreng pure mamak punya.
Dah nama pun Gulam Mee kan mestilah mee dia yang sedap. Selain daripada makanan kat atas ni depa turut sama menjual nasik lemak daun pisang, nasi ayam, laksa,bihun sup, aneka sup dan lain-lain.
Jadi kalo nak tau lebih lanjut layarilah laman sesawang mereka di SINI. Kalo daripada LDP belok kiri selepas One Utama menuju ke Kota Damansara. Dari situ IKEA akan berada di sebelah kanan anda. Rapat sebelah kanan dan turun masuk terowong dan terus sahaja ke arah Kota Damansara. Terus dan terus sehingga jumpa Mc Donalds sebelah kanan dan lepas tu ada traffic light. Terus dan belok kiri memasuki kawasan deretan rumah-rumah kedai kat situ. Dari situ anda dah boleh nampak Gulam Mee di sebelah kiri anda.
Selamat mencuba kerana apa yang sedap bagi kita tak mungkin sedap bagi orang lain.
7 comments:
Sama-sama. Terima kasih sentiasa sudi share dengan kami. Terima kasih juga sbb bitau cmne nak ke Gulam Mee :)
gulam mee!! teringat kota damansara tmpt permainan ku dulu. heheheh.. :)
Miss..
sama-samaa. saya hanya merekemen tempat yang saya rasa best untuk kalian semua
Kak Aizura..
heee nanti mai sini habaq la kita pi pekena sesama
nanti try mee sotong kt padang kota,penang..lagi menyengat!!!
dah try tapi tak buat entry sbb tak ambik gambaq.
tak sedap lah mee sotong kat padang kota...pedas semacam.
aritu takdak rejeki hang nak bawak aku mai makan kat sini..bestnya nampak mee goreng itu!!
Post a Comment