Friday, July 29, 2011

Penang - Sg Petani Randomly

Sempat tidoq semalam kat rumah kemudian esok gerak ke Sungai Petani Kedah atas urusan rasmi jugak. Kali ni aku drive ja. Mula ingat nak ambik flight tapi nak turun Penang atau Alor Setar kedua-dua jauh. Nanti nak travel susah pulak. Kawasan urusan rasmi ni sedikit ke dalam.
Gerak lepas Zohor terus saja ke utara. Panas. Letih. Mengantuk. Semua ada. 


Lebih kurang jam 4.30 petang sampai lah. Lencong sebentar ke Pulau Pinang. Lapaq. Apa lagi cari la nasik kandaq.



Kali ni saja mai makan kat Line Clear. Lama tak mai makan sini.



Tempat makan pun dia upgrade sikit lah. Ada kipas besaq, bumbung pun dah cantik. Hiasan dinding ditutupi dengan banner besaq. Dah takdak lagi gambaq-gambaq selebriti yang pernah mai makan kat sini.



Kalau makan nasik kandaq ni lauk default aku. Ayam goreng, bendi, teloq rebus. Haritu mamak tu letak timun kat aku. Motip?



Alhamdulillah kenyang. Rasanya? Hmmmm Nasi Kandaq Beratoq masih bertakhta di hati aku. Rasa nasi ni agak berketul-ketul dan ayam dia tak berapa nak lembut. Kuah ok la. Kalau boleh memang nak Nasi Kandaq Beratoq lah tapi nak tunggu malam lama sangat. Aku letih dan tak larat sangat.



Masa duk layan line clear sempat BBM abam sorang ni. Nak jumpa dia sat nak bagi barang sket. Dia pun macam bizi gila lately tapi masih sempat curi-curi masa keluaq jumpa aku kat TESCO yang hanyalah sepelaung dari opis dia. Dekat gila. Beliau sekarang muncul dengan imej bermisai. Taste ke? Kalau taste pi la blog dia.



Jumpa dia lebih kurang 15 minit aku teruskan perjalanan aku ke Sungai Petani. Alhamdulillah lebih kurang jam 7.30 aku sampai. Duk pusing cari hotel niat nak tidoq kat Swiss Inn sekali terpandang hotel ni. Casa Lagenda nama diberi. Aku kona saja try tanya harga bilik biasa 2 katil single RM48. WHAT?? Ya RM48 aja. Dengan free wifi, fridge, water heater, ekon semua ada. Fuhh. Aku buat keputusan baik duduk sini aja. Save gila-gila. Tapi aku ambik bilik yang besaq sikit la RM68. Wifi dia kalau hangpa bukak YouTube memang takdak buffer lah. Smooth ja. Superb! Lagipun area sini best. Walking distance ja ke Village Mall. Kedai makan toksah cakap lah. Kiri kanan ada. Kalau nak tau direction dia apakata hangpa google saja atau cari depa kat Facebook.



Biliknya.



TV dan freezernya.



Toiletnya.



Malam tu lepas mandi apa semua saja jalan-jalan kat Village Mall ni. Ok la ada cinema, karaoke, starbucks dan sebagainya. Tapi sedikit boringlah. Malam tu tak makan pun. Aku beli roti potato balik bilik cicah neskapey panas. Tak rasa nak makan walaupun pelbagai aneka kedai makan bersepah kat kawasan sini.

Keesokan harinya pagi--pagi lagi aku dah keluaq nak mencari kawasan urusan rasmi aku ni. Taklah jauh pun lebih kurang 20 minit saja. Tapi berpusing-pusing jugak jalan dia. Area pekan lama Sg. Petani. Singgah maka kat warung depan ni. Macam best. Lama gila tak makan warung macam ni.



Ramai pekerja construction/kilang/kontraktor duk singgah makan sini.



Pagi tu aku melantak nasik lemak ayam 2 bungkuih, teh ais sama cucoq badak. Jumlah harga makanan RM2.60 saja. Hah? Gila murah dowww.

Selesai urusan rasmi kat sini lebih kurang jam 12 tgh hari aku gerak balik. Niat di hati saja nak menerai nasik kandaq kat lain-lain tempat yang aku belum pernah try. So aku google lah sebentar tengok tempat-tempat cadangan nasik kandaq sedap dalam Forum Cari. So bila dah pilih aku set GPS dan off we go.


Masa kat tol Jambatan Pulau Pinang ada depa duk edarkan sampel Colgate Plax Ice ni. Terima kasih.



Masuklah aku ke Pulau Pinang sekali lagi keseorangan. Jerebu agak tebal masa ni.


Selamat datang ke Georgetown. Bandar Warisan UNESCO.

Nanti aku sambung lagik.

4 comments:

Miss Nazla said...

terliur nengok T__T

sepul said...

cikazlan...
alhamdulillah syukur sebab kamu terliur

@xiM said...

terliur tengok abam baju merah.hehee

sepul said...

ajim...
hey taste kat diri sendiri