Thursday, July 28, 2011

Le Grandeur Palm Resort Hotel Johor

Fuh nama hotel bukan main. Semasa urusan rasmi di Senai minggu lepas aku menginap di Le Grandeur Palm Resort Hotel . Sangat tidak jauh dari airport Senai. Lebih kurang 6km . Naik teksi kena RM11.


Touch down lebih kurang jam 6.30 petang. Lepas sampai ja menapak ke McD depan airport ni. 1km jugak lah. Lapaq lain macam lah. Baham GCB set besaq, pie epal, nugget. Nafsu macam ****m.




Welcome to Le Grandeur. Terletak dalam kawasan golf course. Masa aku sampai tu ramai grup golfer nih. Ada tournament apa ntah. Hmmm. Kat sini memang hotel ni saja lah. Mula -mula kami sampai teksi tu hantaq pi kat La Grandeur Resort. Masa cek in receptionist tu cakap ni La Grandeur Hotel. So dia call shuttle van suruh ambik kami kat lobi. Depan tu ja. Dekat sangat aih. Tapi kalau nak keluar malam nak cari kedai makan ka apa-apa ka agak jauh sikit. So far memang privacy dan sunyi.  


Dah dekat sangat dengan airport so jadual arrival/departure flights pun ditayangkan kat lobi dekat sini.


 Buku untuk disewa.


Lobi hotel.


Tak sempat nak merasa kolam renang sini. 


Kat entrance tadi ada jugak permainan paintball disediakan bagi yang berminat.

Nak menuju ke bilik. Jauh jugak menapak lepas keluaq daripada lif. See, even mural kat dinding pun dihiasi dengan aksi-aksi golfer.


Dah sampai bilik. Setiap entrance kat bilik diletakkan pasu hiasan. 


Dalam bilik macam biasa la. Takda apa yang luar biasa pun. Cuma dia tak da karpet la. Lepas mandi tu tapak kaki sejuk la sebab flooring dia pakke kan. Oh lupa, rate bilik ni RM 202 nett. Booking through agoda.

Jadi lepas satu malam menginap disini keesokan harinya terus saja dengan urusan rasmi di Senai. Lepa selesai ke airport semula dan tunggu lah aku flight ke KUL hampir 3 jam lamanya.



Sesambil duk tunggu flight nak guna lah wifi kat sini. Cemherem. Hampeh.Takleh connect pun. Konek betul.
4.25 pm pun tiba dan meninggalkan ruang udara Johor. Sampai KLIA makencik duk tunggu dengan budak kecik ni. 






Hey boy ! Senyum la sikit.


Sampai rumah sempat tidoq semalam esok nya gerak pi Sungai Petani, Kedah. Later i story.



*Gambar diambil gabungan DSLR dan BB9780.

3 comments:

FareeZan said...

dh besar ank hang.hai hai ensemlah awak

sepul said...

jeejan..
alhamdulillah syukur nikmat Tuhan

Unknown said...

Hello Encik Sepul

comeyy anak kan ..