Entry ni bagi aku takda kena mengena dengan politik jauh sekali aku nak bodek. Siapalah aku untuk membodek di ruangan ini. Kahkahkah ayat cem herem. Ok berbalik kepada tajuk kat atas.
Tadi 23 Julai 2011 (Sabtu) PM 1 Malaysia kita DSNTR mai ke kampung aku. Bangga jugak. Sayangnya aku tak balik sana. Dan ini pengumuman dia.
"KANGAR 23 Julai - Kerajaan memperuntukkan RM350,000 untuk membaik pulih pasar sehari, atau lebih dikenali sebagai Nat Balai Baru Beseri yang dibina sejak 1964, kata Datuk Seri Najib Tun Razak." Utusan Malaysia
Ya. Nat Balai Baru. Nat dalam bahasa utara yang membawa maksud pasar pagi. Aku masa kecik-kecik selalu mai nat kat sini dengan mak aku. Tadika aku dulu lebih kurang 500 meter dari nat sini. Sekolah mak aku pun sebelah nat. (Ya, mak aku seorang guru atau lebih tepat lagi Ustazah). Makanan feveret aku kat nat ialah mee kuning kuah kacang dan apom balik. Sirius legend. Kalau balik kampung bapak aku atau mak aku mai nat mesti beli mee kuning untuk aku. Nanti kalo sempat aku balik kampung snap gambaq mee kuning.
Alhamdulillah kerajaan bagi duit untuk naik taraf nat sini dapat la jugak peniaga-peniaga sini berasa lebih selesa. Begitu juga dengan pengunjung. Harapan aku depa buat parking space yang elok serta tandas yang cantik dan terjaga. Tidak dilupakan juga surau. Harap.
Terima kasih PM.
No comments:
Post a Comment