Monday, July 11, 2011

Setiap yang berlaku ada hikmahnya

Aku percaya setiap perkara yang berlaku keatas diri kita ada hikmahnya yang tersendiri. Mungkin juga aku percaya pada karma. Namun semua ini adalah qada' dan qadar. 

Petang tadi seperti biasa lepas ketuk kad untuk pulang dengan senang hati turun ke tempat parking kereta. Bila saja hendak start enjin sesuatu perkara yang paling ditakuti telah terjadi. Enjin kereta tidak mahu memberi kerjasama sepenuhnya. Syak aku mungkin minyak kereta telah kering kontang. Masa drive pagi tadi terperasan ikon minyak telah berwarna merah. Tapi seperti biasa hasrat hendak mengisi tertangguh untuk ke petang harinya. Hmmmmm risiko aku dibayar dengan harga yang sangat mahal. Hipotesis aku kuat mengatakan mungkin minyak punya pasal. Dengan bantuan rakan kami ke Petronas isi lah RM2 ke dalam botol air mineral yang berkapasiti 1.5 liter. Balik semula ke tempat parking ku isi semula ternyata enjin sekali lagi tidak mahu bekerjasama. Kecewa. 

Menapak ke depan dan naik bas ke Putrajaya Sentral dengan hati yang pilu. Pertama kali naik bas kat Putrajaya setelah 4 tahun berkhidmat disini. Punya la jauh abang driver ni pusing nak ambik penumpang Sabaq saja lah.

Tiba di Putrajaya Sentral naik ERL ke KL Sentral dengan tambang RM9.50. Tiba di KL Sentral makencik menunggu.Phewwww what a not so long journey for me. Sampai rumah jam 8.35 malam.

Kereta aku? Esok punya hal lah. 
Terima kasih tak terhingga kepada anda yang sudi bersusah payah membantu saya. Hanya Allah swt yang mampu membalas. Saya sebagai insan kamil cuba membalas apa yang termampu sebagai ucapan terima kasih. 

Ngantuk. Zzzzzzzzz

2 comments:

@xiM said...

apa citer apa citer apa citer???

Ceciter ceciter ceciterrrrrrrrrr

*sakit ati tak aku komen cenggini?heheeee

sepul said...

hmmmm saket la jugak shikit shikit. huh