Gold Coast merupakan salah satu tarikan utama pelancong di negara Australia. Ia terletak di bahagian tenggara negeri Queensland. Kalau naik MAS dia akan turun di Brisbane. Pendek kata Gold Coast ni merupakan bandar persisir pantai.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Coolangatta, Gold Coast mengambil masa lebih kurang 8 jam. Pesawat D206 yang kami naik bertolak tepat jam 9:20 malam pada 16 Mac yang lalu. Kami jugak bawak stroller Umar yang mana akan dibawak naik atas flight sekali. Pertama kali nak travel jauh-jauh bawak baby. Mengharapkan penumpang tak ramai tapi malangnya memang full house. Redha. Tak ambik bassinet untuk Umar sebab fully book. Malam tu Umar lena tidur di pangkuan kami secara bergilir-gilir. Alhamdulillah he behaved well. Sebelum masuk Australia, diwajibkan ada visa ETA. Kami buat visa tu 3 minggu sebelum tarikh berlepas. Melalui email seorang kenalan kami berurusan, kos satu visa berharga RM20.
Lebih kurang 5:15 pagi kedengaran kapten buat pengumuman " We'll be landing shortly"...aku lega dan tersengih. Kami orang terakhir turun dari pesawat. Sampaikan petugas kat landasan tu surh cepat sebab nak tutup gate. Kalut sungguh aihh. Airport Coolangatta ni kecik aja. Sebelum jumpak kaunter imigresen kita akan lalui kedai duty free. Meaning that line beratur sebelum jumpak kaunter imigresen tu dia lajak masuk sampai dalam kedai. Selesai urusan kat kaunter imigresen beratur pula untuk pemeriksaan kastam. Kami di approach oleh seorang pegawai kastam ni dia nak tengok arrival card. Pastu dia tanya ja ada bawak makanan ke tak? Kami bagitau la ada tuna, susu baby, ikan bilis dan biskut. Dia cakap ok that should be no problem. Enjoy ur holiday. Lega. Kemudian lepas scan bag apa semua seorang lagi pegawai kastam tanya bawak apa, then kami bagitau lah pastu dia suruh ke lane 1. Masa otw tu nampak ada banyak lane jugak. Sambil jalan tu duk tengok lah kastam duk bukak beg belek barang makanan. Aku nampak ada banyak makanan yang kena buang ke tong sampah. Kalau nak lebih kepastian barang-barang yang boleh dibawa dan tak boleh dibawa masuk rujuk SINI.
Sedang duk jalan kat lane 1 tu tengok-tengok lah dah selesai. Depa langsung tak cek beg kami dan bukak satu-satu duk belek makanan. Senyum kami laki bini. Kesimpulannya bawak baby memang depa tak cek details. Masa duk scan beg tu depa siap duk main-main lagi dengan Umar.
Benda pertama kami carik ialah parent room untuk uruskan Umar dan diri kami jugak. Lega sebab ruang memang luas. Cukup untuk menguruskan diri dan sebagainya. Ada microwave lagik. Mandikan Umar, buat susu apa semua kami selesai. Masa ni aku pi cari ayaq mineral nak buat ayaq panas. Belilah aku 2 botol yang mana satu berharga AUD$4.50. (1AUD = RM 3.25). Lepas tu kami mencarik transport untuk ke tempat penginapan. Hasil penyelidikan aku di internet dan lain-lain sumber aku terus saja ke kaunter Shuttle yang kaler oren. yang kaler oren. Gambaq ada snap dengan henfon. Lupa nak hapelod.
Inilah rupa bas yang kami naiki ke tempat penginapan. Tempat naik bas ni terletak di hujung sekali airport. Senang sangat cari. Sementara tunggu bas jalan kami pusing-pusing ambik gambaq dulu.
15 minit kemudian bas bergerak ke destinasi. Tak ramai pun naik bas. Kami beli sekali tiket return. Harga untuk seorang ialah AUD $35. Kalau beli tiket sehala saja harga AUD$19 seorang. Kalau naik teksi pulak harga lebih kurang AUD$35 sehala. Jarak perjalanan dari airport ke Surfers Paradise lebih kurang 30 km ataupun dalam 40 minit saja. Dekat ja. Masa ni jam baru pukul 7 lebih tapi dah cerah sebab masa di sana cepat 2 jam daripada Malaysia.
Terpegun apa agaknya si Umar ni.
Bas berhenti di sebelah apartmen Peninsula. Kami berjalan kaki ke tempat penginapan seperti dalam bulatan merah tu.
Picit loceng keluar la si Wendy si penjaga tempat ni. Sangat baik mesra dan ramah. Rate untuk apartment ni untuk 3 malam AUD$315. Lebih kurang RM1000++. Kami cari hotel ni 100% melalui google saja. Duk baca review apa semua dan daripada berpuluh-puluh hotel/apartment yang kami sort out kami pilih yang ni. Landmark nak ke sini ialah cari bangunan yang tertinggi di Surfers Paradise iaitu Q1 Sky Tower.
Dia tolong bagi segala penerangan dan info berkaitan tempat-tempat yang kami dah plan awal nak pi.
Dapat kunci saja keluaq ambik pemandangan sekitar Carlton Apartment ni.
Bilik kami di tingkat 5. Lega sebab bukak pintu tengok ruangan yang sangat selesa dengan kemudahan yang begitu mencukupi untuk kami anak beranak. Ada 2 bilik tidur ada 2 tandas ada satu laundry dan dryer ada dapur siap dengan peralatan memasak (senduk,sudu,garfu, cawan, pinggan, mangkuk, periuk, peti ais, microwave, pisau, sabun basuh, sabun cuci pinggan, berus cuci pinggan, gula, garam dan dapat nescafe 5 peket). Nice eh?
Plug pin di sana.
Perut terasa amat-amat lapaq. Last makan atas pesawat lebih kurang jam 11 malam tadi. Makan maggi kari. Tak lupa jugak panaskan bekalan sambal ikan bilis yang sangat-sangat menyelerakan.
Bubur nasi untuk Umar.
Lepas makan lepak-lepak kat balkoni. Nyaman sangat angin duk menghempas muka. Kelihatan pantai hanya di seberang sana.
Selesai urusan peribadi apa semua kami ready to explore Surfers Paradise ni.
Aku jadikan Laycock Street ni sebagai panduan sebab aku dah print out google map arah untuk ke tempat-tempat tujuan kami semuanya akan melalui Laycock Street ni.
Rupanya tak jauh mana pun kami dah sampai kat area esplanade Surfers Paradise. Dekat sangat.
Dah sampai ke esplanade. Tak sampai 300 meter jaraknya dari tempat penginapan kami.
Pemandangan biasa di sini. Skateboarding.
Ni kami dah menghala masuk ke kawasan kedai-kedai di Surfers Paradise.
11 comments:
nice entry..nice pic...nice apartment....semua nice.
Nampak fresh ajer environment kat sini kan.
yeah semuanya macam nice kot. :)
hoiii apartment best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
yonniah...
ishh apa kena la dengan budak ni
nekcik suker your blog..very etail..nekcik juga mcm en sepul suka travel sendiri..kami pundok kat area tu..and restoran tunggal melayu maharani yang sombong dan mahal!!!
Nekcik..
mekasih. travel sendiri lebih puas kot. a'a maharani tu ntah apa-apa
bro, tolong kasi no kawan yang bole saya nak visa ke australia, thanks.
Bro nak tanya betulke once kalo nak Ausie nie kena ada bon simpanan about 5K?
Hello, Neаt рost. Therе is
a problem along with yοur ωeb site іn internet eхplorer, might chеcκ this?
IE nonethelesѕ is the market leаder
and a lаrgе еlеment of οther people will pass over your ωοnderful wгіting beсause of thіs problem.
My web page :: buy cheap netbook online
There's certainly a lot to find out about this issue. I love all the points you've made.
My blog post: wagner power painter max
I've been exploring for a bit for any high quality articles or weblog posts in this kind of space . Exploring in Yahoo I finally stumbled upon this web site. Studying this info So i am satisfied to exhibit that I've a
very just right uncanny feeling I discovered just what I needed.
I such a lot undoubtedly will make sure to do not disregard this website and provides it a look on a continuing basis.
my web site master cleanse weight loss
Post a Comment