Monday, March 05, 2012

Yogjakarta episod 2

Bangun pagi hasrat nak mandi kolam tapi terlalu ramai sangat orang duk terjun. Segan. Lagipun kolam kecik ja. 












Ok ni lah rupa The Grand Palace. Walaupun nampak gah tapi jangan terpedaya. Bagi aku dia hanyalah standard Hotel Sri Malaysia sahaja. Hotel ni menang kat hiasan ala Yunani Roman dan sewaktu dengannya. Bilik hotel adalah kecik. Boleh pulak lupa snap gambaq bilik. Toilet kecik. Takdak bath tub. Jarak antara tv dengan katil dekat gila. Tapi bagi aku ok aja. Takdak masalah. Rate semalaman tak ingat tapi nanti boleh google sendiri.

Selepas selesai tugasan yang diperlukan kami berangkat terus ke Kota Solo. Jaraknya daripada Yogja lebih kurang 2 jam 15 minit. Tiada highway hanya melalui jalan persekutuan. Untuk sesi lawatan kami dibawa pi ke Istana Mangkoenagoro. Waktu ni panas berdenting waluapun dah nak masuk jam 3 petang.




Nak masuk ke sini mesti bukak kasut. 








Ada seorang tour guide yang akan memberi penerangan sepanjang lawatan ke sini.




Hurmmmmmmmmmm lawatan-lawatan macam ni aku agak kurang sikit. Kat siling Istana ni dia kata batik dilukis mengambil masa 3 tahun. Hampir semua perhiasan dalam instana ni diimport dari pelbagai negara. Tapi aku dapati keadaan istana ini sebagai salah satu tarikan utama di Kota Solo tidak dijaga dengan begitu elok. Disuruh pelancong bukak kasut tapi lantai berdebu habuk dengan tahi-tahi lagi. Barang yang dipamer pun tidak di lap bagi menampakkan sinar.




Yang ni menarik perhatian aku sebab ukiran daripada gading gajah. Unik dan sangat kreatif.




Hampir sejam jugak kat sini kami di bawa keluar untuk terus mengexplore Kota Solo.






Berhadapan dengan istana ada macam pasar karat. Macam-macam ada dijual.







Lebih kurang 500 meter daripada Istana kami dibawa ke Pasar Antik pula. Di sini pelbagai serbanika jenis barangan ada. Daripada botol, dulang, silver, duit lama, poster, majalah, hiasan, permainan, lampu, gramafon basikal, enjin jentera lama-lama, topeng memang semua ada.
















 Daripada Pasar Antik gerak ke Restoran Sederhana untuk makan-makan sikit.









Kenapa waktu pi dulu tak jumpa ini?  Macam nak bawak balik 10 kotak besaq ke Malaysia.




Selesai lepak-lepak gerak singgah sebentar kat kedai batik ni. Hurmmm what else. Batik batik dan batik.







Unik jugak depa buat batik motif logo Chelsea, AC Milan, Juventus dan sebagainya. Syukur sebab logo MU depa tak buat batik-batik macam ni. On the other side...huduh la.








Variasi ash tray.






Jaket hip hop batik. 






 Tak beli apa pun. Tak minat.




Selesai tengok-tengok kat kedia batik tersebut bergerak pula ke Pasar Alun-alun. Tempat ni menjual pelbagai jenis cenderamata, pakaian, hiasan rumah, makanan dan macam-macam lagi duk ada.














Comforter pun corak batik. Suka sungguh depa dengan batik.







Dari Pasar Alun-alun kami dibawa ke Sungai Bengawan Solo. Tapi tengok macam tak menarik aja. So , memang tak turun pun lalu snap snap gambaq dari dalam kenderaan sahaja.








Sekali lagi kami singgah di kedai suvenir yang menjual batik-batik dan cenderamta yang lain.Sekali lagi aku tak beli apa pun.









 Tiba-tiba ada key chain Sarawak. Ok fine!



 Dari kejauhan kelihatan Gunung Merapi.




Malam tiba dan dalam perjalanan pulang semula ke Yogja daripada Solo kami singgah makan di Restoran Lemah Ledok.




Makanan kat sini memang sedap bagi aku dan menyelerakan. Mungkin sebab hujan renyai-renyai dan keletihan menjadi faktor pemangkin makanan di sini menjadi sedap. Kami dijamu dengan kombinasi nasi putih dan nasi organik yang berwarna coklat kat bawah nasik putih tu. Agak keras dan aku bedal saja. Lain-lain lauk yang ada adalah pepes (tauhu +telor), kangkung belacan, gurame, ayam bakar, tempe goreng serta pencuci mulut menggunakan air mawar dan campuran buah-buahan.




Selesai makan balik hotel tidoq.

5 comments:

@xiM said...

Nak baju bstik chelsea tuuuuuu!

@xiM said...

batik laah.silap eja.

maaf

Anonymous said...

Boikot

sepul said...

bstik bstik bstik bstik bstik bstik bstik bstik bstik bstik bstik bstik

sepul said...

boycott menderrrrr??????