Minggu lepas keluar ke utara atas urusan rasmi. Alor Setar. Suka sangat sebab boleh sekali harung balik kampung. Tak tidoq hotel pun. Seharusnya tidur kat rumah dan berulang alik. Apalah sangat kan?
So, aku gerak daripada kotaraya yang penuh dengan tipu daya lebih kurang jam 11.45 malam pada 26 Jun yang lalu. Tanpa henti kecuali singgah di Gunung Semanggol topap minyak bagi jadik full tank semula.Rupanya ada seorang sahabat tertidur kat Tapah lagi masa ni padahal dia gerak jam 7 malam dari kotaraya yang penuh dengan tipu daya itu.
Sudah memasang niat sedari memulakan perjalanan tadi. Alhamdulillah sampai jugak. Sorang pun sorang lah.
Pukul 3.30 pagi di sini.
Masa sampai hanya ada 3 orang beratur di depan aku. Seperti biasa ayam masak merah, teloq rebus dgn bendi + teh o ais. RM8 ++
Lebih kurang 4.30 pagi terus memecut laju ke kampung halaman dan sampai sekitar jam 7 pagi. Agak terkejut mak aku sebab cakap kat dia nak balik pagi Isnin. Masuk rumah saja budak ni dan bangun dah. Hana nama dia. Anak buah.
Mula-mula dia blur jugak. Biasa la sebulan sekali jumpa. Pastu teruih senyum. Duk panggil Ummmaa....Ummmaaa. Umar tak balik la kali ni. Nanti hujung bulan Umar balik.
Hari Isnin tu lepak rehat kat rumah saja.Keesokan harinya baru kursus mula. Sesi aku petang so gerak dari rumah lebih kurang tengahari macam tu. Rasa lapaq pulak dengan perjalanan 45 minit ke lokasi kursus.
Kedai baru kot. Tak pernah nampak sebelum ni. Singgah lah.
Tempting bau dia sebaik saja turun dari kereta.
Worth a try. Sedap tapi sedikit mahal kot. Makan macam ni kena RM11.Takpalah bayaq je lah.
Tempat kursus sebelah tempat ni. Tempat aku temuduga masa nak kerja dulu. Tak salah aku bulan September 2006. Aku calon terakhir di hari terakhir.
Masa otw nak balik, ternampak sorang kakak ni di depan gate. Unik sekali seluar + skirt dia. Hmmm macam-macam pesen.
Malam macam biasa. Lepak dengan kawan sementara menunggu waktu yang dibooking - 11 hingga 12.30 malam. Nyamuk banyak la.
Lepas habis, lepak kedai siam. Sedar tak sedar sampai 3.30 pagi dah. Minum secawan teh o saja.
Keesokannya bangun saja tengok-tengok belakang rumah. Cantik pulak bunga seri pagi sedang mekar di belakang rumah.
Lepas brekfes light-light pi Market Kangaq nak cari Nasik Ganja la apa lagi.
Masa balik nampak ada pokok tumbang depan gate rumah. Ada pasukan penyelamat duk mai bersihkan.
Duk kemas-kemas kat tempat kasut terjumpak kasut Adidas Campus. Ia merupakan kasut rasmi ke kelas semasa di UiTM dulu. Pernah beli dan pakai sampai koyak rabak pastu beli lagi kasut ni. Suka gila pakai kasut ni. Mungkin pengaruh Limp Bizkit kot masa tu.
Petang tu kembali semula ke Alor Setar. Hujan sangat lebat. Boleh nampak dari jauh kesamaran Menara Alor Setar.
Balik rumah sampai lebih kurang jam 7 petang dah. Siap mandi sembahyang makan nasik lauk gulai rebung bersama ikan kembong goreng. Orang perlis panggil ikan termenung. Tambah toyu sikit kat atas.Pehhhh.
Pagi berikutnya sekali lagi ke tempat kursus. Saja tengok-tengok sambil ambik gambaq.
Habis awal pagi tu lebih kurang jam 9.30 pagi. Sebelum balik saja jalan-jalan bandar Alor Setar. Lama sungguh tak mai. Singgah pasar tani berhampiran Pasaraya Pacific duk tengok-tengok beli la cakkoi ni. Orang utara panggil Pa'Tongko. Sedap sangat dengan panas-panas berbau wangi lembut. Memang A +. 3 ketul RM1. Murah bukan?
Bali singgah kat kedai muzik Starlight ni. Dulu rajin singgah duk beli cd depa copy RM5 sahaja. Mostly band-band underground local/foreign dan band-band muzik keras. Duk belek-belek aku beli Koffin Kanser (Soul New Agenda) & Metallica Black album. Dulu dah ada tapi member2 duk pinjam dah hilang. Beli buat koleksi semula.
OTW balik singgah Ekspo Jualan kat Pekan Simpang Empat. Saja sebab 3 hari duk lalu jalan ni teringin nak singgah.
Beli bola besaq ni kat budak kecik ni. Suka dia. Kat Umar beli bola saiz kecik sket.
Petang sikit keluaq dengan mak nak beli barang sikit. Singgah tapau Roti Naan kat Restoran Abdul Alim. Nama naan ni Roti Naan Mumtaz. Sedap.
Sementara tunggu roti siap makan dadih dulu. Lamma sungguh tak makan dadih.
Singgah kedai elektrik ni sebab nak beli boiler. Boiler yang lama kat rumah di kotaraya dah rosak. Mak yang belanja. Ambik yang 4.3 liter punya.
Lepas tu pi ambik laptop yang awalnya hendak direpair. Sekali orang kedai tu cakap madefaker board rosak juga dengan lcd dia. Nak repair hampir RM800. Macam tak berbaloi lah. So aku suruh kedai tu tranfser semua data ke external HDD dan sehingga hari ini aku tiada leptup.
Waktu malam lepas belasah roti naan mumtaz, belasah GCB lagi. Ni tengah dalam microwave duk panaskan. Lepas makan GCB keluar menikmati suasana malam bersama rakan-rakan.
Keesokannya jam 7 pagi aku bertolak dari kampung menuju ke Alor Pongsu jemput makencik dan Umar dan kemudian terus saja meluncur kembali ke kotaraya yang penuh dengan tipu daya. Inshallah hujung bulan pulang lagi.
Disclaimer: Semua gambar diambil menggunakan BB8970 5MP.
4 comments:
ada 3 perkataan tipu daya dalam entri ni.saudara memang minat menggunakan ayat tipu daya kan..hehee
saya suka baca entri saudara ni..menarik..
saudara orang perlis kan??saya duk kat penang..kalau singgah di penang tu ajak lah saya sekali makan nasi kandar beratur..boleh saya temankan..
salam perkenalan dari saya..
nice to know you bro!
Eeeeeee mengadanya duk buat macam ni. Mencik laaaaaaaaaaaaaaaaaah.
rilek ar bro..
jangan mencikk mencikk...
salam bro nk tnya, kedai musik starlight tu area mana? dh lma dok cri kedai tu xpi xjmpk. tq
Post a Comment