Tuesday, March 29, 2011

Petang di Kuala Perlis

Seperti yang ditekankan bahawa setiap kali kepulangan ke kampung tempat yang mesti pi antaranya ialah Kuala Perlis. Entah pasaipa tapi memang duk pi lah.

Petang tu kami pi lagi. 1st time bawak Umar. Seronok dia asyik duk senyum aja. Kami pi kedai Mona. Medan ikan bakaq berhadapan dengan Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis.




Orangrawa makan laksa. Eh silap. Orang rumah makan laksa kuala perlis. Fuhhhhhh.



Laici suam bersama hayier horen 



Sidekick makan lewat petang haritu.



Bersama sotong goreng tepung yang paling lazat dalam dunia. Dulu hingga kini tak pernah mengecewakan.



Sup ayam



Ikan siakap bakar kosong. Dibakar tanpa menggunakan sebarang perasa dan lain-lain extra flavour. Oh lazat sekalssss....!

Maka makan lah kami anak beranak. Waktu hampir menunjukkan jam 7 petang. Lepas makan sempatlah jale-jale tangkap gambar.



Haaa kat belakang tu lah medan ikan bakaq. Always fullhouse.




......


Huruf A pun dah jatuh.



Membelakangi pantai berlumpur di Kuala Perlis. Masa ni air surut.



.....


Haih awat buat mulut macam tuh?



Oklah dah nak Maghrib pun. Bai kawan-kawan.

Monday, March 28, 2011

Ku Dah Tua

Rasa penuh kesyukuran dipanjatkan kepadaNya. Masih lagi terus bernafas dan diberi nikmat merasai kehidupan ini oleh Nya.


Hari itu ke Marche lagi. Tapi bukan exactly hari lahir tapi keesokan harinya.



Gambar sengaja diambil tanpa menggunakan flash bagi menampakkan kecozyan dan membangkitkan suasana romantik.



Kami sampai awal sekitar jam 11 pagi. Langsung tiada pelanggan masa tu kecuali kami.Best. Lagipun konsep restoran ni yang ala-ala buffet hotel memang sangat kena dengan aku.



Marche menjadi tempat makan feveret sebab kesedapan kelazatan kerangupan kesegaran dan lain-lain lagi. Tapi tak boleh selalulah. Gambar kat atas tu 1st meal aku. Crepes apa kebenda ntah. Fuhhhh memang!



Air minuman yang dikisar fresh depan mata.



.....



Suasana dalaman Marche.



Makencik punya meal. Steak apa ntah.



Fruit salad + chicken. We share together.



Ini 2nd meal aku. Chicken grill. Fuh memang! Masih terasa kemanisan dan kesegaran ayam ni. HOMAGAD. huh! 



Her icecream. 



Pencuci mulut dikongsi. Fuh !



Umar sangat baik. Tidur saja sewaktu kami makan. Elok aja habis makan dia pun bangun. Hmm ... sedar tak sedar dah nak besar panjang. Berkat susu ibu. Membesar dengan sangat sihat.



Ha dah start merengek mintak susu.



Dah bagi minum ok semula.



Tahun ni sangat bermakna. Pertama kali sambut besday bersama orang baru. Umar Shadiq...kamulah hadiah paling bermakna dalam hidup ini.

How time flies. Tetiba teringat masa aku darjah 2 masa buat besday party kat rumah dulu.Jemput kawan-kawan mengaji al-quran mai rumah makan bihun dengan kek.

Friday, March 25, 2011

Beli-belah

Ini yang dibeli untuk Umar Shadiq anak saya.


Sekian buat waktu ini. Hingga kita bertemu kembali di lain waktu. Assalamualaikum.

Bandoeng part.3

Lama tak dikemaskini. Sibuk.Sibuk.Sibuk.

Beginilah rupa paras tempat penginapan. Selesa yang amat. Cukuplah kalau sekadar nak tidur dan refresh. Tak sampai 12 jam kami di sini terus saja check-out. Hotel Royal Merdeka Jalan Dago.



Sambil-sambil angkut barang dalam kenderaan sempat menjeling ke kawasan sekeliling hotel dan ini yang aku nampak.



Betul-betul bersebelahan. Hmmm.



Oh ya hampir terlupa. Ini sarapan yang disediakan. Lepas makan check-out laju-laju dan laju-laju lagi terus ke tempat ini. Sekali lagi.







Kali ni tempat ni betul-betul berhantu. Goshh. Semalam dalam bilik hotel duk belek balik barang yang dah beli kat Umar The Ubi Kentang Boy. Hmmm sirius tak cukup dow. Hari ini hari Isnin. Nahhh ambik kaw. Takdak pelanggan langsung di awal-awal pagi. Tempat ni kita yang punya. 



Duhh. Nampak topi memancing yang kaler biru ada corak kaler ijau tu? RM 5 berjenama GAP. Ok lain-lain barang nanti aku kasi haplod. Rasa aman dan tenang dunia jika hanya membeli untuk barang-barang kita dan anak kita saja. Takyah pening nak pikir pasal kiriman orang. Ya betul. Mungkin kedengaran agak tamak namun kunjungan 2 hari ni abah dedikasi khas untuk Umar The Robot Boy. Untuk yang lain-lain mungkin kunjungan di masa hadapan kelak. Banyak gila seluar aku beli untuk Umar.Hampir 2 juta rp. pagi ni kat sini. Dapat la hadiah misteri berupa beg kecik dan beg besaq untuk Umar.



Kemudian ke sini beli brownies.



Along Jln. Dago. Aku selalu terkonpius antara Dago dan Riau. Macam sama ja.

Pelbagai Factory Outlet.





Dalamnya ada jual es tuyul. Hmmm enak bangets.

Lain-lain tempat yang sempat dimasuk.



Singgah di Jln. Riau sebab nak ke FO Renaritti. Kat sini ada baju bandoeng yang lebih berkualiti berbanding yang dijual di jalanan.Taktahulah kalo ada tempat lain yang jual. Kalo ada sila beritahu sama saya.

Kecik saja kedai ni.



Masa ni dah tengahari. Perut lapar minta diisi. Simpang Raya masakan padang antara yang terkenal di sini. Aku mula jatuh cinta kat Ayam Pop (ayam kaler putih tu) sejak pertama kali makan masa kat Padang sekitar 3 tahun lepas. Fuh. Siap bertambah 2 potong ayam lagik.

Lepas makan sekitar jam 2 terus saja menuju ke Jakarta memandangkan kami balik melalui Bandara Soekarnoe Hatta.

Dalam avanza tidur saja. Letih. Sedar-sedar pun dah kat tol nak masuk kotaraya Jakarta. 


Tiba-tiba rasa semak dengan frame yang dibeli kat Jonas Photo sebab besaq sangat. Huh!

Sampai sini sekitar jam 6 ptg. Pi surau, refresh sikit apa yang patut. Duduk la termanggu-manggu di zon berlepas hampir 2 jam.



Nampak saja gate dah bukak terus saja masuk menanti kapal terbang tambang murah yang akan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur. Ooohh Kotarayaku (tiba-tiba lagu Altimet ft. Noh Hujan bermain di kotak fikiran)




Mendarat di LCCT sekitar jam 12 tengah malam. Terus pulang ke rumah kakak di Seremban. Umarrrrr !! We're back. 

Sekian saja laporan misi 2 hari di Bandoeng. Penat? Gila hang tak penat.