Friday, June 29, 2012

Kedai Makan Tak Tau Nama di Kg Baru

Kewujudan kedai ini disedari sejak kami mula pi sarapan di Nasi Lemak Mak Wanjor. Sering melihat kedai ni sangat penuh dengan pelanggan. Warung ni kecik saja tapi pelanggan fihhh ramai.





Warung ni terletak di hadapan UNIKL. 













Masa mula-mula sampai nampak ramai orang duk ambik nasik lemak.





Sedapnya nasik lemak dia. Berbanding dengan nasik lemak mak wanjor, kuah kat sini lebih terasa dia punya cabai. Sedap.





Tiba-tiba nampak sorang pakcik ni dia ambik roti canai siap dengan ketulan ayam penuh atas roti canai tu. Oih sedapnya...!





Tercabar dengan pakcik sebelah aku pun pi beratoq nak ambik roti canai.





Kuah ada dalam periuk yang besaq tu. Kita boleh ambik sendiri kuah dia. Jadi ambiklah banyak mana nak ambik ayam pun.





Woweeehuu. Sedapnya roti canai dia. Lembut. Sedap. Nak makan lagi!

Ke Pulau Carey Kita

Urusan rasmi membawa aku ke sini buat pertama kalinya dalam hidupku. Mula-mula duk terbayang fuh pulau mesti pantai cantik ni. Sekali...hurmmm. Memang dia pulau tapi dipisahkan oleh jambatan yang menghubung dengan tanah besar sejauh 70 meter ja pun.


Kawan-kawan, Pulau Carey terletak di negeri Selangor berdekatan dengan Teluk Panglima Garang dan jalan menuju ke Banting.Pulau Carey ini diambil nama sempena seorang bekas Pegawai British di Malaya suatu masa dahulu. Pulau ini dimonopoli oleh ladang-ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh pihak Sime Darby. Pulau ini juga merupakan penempatan Orang Asli Mahmeri yang hampir mencapai 1400 orang sekarang ni.















Ini namanya Pusat Kebudayaan Kg Bumbun. Kira macam tarikan pelancong la.













Ok sebenarnya aku terlibat secara langsung dengan Program Bersama YAB PM. Jadi memang ke hulu ke hilir lah menyelesaikan apa yang diamanahkan kepada aku.

Maksiat


Lokasi: Mutiara Damansara
Tindakan : Dah ditegur :)

VW Lopo


Wednesday, June 27, 2012

zzZZzzZZzzz.....


Tuesday, June 26, 2012

Nasi Kandar Yaseen Jalan TAR

Mari kita makan nasik kandaq lagi. Kali ni aku cuba Nasi Kandaq Yaseen yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman yang juga satu row dengan Nasi Kandaq Kudu. Kedai ni jugak terletak berhampiran dengan showroom Honda dan bersebelahan dengan bengkel motor. Kedai ini dibuka 24 jam.




Masa ni jam 12 tengahari dah ramai orang beratoq. Sedap barangkali. 





Setting default kedai nasik kandaq.





Ini lah yang dinamakan kandaq. Di mana dulu-dulu orang juai nasik dia letak dalam raga macam ni kemudian dia kandaq atas bahu duk pi meniaga. Dari segi rupa bentuk lauk dan suasana memang menggambarkan kedai ni menjanjikan hidangan nasik kandaq yang mantap. Mari kita cuba.





Suasana dalam kedai.



 


Aku ambik ayam masak hitam, acar timun dan kuah ikan dan kuah kambing serta bendi.






Saat lidah aku merasa campuran kuah dia memang mantap tapi seakan-akan kurang rempah dia. Tak berapa nak rasa. Ayam pulak masih fresh dan panas sampai duk nampak asap lagi. Namun begitu...namun... bendi yang diberikan mungkin bendi tua sebab liat dan pahit nak mampuih.





Kedai ni ada dua bahagian satu yang berhawa dingin dan satu lagi tidak.







Secara keseluruhannya, rasa nasik kandaq di sini masih tidak dapat menandingi kehebatan rasa Nasi Kandaq Kudu. Lain orang lain citarasanya. Adakah aku akan kembali makan di sini? Emmm mungkin tidak lah kot.


Talipon Lama



Di rumah tok wan ada talipon lama. Malangnya sudah tidak berfungsi.

Jom Morning Walk

Balik kampung setiap pagi akan jalan-jalan sekitar kampung dengan Umar.






La la la la la .... me ready.























Yay dah sampai balik rumah tok wan.






Jalan-jalan lebih kurang 1km. Sampai rumah tok wan boleh makan.

Monday, June 25, 2012

Rezeki




Ini anak buah aku. Berkat usaha gigih tak pernah kenal erti jemu mak dia duk masuk banyak peraduan. Ditakdirkan mak dia menang iPad2 sebanyak 2 unit menerusi peraduan Dutch Lady. Sayangnya iPad2 ini menggunakan sambungan wifi jika berhasrat untuk melayari internet. Apa ku kesah? Benda free.

Aziz Mee Pak Ngah Sg. Dua

Aku pun tak paham nama kedai ni. Masa balik kampung kebetulan lalu di kawasan ini singgah sebentar sebab mahu makan. Kedai ni terletak tidak jauh dari persimpangan lebuhraya utara selatan.






Ramai sungguh orang. Sedap kot. Cuba sajalah. Kedai pulak betul-betul tepi jalan jadi parking kereta pun sebelah kedai ja. Aku ambik keputusan mau parking berhadapan dengan kedai ni iaitu di premis stesen minyak Mobil. Ramai jugak orang parking di situ.







Berikut merupakan hidangan makanan yang kami pesan pada hari itu.







Satay. Sangat mantap!








Mee Udang. Agak kurang mantap. Kuah cair. Kalau bahasa utara... kuah cayaq!






Sotong kangkung. Agak kurang mantap sebab kuah manis!






Kueytiaw goreng. Ini sangat mantap!





Betul-betul di sebelah sawah padi. Hai rindunya kampung. Suatu hari nanti pasti aku akan kembali berkhidmat di kampung. Pasti. Inshallah.







Terletak di hadapan kedai ni ialah Ida Mee Udang yang mana menurut orang tempatan depa kata satay di sini lagi mantap. Beliau juga berkata kalo dia oda guna talipon saja. Hebat. Orang tempatan itu sekarang berkhidmat di Kepulauan Borneo. Agak lama jugak dia tak balik kampung.


Mari Makan

Gambar berikut menunjukkan juadah yang disediakan semasa kami menjamu selera di rumah saudara. Mantap.





Pelapik pinggan yang ironi.

Mari Naik Motor



Vroommm vroomm !

Friday, June 22, 2012

Pekan Bagan Serai Yang Permai

Bagan Serai terletak di negeri Perak. Ia berada dalam daerah Kerian iaitu di bahagian Utara Perak. Sebelum wujudnya Lebuhraya Utara Selatan, pekan ini merupakan salah satu laluan utama pengguna jalan raya.






Tenang , aman dan permai. Kat Miri Sarawak ada tempat nama Permyjaya (sebutan Permaijaya). Mula-mula ingat tipu rupanya betul ejaan macam itu.





Balik kampung haritu bawak dia pi makan ais krim kat KFC. Abah & Umar's time.





Sedap





Sebenarnya ayaq ini antara yang paling sedap pernah saya minum. Betul. Dia macam ayaq 7UP yang dicampur dengan perahan lemon serta daun pudina. Fiiihh. Dapnya.

Tempat Kerja Kawan Saya

Saya ada kawan tinggal di Pulau Pinang. Ok sebenarnya ada beberapa kawan yang tinggal di Pulau Pinang. Salah seorang daripada kawan saya bekerja di sini.