Tuesday, June 26, 2012

Nasi Kandar Yaseen Jalan TAR

Mari kita makan nasik kandaq lagi. Kali ni aku cuba Nasi Kandaq Yaseen yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman yang juga satu row dengan Nasi Kandaq Kudu. Kedai ni jugak terletak berhampiran dengan showroom Honda dan bersebelahan dengan bengkel motor. Kedai ini dibuka 24 jam.




Masa ni jam 12 tengahari dah ramai orang beratoq. Sedap barangkali. 





Setting default kedai nasik kandaq.





Ini lah yang dinamakan kandaq. Di mana dulu-dulu orang juai nasik dia letak dalam raga macam ni kemudian dia kandaq atas bahu duk pi meniaga. Dari segi rupa bentuk lauk dan suasana memang menggambarkan kedai ni menjanjikan hidangan nasik kandaq yang mantap. Mari kita cuba.





Suasana dalam kedai.



 


Aku ambik ayam masak hitam, acar timun dan kuah ikan dan kuah kambing serta bendi.






Saat lidah aku merasa campuran kuah dia memang mantap tapi seakan-akan kurang rempah dia. Tak berapa nak rasa. Ayam pulak masih fresh dan panas sampai duk nampak asap lagi. Namun begitu...namun... bendi yang diberikan mungkin bendi tua sebab liat dan pahit nak mampuih.





Kedai ni ada dua bahagian satu yang berhawa dingin dan satu lagi tidak.







Secara keseluruhannya, rasa nasik kandaq di sini masih tidak dapat menandingi kehebatan rasa Nasi Kandaq Kudu. Lain orang lain citarasanya. Adakah aku akan kembali makan di sini? Emmm mungkin tidak lah kot.


4 comments:

FareeZan said...

aku penanh makan cni lps tu mngorat sorg mamat ensem,takdapat.yes kau telah menggamit memori aku.harharhar

sepul said...

tudiah dating kat kedai nasik kandaq. sempoi duk ada

Anonymous said...

Hang nih gila apa kot. Seminggu beropa kali dok pekena nasik kandang. Kalo duduk kat Lahad Datu or Ba'Kelalan 3 haripun, saheh keryau nih..

nor amizah bt. Mohd tarikat said...

Dopdap!!! Sedih rasanya